Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mac 2010

Aku Tengah Bercuti Di Seremban

Hari minggu aku berada di Seremban. Wife aku demam selsema dan sibuk memikirkan assignment2 dia. Bila dia sibuk dengan kerja2 dia, aku menyibukkan diriku dengan melayan anak2ku. Pukul 8 pagi aku bersarapan pagi di Coffee House. Kali ini menu sarapan paginya tak seperti dulu. Rasa masakannya pun tak seperti dulu. Mungkin chef yang dulu dah pindah agaknya.

Lepas sarapan, aku mandi kat kolam dengan anak2. Orang tak ramai. Kolamnya luas dan airnya tak rasa klorin langsung. Jadi duduk dalam air lama2 pun tak rasa rimas. Pukul 12.30, aku check out dan bertolak balik ke selatan.

Perjalanan balik sangat selesa kerana kereta tak banyak sangat. Aku belum bersedia nak balik rumah sebab mood masih nak bercuti lagi. Jadi, aku keluar tol Ayer Keroh dan menuju ke Banda Hilir Melaka. Aku nak makan ikan asam pedas dan cencalok. Nasib baik wife aku tahu tempat makan yang bagus. Dia pernah bawak anak2 murid sekolah dia tahun lepas. Aku parking betul2 kat area Banda Hilir dekat dengan tepi sungai. Hari minggu pun nak kena bayar parking jugak ke?

Kami sekeluarga makan dengan berselera sekali sebab dah lama tak rasa makan nasik panas. Ada ikan asam pedas, ada ikan bakar, ada ulam, ada sambal pelam, ada sambal air asam, ada cencalok. Pergh! Ini baru namanya bercuti. Bila dah kenyang barulah boleh jalan2. Aku keluarkan kamera aku dah snap apa2 aje yang menarik perhatianku. Aku sempat jugak menaiki bot menyusuri Sg Melaka. Takda apa yang menarik untuk dilihat. Hanya bau air sungai yang busuk dan beberapa bangunan lama yang sedang dibaik pulih.

Sebelum balik aku singgah sekejap kat Dataran Pahlawan. Wife dan anak2 nak kena beli sesuatu untuk buat kenangan. Ameel dapat jersey Argentina. Yang original harganya RM179.00. Aku tak sanggup nak beli yang ori. Yang tiruan baru RM44.00 siap dengan seluar sekali. Bolehlah...

Pukul 6 petang aku bertolak balik ikut jalan lama menuju ke Muar. Entah camna tergerak pulak hati nak makan ikan bakar. Kali ini aku ke area Anjung Batu. Yang kat Umbai dah beberapa kali aku pergi dah. Kat Anjung Batu, ada beberapa warung. Yang try warung yang paling depan sekali. Rasa makanannya sama sahaja. Harganya pun lebih kurang cuma orang aje yang tak ramai. Jadi tak payahlah tunggu lama2. Betul2 waktu aku nak balik, hujan turn selebat2nya. Jadi perjalanan balik aku agak perlahan. Sempatlah aku dan anak2 habiskan tengok DVD Adnan Sempit sepanjang perjalanan itu.

Pukul 10.30 malam, aku selamat sampai di rumah. Satu percutian ringkas yang kurang bermakna kerana ada beberapa perkara yang tetap mengganggu fikiranku. Dua benda yang aku mesti buat selepas ini.

1. Aku kena plan cuti yang lebih panjang. Waktunya kena adjust betul2 supaya wife tak sibuk ingatkan assignment dia dan anak2 tak sibuk dengan hari persekolahannya.

2. Aku kena beli equipment baru. Canon 400D dah tak sesuai denganku. Dah terlalu basic. Aku kena upgrade sekurang2nya kepada 7D dan lensanya pun kena yang lebih panjang dan cepat. Sigma aku terlalu lambat dan Tamron aku terlalu pendek untuk buat jalan2.

1 ulasan:

  1. Pasal camera dslr, dulu haku hingat nak beli yang basic macam 400d, tapi bile baca blog orglen sumer nak upgrade, jadi haku terus beli 40d, volleee?

    salamm doc, nice blog

    BalasPadam