Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Mac 2010

Aku dan Mudahnya Naik Pangkat

Kenaikan Pangkat Dipercepatkan Untuk Pegawai Perubatan, Pergigian Dan Farmasi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi di Kementerian Kesihatan yang mempercepatkan tempoh naik pangkat ke Gred 54 di antara dua hingga lima tahun.

Beliau berkata inisiatif yang melibatkan perbelanjaan tambahan sejumlah RM200 juta setahun itu bertujuan untuk menambahbaik laluan kerjaya mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.

Misalnya, seorang pegawai perubatan (pakar) boleh dinaikkan ke Gred 54 dalam masa sembilan tahun berbanding 11 tahun sekarang dan 12 tahun untuk pegawai perubatan (klinikal/pentadbiran) berbanding 17 tahun sekarang.

"Melalui penambahbaikan laluan kerjaya ini, kerajaan berharap Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Najib juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kesihatan sedang menguruskan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Gred UD44 yang layak ke Gred UD48 dan sebahagian besar dijangka dapat dilaksanakan sebelum 31 Mac ini.

Katanya, penambahbaikan ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan mereka yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan yakin langkah ini akan dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan.

Menjelaskan lebih lanjut, Najib berkata pada 5 Dis, 2007, Kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan kenaikan pangkat secara terus ke Gred UD44 kepada semua Pegawai Perubatan yang dilantik mulai 1 Jan, 2008, iaitu sebaik sahaja mereka tamat menjalani latihan amali selama dua tahun dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Untuk memastikan Pegawai Perubatan yang dilantik sebelum 1 Jan, 2008 tidak terjejas dengan keputusan tersebut, tindakan telah diambil untuk menaikkan pangkat ke Gred UD44 Pegawai-pegawai Perubatan yang dilantik sebelum 1 Jan, 2008.

Ini melibatkan kenaikan pangkat seramai 9,871 orang Pegawai Perubatan dalam tahun 2009, kata beliau.

Pelan penambahbaikan kerjaya adalah seperti berikut:

* Kenaikan ke Gred 44 - Bagi Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 41 untuk tempoh dua tahun, dan bagi Pegawai Farmasi setelah tiga tahun.

* Kenaikan ke Gred 48 - Bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian setelah berada di Gred 44 selama tiga tahun, atau tarikh warta pakar mana yang terdahulu; dan Bagi Pegawai Farmasi setelah berada di Gred 44 selama empat tahun.

* Kenaikan ke Gred 52 bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran setelah berada di Gred 48 selama empat tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.

Kenaikan ke gred itu bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar) pula setelah berada di Gred 48 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran, Kementerian Kesihatan. Bagi Pegawai Farmasi pula setelah mereka berada di Gred 48 selama empat tahun tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.

* Kenaikan ke Gred 54 bagi Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran pula setelah berada di Gred 52 selama tiga tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal.

Kenaikan ke gred itu bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian pula setelah berada di Gred 52 selama dua tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal dan tertakluk kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran.

Bagi Pegawai Farmasi pula setelah berada di Gred 52 selama tiga tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan mana yang lebih awal manakala bagi Pegawai Perubatan (Pakar) dan Pegawai Pergigian (Pakar), kenaikan pangkat daripada Gred 54 ke Gred Khas C dan ke atas adalah berdasarkan kepada perakuan Panel Penilaian Kepakaran kementerian.

Bagi Pegawai Perubatan Klinikal/Pentadbiran, Pegawai Pergigian Klinikal/Pentadbiran dan Pegawai Farmasi, kenaikan pangkat dari Gred 54 ke Gred Utama C dan ke atas adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.

Menurut Najib, berdasarkan pelan laluan kerjaya yang dinyatakan, tempoh masa maksimum bagi pegawai yang memenuhi syarat kenaikan pangkat untuk dinaikkan pangkat ke Gred 54 dari tarikh mula berkhidmat dikurangkan.

Tempoh purata kenaikan pangkat ke Gred 54:

* Pegawai Perubatan (Pakar) - 9 tahun (11 tahun sekarang)

* Pegawai Pergigian (Pakar) - 9 tahun (11 tahun sekarang)

* Pegawai Perubatan (Klinikal/Pentadbiran) - 12 tahun (17 tahun sekarang)

* Pegawai Pergigian (Klinikal/Pentadbiran) - 12 tahun (17 tahun sekarang)

* Pegawai Farmasi - 14 tahun (17 tahun sekarang)


p.s Gaji makin naik tapi mutu kerja masih ditakuk lama. Lagi satu bila gaji dah makin naik, makin susahlah aku nak cari locum. Sedihnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan