Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Februari 2010

Aku dan Merawat Kes Kecemasan

Kalau mengikut Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Klinik Swasta 1998, klinik swasta macam aku mesti dilengkapkan dengan peralatan2 kecemasan seperti berikut:

1. Resusitation Sets.




2. Oxygen tank.


3. Intravenous Drip Set.

4. Drip stand.


Peralatan2 ini wajib disimpan di klinik sebagai memenuhi syarat2 akta tersebut. Semasa akta ini baru dikuatkuasakan, ramai doktor2 terutama yang dah senior menyuarakan perasaan tak puashati mereka kerana terlalu banyak benda2 tak logik yang pihak kerajaan mahukan sebelum sesebuah klinik itu boleh didaftarkan.

Antaranya ialah doktor itu perlu melampirkan sijil2 mereka termasuk sijil pendaftaran penuh, ijazah juga surat sumpah menyatakan doktor itu bukan seorang yang muflis dan tidak terlibat dengan jenayah. Ramai doktor mengeluh sebab mereka dah tak tahu kat mana mereka simpan sijil2 tersebut. Kalau dilihat borang pendaftaran tersebut, memang banyak benda termasuk modal syarikat perlu diisytiharkan. Leceh betul. Untuk klinik2 yang sedia ada beberapa pengubahsuaian perlu dilakukan seperti saiz pintu depan, jenis pintu bilik air, jenis sinki dan semuanya memerlukan perbelanjaan yang agak besar jugak.

Aku ikut mana yang boleh. Yang dah tak boleh, aku memang tak boleh buat apa dah. Tentang sijil2, borang2 dan pelan klinik aku takda masalah. Yang aku paling tak setuju ialah untuk menyediakan peralatan2 kecemasan yang pada pendapat aku hanya membuang duit dan hanya akan menjadi barang2 perhiasan dan pameran di klinik sahaja.

Sepanjang 8 tahun di klinik, aku jarang sekali berjumpa pesakit yang begitu tenat sehinggakan aku terpaksa menggunakan peralatan2 kecemasan seperti di atas. Belum aku jumpa pesakit yang kena buat resusitation, yang kena bubuh oksigen atau perlu masuk IV Drip. Biasanya aku boleh anticipate dan aku hantar ke hospital secepat mungkin. Peluang mereka untuk hidup lebih besar jika mereka ke hospital berbanding aku rawat di klinik.

Rawatan2 kecemasan seperti sesak nafas, pengsan, serangan jantung, kemalangan serius serta alahan yang teruk perlu dirawat oleh satu pasukan perubatan termasuk doktor, nurse dan pembantu perubatan. Seorang doktor walau secekap manapun, dia tidak boleh menangani kes2 kecemasan secara berseorangan. Dia kena ada satu pasukan untuk bekerja bersama2 dan serentak untuk membantu pesakit. Sebab itu aku langsung tak simpan peralatan2 tersebut di klinik kerana aku tahu sejauh mana keupayaan aku untuk menangani kes2 kecemasan. Staf klinik aku memang langsung tak boleh diharap. Ajar macamanapun, bila berdepan dengan situasi tersebut ramai yang panik dan tak tahu nak buat apa.

Aku dah biasa menghadapi kes2 kecemasan. Pengalaman bekerja di Unit kecemasan Hospital Besar JB juga Hospital Kulai telah mendewasakanku. Semua jenis pesakit aku dah jumpa. Yang berjaya diselamatkan ramai dan yang tak berjaya pun ramai. Aku dah tak hairan dah.

Satu pengalaman yang paling aku tak lupa ialah aku berjaya menyelamatkan seorang ketua samseng daripada mati. Satu Cina lingkungan 50-an ditikam di perut oleh musuhnya. Masa dia sampai di hospital, dia telah kehilangan banyak darah. Dia dah tak sedarkan diri. Polis dah bersedia untuk menghebohkan kematiannya bila tiba2 dia sedar dan selepas dua jam dia dah boleh bercakap2 semula.

Selang dua minggu, pakar Patologi JB iaitu Dr Shahidan telefon aku ( Dr Shahidan adalah Pakar Forensik Hospital Sg Buluh yang melakukan post mortem kedua ke atas mendiang Teoh Beng Hock). Beliau mengucapkan tahniah kerana berjaya menyelamatkan mangsa tikam tersebut. Tapi selang seminggu, dia mati jugak akhirnya kerana jangkitan kuman akibat tikaman. Dr Sahahidan yang buat post mortemnya.

Hujung tahun lepas, nak tak nak aku terpaksa gak beli benda2 tersebut. Beberapa klinik sekitar kawasan aku telah kena spot check dengan pihak kementerian. Asalnya aku dah ready dengan alasan dan jawapan tapi akhirnya aku mengalah jugak. Sampai sekarang aku belum pernah pakai barang2 tu. Memang nak buat pameran aje sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan