Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 April 2010

Aku dan ahli keluarga baru

Hari ini 24.4.2010. Pukul 7 aku dah bangun. Nak kena hantar anak sulung ke sekolah khas jam 8 pagi. Macam biasa aku kena beri makan ikan dan kucing2 aku. Tak sangka, Chomel dah beranak rupanya. Masa aku ke sangkar dia, aku nampak dua ekor anak baru dia dah tergolek dalam pasir. Masih basah lagi keadaannya. Chomel macam masa beranak kali pertama dulu. Resah gelisah dan seperti tak tahu nak buat apa. Jadi, cepat2 aku siapkan tempat untuk dia anak-beranak. Aku heran jugak, perut nampak besar tapi apasal anaknya 2 ekor sahaja?

Aku terpaksa tinggalkan mereka dalam rumah baru dia. Tak sempat nak tunggu sebab anak nak kena sampai sekolah sebelum pukul 8. Tengahari aku balik rehat. Cepat2 aku kebelakang dan tengok keadaan Chomel. Aku tengok anak2 dia takda kat rumah baru dia. Aku tanya dia, mana anak2 dia. Dia buat selamba aje. Aku takut dia makan anak2 dia atau kena gonggong dengan anjing liar. Cari punya cari rupa2nya dia dah sorokkan anak dia kat celah2 pokok. Nasib baik cuaca masih panas. Kalau hujan, memang ada yang mati nanti.

Alhamdulilah. Ada 5 ekor kesemuanya. 2 macam emak dia. 2 macam anak yang beranak tahun lepas dan seekor lagi hitam legam. Aku tak sempat nak tangkap gambar semua sekali sebab emak dia sayang sangat kat anak2 dia. Pantang aku datang, mesti dia nak sorokkan anak2 kat bawah badan dia.

Alahai. Tambah lagi 5, kucing aku dah 11 ekor kesemuanya. Memang tak larat nak jaga nampaknya. Kalau ada sesiapa berhajat nak bela kucing Parsi bulu tebal, silalah hantar permohonan kat aku. Aku memang berhajat nak suruh orang lain tolong jagakan.


2 ulasan:

  1. masih da kucing yg nk bg kt org.. sy nk jg kucing..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,

    email saya zouldahan@yahoo.com

    saya boleh beri percuma.
    kira jadi anak angkat gitu.
    saya ada 4 ekor yang dah boleh berlari.
    dan lagi 5 ekor yang masih menyusu...

    BalasPadam