Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Februari 2010

Aku dan Kisah Bapa2 Sekarang

Kisah#1

Seorang bapa. Ada anak bersekolah di sekolah asrama. Tingkatan 2. Sekarang ni ramai yang cuti panjang sebab menyambung cuti tahun baru Cina. Tapi sekolah asrama anak dia bercuti sampai hari Rabu sahaja. Hari Khamis dah kena naik sekolah. Kena balik asrama. Petang Jumaat hantar SMS kat aku. Mintak tolong tuliskan MC untuk anak dia. Nak menyambung cuti Khamis dan Jumaat.

Bagus sungguh jadi bapak sekarang. Zaman aku dulu jangan mimpilah nak ambik2 MC camtu. Demam sampai gigil2 pun aku gagahkan jugak naik keretapi nak balik asrama. Untung budak2 zaman sekarang.

Kisah #2

Seorang abah. Anak sulungnya berumur 21 tahun. Sedang belajar di UMP. Ambik course Sains Komputer. Anak dia dapat duduk hostel. Makin senior, biliknya makin ke atas. Tahun ini kena duduk di tingkat empat. Masalahnya ialah kat hostelnya, air selalu takda. Jadi anak dia kena selalu naik turun tangga untuk cari bekalan air.

Abah dia datang jumpa aku. Dia mintak surat rekomen nak pindahkan anak dia ke tingkat bawah semula. Senang kalau takda air katanya. Dia suruh aku adjust tulis ada sakit sendi ke, sakit lutut ke, sakit gout ke.

Budak perempuan umur 21 tahun mana boleh ada sakit camtu? Itu sakit orang2 tua sahaja. Kalau nak confirm, kena ambik ujian darah. Mula2 kata nak test darah tapi kemudiannya nak mintak tulis surat dulu. Ujian darah tunggu cuti semester nanti. Sakit kepala aku...

Kisah #3:

Seorang bapak. Anak sulungnya di Tingkatan 4. Dapat masuk sekolah asrama penuh di MCKK. Anak sulungnya tak pernah berpisah dengan keluarga. Kerja2 rumah seperti basuh baju, basuh kasut dan mengemas memang tak pernah dibuatnya. Tup tup dapat masuk asrama penuh nun jauh di Kuala Kangsar sana. Seminggu yang pertama, anak dia setiap hari telefon nak balik rumah. Tak tahan katanya.

Masuk minggu ke dua pun sama. Kena raging lak dengan senior. Kerja sekolah banyak, tidur tak cukup, makan tak sedap, baju sekolah belum basuh, senior asyik kacau. Semua dia beritahu kat bapak dia. Bapak dia langsung tak sedap hati. Dia pergilah melawat. Balik ke Johor dah kepenatan. Langsung jumpa aku nak ambik MC.

Zaman aku sekolah asrama dulu, aku jarang call emak bapak aku. Seminggu sekali pun payah. Apatahlagi hari2. Aku juga tak pernah cerita kat emak bapak aku apa yang berlaku masa kat sekolah dan asrama. Itu semua hal2 peribadi yang tak perlu diceritakan kat emak bapak. Kesukaran dan kepayahan mengharungi hidup di asrama aku tempuhi sendirian. Takda nak mengadu2 kat emak bapak. Kepayahan hidup di asrama tidak sesusah jika dibandingkan hidup emak bapakku semasa di kampung. Nak kata lauk kat dewan makan tak sedap, kat rumah apa kurangnya? Walaupun resepinya tak sesedap emak masak kat rumah, ayamnya besar2. Ikannya pun besar2. Jadi, aku tak terasa nak komplen macam2.

Anak2 sekarang manja sangat rasanya. Emak bapak pun sama. Sayang sangat kat anak2. Termasuk juga aku. Aku tak nafi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan