Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

07 Mac 2010

Aku dan Hujung Minggu Ini

Dah lama aku tak mencatat diari kehidupanku. Asyik cut and paste aje artikel2 yang aku baca. Sebenarnya aku suruh anak2 aku baca ayat2 bahasa inggeris tu. Taklah sibuk baca komik Gempak dan majalah bola Wisel aje.

Dah lebih 2 bulan cuaca panas terik di sini. Kadang2 ada gak hujan tapi masih belum cukup untuk menyejukkan bumi. Apa2 pun itu kehendak Allah. Kita kena redha.

Musim panas sebegini, ramai yang demam. Tak kurang juga yang sakit kepala juga sakit2 badan. Hatipun ramai yang cepat panas. Termasuk gak dengan aku. Patient ramai sikit aje aku dah mula sakit kepala. Apatahlagi bila mereka tanya soalan2 yang aku takda jawapannya.

Hari Sabtu aku kerja sekerat hari aje. Petang Sabtu aku duduk rumah aje sambil memaksa diri polish kereta Accord aku. Asyik berjemur tengah panas aje, warnanya dah pudar dah. Jadi aku polishlah sikit2. Malam minggu aku pergi shopping baju dan seluar baru untuk diriku sendiri di Jaya Jusco Taman U. Dah lebih setahun aku tak beli baju. Jemu pakai baju yang sama aje. Seluar pun sama. Semuanya dah tukar warna.

Aku paling tak suka shopping cari baju sendiri. Aku tak pandai pilih warna dan saiz. Balik2 warna kuning, biege dan coklat. Itulah warna kesukaanku. Jadi, aku terpaksa bergantung kat wife aku. Kalau dia kata OK, aku terus ambik. Harga kemudian cerita. Lagi satu aku suka beli baju dan seluar saiz yang besar2. Ntah kenapa ntah. Mungkin dah terbiasa sejak kecil agaknya. Dulu masa kecik2 emak selalu pesan kalau beli baju dan seluar saiznya lebihkan sikit. Biar boleh pakai lama. Jadi kalau tak XL, XXL yang aku beli. Saiz L memang tak berani aku nak pakai walaupun ianya ngam dengan aku.

Lepas habis beratus2 ringgit untuk 3 helai baju dan 2 helai seluar, barulah dapat pergi makan malam. Cadangnya nak makan steamboat kat Johnny's tapi kedai dah tutup dah. Kenalah makan kat restoran Tomyam seperti biasa. Pukul 12 malam baru sampai rumah. Nasib baik hari tak sekolah.

Hari minggu aku bangun awal. Mula2 main badminton dengan anak2 sampai pukul 9. Lepas tu kena kemas rumah dan kemas apa2 yang patut. Petang hari minggu, aku balik kampung sekejap. Saja jalan2 jumpa emak juga sedara. Hujung minggu ini ada majlis pertunangan anak sedara aku di rumah emak mertua aku. Emak mertua pakat nak buat BBQ memandangkan semua anak dan cucunya akan berkumpul. Aku dah terima order untuk masak Nasi Goreng Kampung.

Hujung minggu depan cuti sekolah akan bermula. Aku dah confirmed nak ke Putrajaya. Dah jemu asyik bekerja aje.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan