Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 April 2010

Aku dan hujung minggu

Hujung minggu datang lagi. Sememangnya hari2 berlalu terlalu pantas. Pejam celik, pejam celik seminggu dah berlalu. Pagi hari sabtu, klinik hampir kena serbu dengan warga Myanmar dan Bangla. Rupa2nya hari itu hari gaji. Ramai yang menyinggah ke klinik sebab tak nak kerja. Nak enjoy duit gaji yang akan dapat. Boss diaorang dah call klinik aku awal2. Jangan beri MC. Aku kadang2 kesian gak kat mamat2 Bangla dan Myanmar ni. Kalau setahun ada 365 hari, 365 hari itulah mereka kena bekerja. Sehari 12 jam. Tiada istilah hari minggu, hari cuti am, hari gaji dan sebagainya. Setiap hari adalah hari bekerja. Tapi apa yang aku boleh buat? Mana2 yang betul2 sakit atau demam, barulah aku beri MC. Yang sakit sikit2 tapi menangis depan aku sekalipun aku tak dapat nak beri MC. Sekali aku beri, setiap bulan pasti dia datang lagi.

Petang Sabtu aku hantar famili ke majlis perkahwinan kawan wife aku di Taman Daiman Jaya Kota Tinggi. Warna sedondon serba oren. Khemah, alas meja, pelamin, baju sedara-mara semuanya warna oren. Dah jadi kemestian sekarang. Warna mesti sedondon. Mesti ada DJ dan karaoke set, mesti ada kameraman dan videoman. Air minuman bukan sekadar sirap aje. Mesti ada 4-5 jenis dan warna. Mesti ada buah tangan untuk dibawa balik. Kali ini aku tak dapat nasi berkat. Yang aku dapat ialah telur pindang, surah yasin, jeli SUMI, cup cake dan cawan kaca. Aku datang berlima, makan 5 set buah tangan aku dapat. Kalau satu set harga RM5, dah RM25 ringgit kos untuk aku. Itu belum kira makan lagi. Aku suami isteri baru menyumbang RM10 seorang. Bermakna tuanrumah menanggung kos extra RM 15.00. Sebab itu perkahwinan sekarang makin mahal. Aku pernah terdengar satu majlis perkahwinan sedara ipar aku. Kos makanan dan minuman dikira RM25.00 satu kepala. Kalau jemputannya 2000, RM50 000 habis untuk makan sahaja. Itu belum kira sewa khemah, sewa mak andam, sewa kompang, sewa penari zapin, sewa karaoke set dan sebagainya. Nasib baik anak aku kecik2 lagi.

Balik dari Kota Tinggi, aku singgah kat rumah emak di kampung. Aku diam2 aje nak datang. Kalau aku call dulu, mesti emak susah2 nak siapkan makan malam untuk aku sekeluarga. Sebab itu aku diam2 sahaja. Emak dan abah cukup seronok dapat tengok anak, cucu dan menantunya sampai. Abah kata lututnya dah baik dah. Syukur Alhamdulilah. Emak pun nampak sihat cuma letih sikit. Liza dan suaminya makin sihat. Maklumlah orang tengah mengandung. Makan tidur ajelah aku tengok.

Malam minggu aku rehat2 kat rumah aje. Makan steamboat sambil tengok final Piala FA Kedah lawan Negeri Sembilan. Penyokong kedua2 pasukan bukan main bersemangat lagi tapi permainan mereka biasa2 sahaja. Tak seperti final Piala Malaysia, final Piala FA lebih bersopan dan berdisiplin. Takda insiden bakar mercun atau bakar kerusi.

Esok nak kerja lagi...minggu baru bermula...

2 ulasan:

  1. salam doc, macam kenal jer, mungkin kiter berjirann..

    nice blog, keep it upp

    salamm,

    BalasPadam
  2. Mungkin kot. Saya di Tmn Putri Kulai.
    Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

    Salam perkenalan.

    BalasPadam