Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2010

Aku dan Skandal Orang Lelaki

Skandal terbaru mengenai kapten Chelsea, John Terry mengesahkan segala teoriku. Kebanyakan lelaki yang telah berjaya dan gagah perkasa tersungkur akhirnya dek kerana perempuan. Lihat Tiger Wood contohnya. Dia dikenali dan dipuja seluruh dunia. Dia dilabel sebagai lelaki sejati dan menjadi idola kepada kebanyakan orang. Pendapatannya tak terkira dek kalkulator. Terlalu banyak nombor dalam akaunnya. Tapi lihatlah apa jadi sekarang? Lebih sepuluh perempuan dah mengaku pernah skandal dengan dia. Inilah masalah kaum lelaki. Bila duit dah banyak dan tak tahu nak buat apa, mulalah dia tabur duit tu merata2. Perempuan2 pun sama jugak. Bukannya kira lelaki tu suami orang ke, bapak orang ke, datuk orang ke, yang dikira dapat hidup mewah dengan jalan yang paling mudah.

Dalam ramai2 pemain bola sepak yang aku kenali, aku tak sangka John Terry pun boleh berlaku curang jugak. Dulu masa David Beckham, Ashley Cole dan Frank Lampard kantoi sebab skandal, aku tak kisah sangat. Tapi bila John Terry yang pernah dapat gelaran 'Father of The Year' juga ketua pasukan Chelsea, aku mula terfikir bahawa manusia itu tak akan pernah cukup dengan apa yang mereka ada. Apatahlagi bila manusia dah memiliki segala2nya. Kerjaya, rumah, kereta, isteri, anak2, wang, kemasyhuran, kejayaan, kekayaan...kalau tak sentiasa dekat kepada Tuhan, maka pasti akan hanyut. Sebaik2 lelaki pun, pasti tak kan tahan dengan godaan disekelilingnya. Sebab itu Islam menghalalkan lelaki berkahwin empat. Kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui tabiat dan naluri lelaki, makhluk ciptaanNya.

Dunia sekarang memang dah berserabut. Manusia dah tak kenal lagi halal haram. Manusia dah jadi seperti haiwan. Walaupun cinta itu buta, takkanlah isteri kawan pun nak disebat jugak? Kalau ikut suratkhabar hari ini, perempuan yang berskandal dengan John Terry tu turut berskandal dengan 4 lagi pemain Chelsea. Nasib baik tak satu pasukan sekali. Heran aku dengan John Terry ni. Takda perempuan lain ke? Dia sebagai ketua pasukan patut menjadi contoh kat pemain2 lain. Ini tidak, dia pun join sekali. Apa yang dia takda? Isteri ada, anak pun ada kembar sepasang. Harta jangan ceritalah. Kenapalah dia tak jaga betul2 kemahuannya? Tapi aku tak salahkan John Terry semata2. Perempuan tu pun memang sedang mencari mangsa. Dia boleh buat duit dan hidup mewah dengan menjual cerita2 sensasinya. Memang dasar perempuan jalang.

Aku memang anti poligami. Pada aku, cukuplah seorang lelaki untuk satu famili. Buat apa nak sampai berbahagi kasih kepada 4 famili. Aku tak percaya pada konsep sama rata, saksama, berlaku adil dan tolak ansur dalam berpoligami. Mana boleh sama rata? Alang emak bapak kita pun tak pernah adil dalam memberi kasih sayang. Mesti ada yang terlebih dan terkurang. Kalau alasan digunakan seperti dah jodoh, dah takdir, saling menyinta, saling memahami, tidak pandang harta, itu jawapan2 plastik yang tak payah nak fikir pun, semua orang boleh jawapkan. Satu lagi, istilah berkemampuan dan boleh berlaku adil juga jawapan plastik dan klise.

Aku bagaimana? Aku tetap setia pada yang satu. Sepanjang 14 tahun perkahwinanku, tak pernah sedetikpun aku berfikir untuk berskandal. Itu kerja bodoh. Dah tua2 ni kalau masih angau nak bercinta semula, memang buang tebiatlah namanya. Sebab itu aku tak nak jadi kaya. Aku tak nak duit berjuta2 sampai aku tak tahu nak buat apa. Kerana masa itu syaitan akan datang mencucuk aku. Aku nak hidup yang sederhana. Walaupun duit tak banyak, tapi hidup senang dan ringkas. Hati sentiasa tenang. Kalaupun duit banyak tapi hati sentiasa tak tenteram, sakit sentiasa datang nak buat apa?

Aku dah menyaksikan pelbagai peristiwa dan tragedi tentang keburukan berskandal ni. Sedara-mara, jiran tetangga, kawan dan idola2ku hidup berantakan dek kerana skandal. Ada lelaki yang suka mengejar thrill dan keseronokan bermain api dan perasaan. Tapi bukan aku. Aku takut. Aku lebih rela digelar pengecut atau apa sahaja tetapi aku tak sanggup bermain dengan perasaan. Cukuplah sekali aku mengharungi dunia percintaan dengan wife aku dulu. Itupun kalau disuruh mengulanginya semula, aku dah tak sanggup. Boleh cepat kena darah tinggi nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan