Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Februari 2010

Aku dan Wan Azizah

Apa Wan Azizah tunggu lagi? Ini lah masanya!

Orang biasa pun sudah boleh agak, mana mungkin mahkamah persekutuan akan gugurkan kes Anwar sedangkan kes sudah berjalan dan mengugurkan kes sebelum didengar adalah satu prinsip yang melanggar kedaulatan undang-undang.

Belum pernah ada seorang tertuduh boleh menangguh kes sehingga lebih 25 kali. Siap mahu gugur kes, gugur pasukan pendakwaan dan gugur hakim. Penjenayah perang Saddam Hussien pun tak buat macam itu.

Hanya orang buta sahaja yang masih percaya Anwar tidak bersalah. Daripada tak berani bersumpah sehingga tangguh kes, peguam beliau sendiri Karpal Singh merupakan orang yang mendedahkan kes liwat pertama Anwar semasa tahun 1998 dahulu, 5 bulan sebelum Anwar dipecat Mahathir.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Sudah terang lagi bersuluh, ramai bekas penyokong Anwar sudah mula buka mata. Jika dahulu mereka percaya ini merupakan satu konspirasi namun hari ini tidak lagi. Mereka semakin sangsi apabila melihat gerak geri dan gelagat Anwar dari hari ke hari.

Saya mengesyaki sesuatu akan mengapa Anwar selalu mahu tangguh kes. Seolah-olah beliau sedang menantikan sesuatu untuk dijadikan bukti dalam pembelaannya. Namun sehingga hari ini beliau masih belum mendapatkannya dan oleh itu beliau mahu tangguh, tangguh dan tangguh lagi.

Apa yang Anwar nantikan? Itu sama-sama kita lihat. Buat Wan Azizah, anda merupakan seorang manusia paling tabah di dunia. Sesungguhnya kita tak mungkin jumpa lagi wanita sebaik dan sesabar anda. Namun pasti anda terfikir sampai bila anda boleh bersabar lagi?

Keluarga anda mempunyai wang yang banyak. Sangat banyak. Gunakanlah wang tersebut untuk berhijrah ke luar negara dan mulakan hidup baru. Bawa sekali anak-anak dan cucu kerana percaya lah, kali ini anwar pasti akan sangkut.

Dia boleh tangguh sampai bila pun dia mahu, tapi masyarakat akan terus sabar menunggu sehingga lakonan beliau tamat. Saya dan rakan blogger lain termasuk komentar-komentar setia saya mahupun Saiful Buhari sendiri tidak akan penat menulis demi menegakkan kebenaran. Kami tidak akan jemu kerana kali ini Anwar tidak akan terlepas lagi.

Konspirasi UMNO

Jika kita ingat kembali laporan polis dibuat oleh Saiful selepas pilihanraya ke-12 berlangsung. Kalau anda mahu katakan ini konspirasi BN, mengapa tidak sebelum pilihanraya lagi UMNO rancang dan letupkan semua ini?

Kerana apa? Kerana BN tidak yakin ini akan mempengaruhi pengundi? Anda silap. Pada pilihanraya umum ke-12, BN dibawah pimpinan Pak Lah sangat lah yakin akan menang lebih besar dan kembali merampas Kelantan. Siap-siap Awang Adek Husin sudah dilambung seolah-olah bakal cuci kaki masuk pejabat MB Kelantan. Namun BN tewas dengan teruk.

Apa perlu coffee boy?

Satu perkara yang saya masih tidak faham mengapa Anwar perlu seorang coffee boy. Adakah beliau terlalu sakit pinggang sehingga nak buat kopi sendiri pun tak reti? Atau Wan Azizah yang tak tahu bezakan kopi dan serbuk bontot kuali?

Rakyat bukan bodoh lagi. Seperti mana BN telah tersilap langkah merendahkan kemampuan rakyat untuk berfikir, begitu juga dengan Anwar. Rakyat terus menjadi pemerhati terbaik dan akan menjatuhkan hukuman apabila tiba saat dan waktunya.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kali ini Anwar tidak akan terlepas. Kami akan teruskan apa yang telah kami mulakan sehingga semuanya selesai.

Kepada Wan Azizah, anda akan menjadi saksi pasukan pembelaan. Apa yang anda tunggu lagi? Anda sudah lama bersabar. Kini anda diberi peluang untuk menceritakan segala-galanya kepada mahkamah. Ini lah masanya untuk anda ’smash’ bola tanggung kepada muka Anwar.

Artikel yang hanya bagus dibaca ini diambil daripada http://writtenbyhim.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan