Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2010

Aku dan Sibuknya Bulan Ini



Bulan 3 berakhir malam ini. Bulan yang paling2 sibuk setakat ini. Banyak sangat kerja2 yang perlu dibereskan. Klinik pun penuh aje sepanjang hari. Namun sempat gak aku pergi bercuti dan update aku punya blog.

Awal bulan hari tu, aku sibuk masukkan data survey NHSI yang aku cerita tempoh hari. Nasib aku kurang baik sebab tarikh yang aku dapat jatuh ke hari isnin. Hari paling sibuk dalam seminggu kerana patient aku double setiap hari isnin. Maka aku kena masukkan data 76 pesakit setiap seorang dalam komputer. Part biodata staf aku yang buat tapi part ubat2an, aku kena buat sendiri. Kerjanya sangat leceh sebab setiap ubat kena ada nama generiknya, nama ubatnya, kandungannya, jenisnya, macamana makannya, berapa kali nak beri sehari dan jumlah ubat yang aku nak beri. Kalau aku tertinggal satu ruangan, automatik dia reject. Rasa nak hempas aje keyboard kalau itu berlaku. Tempoh 2 minggu yang dia beri aku lanjutkan sendiri. Awal minggu lepas baru siap. Aku tunggu aje mereka call aku. Aku dah ready dengan jawapan aku.

Selain itu, aku sibuk tolong wife siapkan assignment dia. Aku kena jadi translator. Bahan2 semua dalam English tapi assignment dalam bahasa melayu. Tajuknya Gender dan Matematik. Tahap tesis untuk Master. Kena lebih detail dan ada pengesahan tentang sumber2nya sekali. Tak boleh main hentam sahaja. Memang separuh gila aku dibuatnya. Aku siap cuti dua hari tak masuk klinik sebab sayangkan bini punya pasal. Ingat semasa cuti ke Melaka boleh lapang sikit kepala tapi setiap waktu wife masih sibuk sangat dengan assignment dia. Kawan2 dia pun asyik call aje. Ada dateline yang perlu dikejarkan.

Aku juga kena siapkan dokumen2, bil2 dan invois2 untuk buat pengiraan income tax. Bulan 2 tahun lepas, aku tak dapat bank statement. Mana posmen letak aku pun tak tahu. Rasanya aku dah dapatkan salinan statement tu kat bank dulu. Tapi bila aku check, aku dah silap bulan daa. Yang aku nak bulan satu punya. Yang aku ambik bulan dua. Bangang sungguh aku. Bila aku jumpa pegawai bank, dia kata aku kena mohon kat KL sebab dah lama sangat. Dah takda dalam sistem. Aku kena tulis surat dan mohon secara rasmi. Ni dah hampir 2 minggu, aku masih belum dapat lagi statement aku. Yang lain2 semua dah complete dah.

Bila wife sibuk dengan kelas dan assignment dia, aku kena ambik alih tugas2 menjaga anak, mengambil dan menghantar mereka ke sekolah juga menolong memasak dan mengemas rumah. Kalau hari wife ke kelas, hari2 aku masak nasik goreng. Nasik goreng kampung, goreng cina, goreng padprik, goreng tomyam. semua aku dah try. Part kemas rumah, aku buat mana yang terlarat dan yang wajib2 aje. Rumah bersepah pun kalau aku dah tak larat, aku sekadar tengok aje. Tergerak hati nak cari pembantu tapi aku masih was2 lagi.

Hari ini harijadi anak bungsu aku. Cikgu kelas dia dah mintak kek untuk beri kat kawan2 sekelas dia. Aku sekeluarga memang tak suka makan kek. Tak kiralah apa jenis. Kalau beli kek pun, lepas tiup lilin, aku simpan dalam peti sejuk. Lama2 keras dan lepas dua minggu, aku buang begitu sahaja. Jadi, aku jarang beli kek kecuali ada yang sponsor. Tapi semalam aku terpaksa beli. Kena beli yang besar sebab satu kelas dia ada 28 orang murid. Kesian pulak kalau tak cukup. Dah nama anak bungsu. Lebih dimanjakan berbanding anak yang lain. Hadiah harijadi dah dapat dulu. Jersey bola team Manchester United dan Argentina. Nasib baik beli yang imitation. Kalau yang original, beratus2 ringgit harganya. Memang tak berbaloilah.

Masa kat pesta konvo UTM tu, beberapa kali aku pusing gerai2 yang ada. Semua jersi yang aku tunjuk dia tak berkenan. Rupa2nya dia nak yang ada logo Nike atau Adidas di dadanya. Walaupun jersi tu favorite dia, kalau takda logo tu dia tak nak. Nak tunjuk kat kawan2 dialah tu. Sejak ada jersi bola ni, setiap kali waktu PJ kat sekolah dia mesti pakai jersi tu. Kata wife, dia sorang aje yang pakai. Siap dengan seluar pendek sekali. Tracksuit dan baju sukan sekolah dah tak pandang dah.

Rasanya sepanjang bulan 3, aku langsung tak sempat nak menjengah emak aku di kampung. Setiap hujung minggu ada aje projek aku. Aku hanya bertanya kabar melalui telefon. Dah balik macam zaman aku duduk kat KL dulu. Kalau difikir2kan memang patut aku rasa malu tapi apa nak buat kan? Harap2 bulan 4 ni aku boleh manage waktu aku dengan lebih sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan