Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Mac 2010

Aku Tengah Bercuti

Di saat ini aku tengah bermalas2 sambil duduk menghadap tv di bilik 428, Hotel Royale Bintang Seremban. Anak2 dan wife dah kepenatan sebab banyak sangat berjalan hari ini. Pagi tadi aku bangun pukul 4.30 pagi. Dah janji dengan anak2 nak bawak bekal Ayam Goreng Kicap dan Udang Sambal. Sebelum aku tidur semalam aku dah siapkan bahan2nya jadi bangun pagi tinggal tumis sahaja.

Pukul 6.30 pagi, aku bertolak meninggalkan rumah menuju ke Putrajaya. Sepanjang perjalanan sampai ke Melaka cuaca redup diiringi hujan renyai2. Kalau hujan gak sampai ke Putrajaya memang bukan nasib aku hari ini. Pukul 8 aku berhenti sarapan di R&R Pagoh. Suasana agak lengang sebab masih pagi sangat agaknya. Turun kereta aje ada apaek tua dah menyapa aku. Dia jual buah2an dengan motosikal dia. Rajin sungguh dia cari duit. Tapi mana ada nak beli buah pagi2 camni?

Sarapan di Pagoh biasa2 sahaja. Teh tariknya manis sangat dan lontongnya keras dan kuahnya tawar. Samsol dah ingatkan aku banyak kali supaya jangan makan banyak2. Dia dah sediakan Nasik Lemak untuk aku sekeluarga. Bila aku melepasi sempadan Negeri Sembilan, cuaca mulai panas. Kereta di lebuhraya tak banyak sangat. Aku ikut aje panduan GPS Garmin aku. Keluar tol Bangi dan masuk ke Putrajaya ikut Gate 1. Ikut jalan2 kampung mana ntah. Kalau takda GPS, memang aku dah patah balik dan ikut highway semula. Aku sampai di Dataran Wawasan Putrajaya tepat jam sepuluh pagi. Kereta dah banyak. Aku perhatikan orang2 Malaysia ni mana ada kosong sikit, kat situlah mereka parking kenderaan mereka. Habis semua bahu jalan dan divider diisinya. Padahal tempat parking dah disediakan cuma kena jalan kaki jauh sikit. Itu yang mereka malas tu. Lagi satu, kalau tempat parking berbayar. Mereka lebih suka mengambil risiko daripada kena bayar beberapa ringgit untuk parking.

Aku dapat parking sebelah bangunan Kementerian Keusahawanan. Terpaksa jalan kaki sejauh 150 meter. Takpalah. Kira exercise tu. Suasana memang sangat meriah. Sana sini penuh dengan umat manusia. Berbagai ragam manusia boleh dilihat. Aku suak perhatikan gelagat photographer amatur macam aku. Memang ramai yang ke hulu ke hilir mengusung equipment masing2. Yang mahal, yang murah, yang pendek, yang panjang, semua ada. Pada aku jenis kamera tak penting. Yang penting hasil kerjanya. Suasana memang macam karnival. Bila nampak kedai2 jualan, wife dan anak2 dah tak ank follow aku lagi dah. Tinggallah aku sorang2 mencari angle dan position untuk isi memory card DSLR aku.

Lepas setengah jam, baru aku dapat jumpa dengan Samsol. Dia bawak 4 orang anak dia sekali. Jadi masing2 sibuk melayan karenah anak masing2 sehinggakan nak bual2 pun takda kelapangan. Aku agak frust sebab sampai waktu aku balik, hanya 4-5 belon aje yang ada di udara. Belon Darth Vader langsung tak kelihatan. Apa2pun aku puashati gak sebab aku berjaya sampai ke Putrajaya lagi. Kali terakhir rasanya sekitar 3-4 tahun yang lepas.

Pukul 12 tengahari, aku terpaksa mengucapkan salam perpisahan kat Samsol. Sebelum balik, dia bekalkan aku dengan Nasik Lemak seperti yang dijanjikan. Siap dengan telur rebus, telur goreng dan ayam goreng sekali. Pukul 1.30 petang, aku tiba di Klana Resort Seremban untuk majlis reunion wife aku pulak. Mereka buat reunion sambil minum petang ala High Tea. Walaupun hanya 11 orang yang hadir tetapi suasananya tetap meriah. maklumlah dah lebih 15 tahun tak berjumpa. Bila jumpa memang banyak sangatlah benda nak dicerita dan ditanya. Aku tak kacau mereka. Aku dan anak2 duduk di meja berasingan sambil menikmati jamuan High Tea. Aku biarkan wife berbual2 dengan kawan2 dia.

Pukul 3.30 petang, majlis pun berakhir. Aku terus ke Royale Bintang yang terletak bersebelahan untuk check in. Masa booking dulu, aku dapat bilik deluxe je. Jadi aku suruhlah wife aku tanyakan bilik yang lebih besar sementara aku cari tempat parking. Namun wife bukan setakat tanya. Dia terus aje sain bilik Executive Suite. Pergh! Kena bayar double beb!

Suasana di hotel ini memang cozy. Tak bising sangat. Tak sibuk sangat. Lobinya lapang, lifnya pantas dan layanannya bagus. Kali pertama aku stay kat hotel ini ialah pada akhir 2005 iaitu masa banjir besar di Kota Tinggi. Aku datang lagi sebab aku suka suasananya juga sarapan paginya yang sedap dan pelbagai. Aku harap kali ini pun sama. Bilik aku berada ditingkat 4 dan menghadap kolam. Biliknya sangat luas. Ada set sofe, ada meja makan, ada 2 bilik air dan ada banyak ruang untuk bentang Toto.

Pukul 6 petang, aku temankan anak2 aku mandi kolam di tingkat 2. Setiap kali duduk hotel, Ainaa dan Ameel mesti nak mandi kolam. Itu dah jadi perkara wajib. Aku tak masuk kolam. Aku duduk kat tepi aje sambil baca suratkhabar yang aku belum sempat nak baca. Pukul 7 aku balik bilik dan lepas Maghrib aku jalan2 kat bandar. Bandar Seremban masih macam dulu jugak. Lepas pukul 9, memang dah lengang. Dah takda tempat nak dituju. Aku langsung balik ke bilik...
Apa rancangan untuk esok ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan