Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Februari 2010

Aku dan Kawan Lamaku: Neil Amri

Aku dan Neil Amri memang dah lama berkawan. Banyak sungguh kenangan pahit manis masa sama2 belajar dulu aku kongsi bersamanya. Namun selepas masing2 dapat ijazah MBBS dan sibuk dengan kehidupan masing2, kami langsung tak pernah berjumpa. Rasanya kali terakhir berjumpa ialah masa reunion di Port Dickson kira2 10 tahun yang lepas. Masa tu aku masih pakai Iswara putih aku dan Neil dengan Wira Aeroback dia. Sama2 jadi doktor cabuk di hospital kerajaan.

Yang aku tahu masa aku hantar notis berhenti kerja dengan kerajaan, dia sambung belajar lagi di USM untuk jadi Surgeon. Tahun lepas secara tak sengaja aku dapat nombor telefon dia daripada Jemie. Aku call dia. Masa tu dia dah jadi surgeon dah. Dia tengah buat attachment kat Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Kadang2 aku berhubung dengan dia melalui Yahoo! Messenger namun kesibukannya menyebabkan aku jarang kacau dia.

Bulan lepas, aku dapat tahu dia nak sambung buat attachment kat Singapore. Dia memang dah jadi Surgeon kat Hospital Sg Petani tapi masih nak mendalami lagi bidang dia dengan menambah ilmu di Singapore. Rajin betul dia. Dia pun masih kekal di kerajaan sampai sekarang. Tak macam aku. Awal2 lagi dah give up.

Hujung minggu lepas, dia call aku dari Singapore. Dia nak datang menziarahi aku. Dia boring duduk Singapore sorang2. Rupa2nya dia datang sendirian. Sementara menunggu work permit diluluskan, dia duduk kat hotel sahaja. Satu malam SD60.00. Dia nak sewa bilik atau sewa rumah di sana tapi kena tunggu kelulusan permit kerja dulu. Mana tahu tak lulus, habis duit deposit rumah.

Pukul 12 dia bertolak daripada Singapore, pukul 5 baru sampai kat stesen bas Kulai. Ngam2 aku habis kerja. Jadi, aku jemput dia dan pergi sembang2 kat OldTown WhiteCoffee. Ezanee pun join sama. Memang banyak betul benda yang aku nak catch up. Maklumlah dah 10 tahun tak jumpa. Dia masih kurus seperti dulu. Muka langsung tak berubah. Cuma rambut dah banyak beruban. Banyak berfikir katanya. Diam tak diam, Maghrib dah tiba.

Malam itu, dia tidur kat rumah aku. Kami sambung berbual2 sampai tengah malam. Entah apa yang aku cerita aku pun tak ingat dah. Dia masih seronok bekerja di hospital kerajaan. Dan selagi itulah dia akan setia. Attachment kat NUS ni pun atas sokongan kerajaan. Gaji bulan masih ada walaupun kena potong 3 bulan. Aku bahagian bedah2, masuk bilik OT sehari suntuk, ada emergency call malam2 buta memang bukan bidang aku. Langsung tak minat. Singapore pun bukannya best sangat. Dia kata staf hospital tak friendly dan jarang senyum. Urusan penginapan, pembelajaran dan segala2nya kena urus sendiri.

Tengahari hari minggu, aku hantar dia balik ke Singapore. Mungkin bulan depan dia akan bawak famili dia sekali. Aku pesan kat dia, selagi dia tak bawak aku jalan2 ke Universal Studio di Sentosa, dia tak boleh balik ke Malaysia. Yang best, aku dah introduce dia ke alam Facebook. Senang sikit nak contact lepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan