Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Februari 2010

Aku dan 3 Idiots


Selepas tengok Aamir Khan dalam Ghanjini, aku rasa aku tak boleh missed lagi lakonan dia. Ghanjini adalah a perfect film sebagaimana Aamir Khan juga adalah perfectionist. Kalau Ghanjini banyak adegan2 ganas, 3 Idiots pula penuh dengan lawak2 pandai yang mengenakan orang. Aku suka cerita ini.

Ianya mengisahkan kehidupan pelajar2 kejuruteraan di sebuah universiti terkenal di India. Ketegangan, kegagalan dan ketensionan hidup sebagai pelajar kejuruteraan ditampilkan dengan jalan cerita yang mudah dan penuh dengan unsur2 humor. Ianya mengisahkan kehidupan 3 pelajar satu dorm yang berjuang untuk memajukan diri. Seorang yang belajar kejuruteraan hanya kerana nak memenuhi cita2 ayahnya, seorang yang nak keluar daripada belenggu kemiskinan dan seorang lagi kerana betul2 minat ingin belajar.

Kehidupan seorang pelajar tentunya bermula dan berakhir di kelas2 dan dewan peperiksaan. Markah2 peperiksaan menentukan masa depan. Mana yang gagal, ramai yang bunuh diri. Tapi tidak bagi Ranchos, watak Aamir Khan dalam cerita ini. Hidup dia bukan di dalam kelas sahaja. Dia belajar ikut mood dia. Takda jadual. Kalau ada kelas lain yang bagus, dia pun turut serta walaupun subjek itu dia tak ambik. Namun begitu, dia dapat nombor satu dalam kelas dia. Manakala kawan dia yang lagi 2 orang, asyik dapat nombor corot.

Cerita dia memang pelik. Kesudahannya lagi pelik. Tapi sempat lagi mengenakan orang. Bila nak tayang kat panggung di Malaysia aku pun tak pasti.

1 ulasan:

  1. wak pon dh tengok citer 3 idiots ni jugakk., ghanjini tu blom tengok lg tapiii..iHIkks

    BalasPadam