Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 April 2010

Aku dan House Call

Petang Sabtu. Pukul 7.30 malam. Waktu rehat aku. Aku tiba di rumah selepas penat bermain badminton dengan bakal2 juara. Cadangnya, nak layan tengok Man U lawan Chelsea selepas itu. Baru aku nak syok2 melayan bola sepak, wife aku dapat call. Kawan lama dia. Dia nak mintak aku tolong tengokkan bapak dia. Bapak dia sakit dah lama tapi malam hujung minggu juga yang dipilihnya untuk mintak aku tolong tengok2kan apa yang patut. Aku dan wife serba-salah. Lagipun, satu peralatan pun aku takda. Kalau bomoh lainlah. Tengok dalam air pun boleh nampak. Bila dah jadi serba-salah, habis spoilt mood hujung minggu aku. Man U kalah pun aku dah tak kisah dah.

Di waktu hujan renyai2, aku kena ke rumah staf aku untuk ambik kunci klinik. Lepas tu aku kena bukak gril klinik untuk mengambil peralatan seperti stetoskop, BP set dan sebagainya. Lepas tu barulah boleh pergi melawat kawan wife aku. Ini bukan kali pertama aku ke rumahnya. Ini juga bukan pertama kali dia nazak dan sesak nafas. Sampai kat sana, anak2, cucu2 dan menantu memang dah ramai menunggu. Beberapa kali mereka minta maaf kerana menyusahkan aku. Aku mengangguk sahaja tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu.

Lama aku di sana. Wife dan anak2 ikut sekali tetapi mereka tunggu dalam kereta aje. Pakcik tu dah berumur 85 tahun. 2 minggu lepas dia ada berjumpa doktor pakar yang mengesahkan dia ada jangkitan kuman di paru2 dan juga menghidap Bronchitis. Ubat antibiotik dah lama habis tetapi bekalan ubat semput/bronchitis masih ada. Pakcik ni selalu kena serangan seperti Asthma iaitu sesak nafas tiba2. Anak2nya panik bila ini berlaku dan menjangkakan pakcik tu dah nazak. Selepas menyedut inhaler, dia pulih semula dan selepas beberapa lama, sesak nafasnya datang kembali. Itu yang nak mintak nasihat aku tu.

Pakcik ini adalah bekas gurubesar sekolah dan anak2nya ada yang jadi cikgu jugak. Salah seorang adalah bekas guruku juga. Wife aku juga adalah kawan baik kepada salah seorang anaknya. Itu yang aku agak segan kalau tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Semasa aku memeriksa pakcik tu, 3 orang anak2nya mengelilingiku dan bertanyakan soalan2 yang rasanya macam final exam pulak dah. Tapi kalau aku exam final ni, sure dapat jadi student A star punya.

Kesimpulannya, pakcik tu masih sihat lagi. Cuma jangkitan kuman di paru2nya menyebabkan dia hilang selera makan seterusnya merasa lemah2 satu badan. Aku hanya dapat memberi nasihat. Selebihnya terpulanglah kepada pakcik dan anak2nya nak ikut nasihat aku ke tidak. Hampir 30 minit aku habiskan bersama2 pakcik tu. Man U lawan Chelsea pun dah lama habis dah.

Siapa kata seronok jadi doktor? Hujung2 minggu aku asyik terganggu melayan karenah pesakit2. Tapi ini dah tanggungjawab. Kan dulu dah janji dengan diri sendiri untuk berbakti kepada masyarakat? Dalam hal ini tiada nilai atau upah yang setaraf dengan pengorbanan masa yang telah aku berikan.

Dah hampir 15 tahun aku jadi doktor. Dah lali sangat dengan karenah pesakit2 juga waris2nya. Biasanya orang2 tua ni, mana boleh dengar cakap anak2? Tapi bila doktor cabuk macam aku ni datang menasihat, barulah orang2 tua ni berfikir sedikit. Dulu2 aku rajin jugak memujuk pesakit2 ni tapi sekarang dah malas dah. Korang nak dengar nasihat aku ke tidak lantaklah. Kalau sakit dah teruk nanti, datanglah cari aku semula. Boleh aku tolong 'basuhkan'. Tapi orang2 tua yang tak nak dengar nasihat ni sebenarnya mereka tak berapa faham pasal penyakit mereka. Lagipun bila jumpa kawan2, jiran2 atau siapa2 yang bercerita benda2 yang negatif, makin takut mereka jadinya. Biasanya aku kena beri mereka faham pasal sakit dia. Bila dah faham barulah senang nak buat keputusan.

Aku memang jarang angkat telefon waktu hujung minggu. Hujung minggu aku sepatutnya bebas daripada memikirkan tentang hal2 pesakit dan penyakit. Hujung2 minggu waktu aku nak banugun lambat, nak mengemas laman, nak cuci kolam, nak cuci sangkar, ada yang call mintak pendapat pasal anak demamlah, anak muntah2lah, anak jatuhlah, dan sebagainya. Sebab tu berapa banyak missed call pun aku memang tak jawab punya. Apatahlagi kalau daripada nombor2 yang asing bagiku. Sekarang lagi bagus. Line CELCOM agak terbatas dalam rumah aku. Kalau aku nak call, aku kena keluar ke laman. Jadinya, kalau aku duduk kat rumah, aku langsung tidak boleh dihubungi. Bagus kan?

Semalam anak pakcik tu hantar SMS kat wife. Ayah dia dah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Kalau terus bawak ke hospital kan senang kan? Tak payahlah nak susah2 menyusahkan orang. Tapi macam aku cakap tadilah. Orang tua mana nak dengar cakap anak2? Lagipun dia takut nyawa dia tak panjang dan nak meninggal di rumah. Dia juga tak nak berpisah dengan isteri dia. Bila aku berjaya yakinkan dia bahawa dia masih sihat dan perlu rawatan antibiotik dan drip barulah dia rasa lega sikit. Rasanya dia takut bila dah ke hospital, dia tak boleh nak tengok rumah dia lagi.

2 ulasan:

  1. hehe... aku ske aa catatan kau ni wak.. ada kellas aaa.. sbb.. nampak elemen2 jujur dan ikhlas.. teruskan keje2 murni kau tu... x sume org ada pluang nak wat keje mcm kau wak... tinggi ganjaran nyer tu wak...

    BalasPadam
  2. Malam tadi anak dia call aku. Doktor pakar nak buat Angiogram kat bapak dia. Bapak dia tak nak sebab umur dah lanjut dah. Anak2 ada yg setuju ada yang tidak. So, dia orang tanya aku. Sejujurnya aku cakap, buat angiogram ke tidak, rawatannya tetap sama sebab umur dah 85 tahun. Kalau bapak dah tak nak, ikutkan ajelah.

    BalasPadam