Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Februari 2010

Aku dan Hari Sukan

Minggu ini kebanyakkan sekolah sekitar daerah Kulaijaya mengadakan sukan tahunan mereka. Dengan cuaca panas terik, budak2 dikerah berlari di tengah padang. Maka ramailah yang demam, sakit tekak dan kepenatan. Itu rezeki untuk aku. Alhamdulilah.

Sekolah wife pun sama. Semalam hari sukannya. Ainaa masuk 2 acara, 4X100m dan 4X200m. Ameel masuk 3 acara. Lompat Tinggi, 4X100m dan 4X200m. Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Pasukan wife dan anak2 iaitu Rumah Hijau dapat no 3 keseluruhan tapi menang acara perbarisan. Wife aku saban tahun dapat jawatan yang sama; kena jadi AJK Pertolongan Cemas. Setiap tahun aku kena paksa derma First Aid kat sekolah. Biasalah...

Aku teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Aku memang tak kuat berlari. Aku memang tak pernahnya dapat wakil sekolah ataupun rumah dalam apa2 acara. Kalau hari sukan, aku jadi ahli pengakap. Jadi kuli kat tengah padang. Tolong pegang payung cikgu2 yang tak tahan panas, tolong ambik air minum, tolong angkat palang lompat tinggi dan sebagainya. Itulah kerja aku. Masa aku darjah enam, aku dapat kerja glamour sikit. Sebagai ketua murid aku kena baca ikrar sukan. Aku juga jadi ketua perbarisan.

Kat sekolah menengah situasi yang sama berlaku. Masa hari sukan, aku jadi ahli pengakap jugak. Jadi kuli kena berjemur kat tengah padang. Aku memang kaki bangku. Tak macam wife aku. Dia olahragawati sekolah. Semua acara lari dia masuk. Wakil sekolah lagi. Anak2 ada yang ikut genetik aku, dan ada yang ikut genetik wife. Yang sulung ikut aku. Semangat ada tapi tenaga tak cukup. Yang tengah, tenaga ada tapi semangat tak kuat. Boleh lari tapi tak minat nak menang. Dia cakap kat aku tak nak lari laju2. Nanti kena wakil sekolah. Dia tak nak. Yang bungsu, semangat ada, tenaga pun ada. Budak darjah empat pun kalah dengan dia. Acara lompat tinggi pun boleh menang.

Kalau zaman aku dulu, sukan dibuat sebelah petang iaitu lepas waktu sekolah. Lepas hari sukan esoknya diisytiharkan cuti sekolah. Zaman ni tak lagi. Hari Sukan dibuat sebelah pagi iaitu waktu persekolahan biasa. Tengahari dah habis. Dan esok sekolah macam biasa.

Zaman aku dulu, sebelum hari sukan semua berlatih gila2. Pemilihan dibuat secara terbuka kerana semua budak nak masuk bertanding dan nak wakil sekolah. Nak rasa glamour jadi olahragawan dan olahragawati sekolah. Setiap petang , semua turun padang. Ustazah sekolah ugama beri warning pun buat donno aje. Iyalah, bila semua turun berlatih semua tak datang sekolah ugama. Zaman sekarang lain. Budak2 dah tak minat sukan. Lari jauh sikit aje dah demam dan sakit satu badan. Pemilihan masuk acara sukan ikut suka hati cikgu2. "Sapa nak lari 100m angkat tangan?" Senang betul pemilihannya. Yang kurus2, masuk acara balapan dan yang gempal2 masuk acara padang.

Ibubapa zaman sekarang pun rasanya tak galakkan anak aktif dalam sukan. Patang anak ada sakit sikit, mereka datang klinik mintak surat pengecualian daripada bersukan. Allergiklah, semputlah, sakit jantunglah. Padahal mereka malas nak ulang-alik hantar anak2 turun berlatih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan