Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Mac 2010

Aku dan Sajak Orang Bengang

Akhirnya aku tewas jua
Mengaku kalah pada kelemahan jiwa
Aku tak mampu melawan dan berdaya
Walau berapa kuat aku mencuba
Tiada siapa yang faham
Hati dan perasaan
Kerana kadang-kadang aku pun tak faham
Apa yang bermain difikiran

Aku mudah kasihan
Aku mudah percaya
Aku mudah membantu
Aku mudah menolong
Insan2 yang datang memohon
Walaupun dalam hati
Aku tak ingin kasihan
Aku tak ingin percaya
Aku tak ingin membantu
Aku tak ingin menolong

Itu kelemahanku
Kelemahanku yang selalu memakan diriku
Setiap hari pasti ada yang datang mencariku
Semata2 kerana nak tandatanganku
Untuk mohon ponteng kerja
Untuk menjaga anak yang sakit
Untuk membaiki kereta yang rosak
Untuk melawat orang tua di kampung
Untuk pergi temuduga
Untuk berehat bermalas2
Atau kerana bangun lewat
Kerana baru balik daripada kampung
Kerana jiran buat majlis keramaian
Kerana cuti tahun dah habis
Kerana cuti tidak lulus

Seboleh2nya aku tak mahu menjual tandatanganku
Kerana ia bertentangan dengan prinsipku
Aku mahu sahaja jual vitamin2 placebo
Dan charge beribu2
Biar mereka serik dan malu
Tapi itu juga bukan prinsipku

Aku tahu kelemahanku
Mudah kasihan kepada warga2 tua
Yang sakit dan hilang upaya
Walaupun aku nasihat berjela2
Mereka langsung tak peduli apa

Begitu juga dengan yang muda2
Tanya soalan tak berpada2
Sampai aku sendiri sakit kepala
Tak tahu nak jawap apa

Staf klinik pun ada yang tak guna
Kalau ditegur diam sahaja
Lain kali buat benda yang sama
Aku marah pun buat selamba

Rasa macam nak pecat mereka
Cari yang lain yang lebih berwibawa
Yang boleh ditegur dan buat kerja
Bukan setakat pandai cakap sahaja

Aku juga manusia
Merasa penat dan letih jiwa
Kalau yang datang klinik berpada2
Walaupun penat aku rela
Tapi yang malas kerja buat aku terseksa
Pagi2 dah buat aku sakit kepala
Macam2 alasan aku terima
Untuk justify MC mereka

Pagi semalam aku ikut sama
Malas bangun dan pergi kerja
Duduk rumah baring2 sahaja
Lantaklah patient nak kata apa

Dah 14 tahun aku bekerja
Tengok muka aku dah boleh agak sakit apa
Muka2 pemalas aku pun dah biasa
Kena marah pun masih datang juga

Beginilah nasib diri hamba
Antara tanggungjawab, prinsip dan sifat manusia
Korbankan segalanya walau tak rela
Hanya Allah Maha Bijaksana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan