Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 April 2010

Aku dan 'The Malingerer'

Main Entry: ma·lin·ger
Pronunciation: \mə-ˈliŋ-gər\
Function: intransitive verb
Inflected Form(s): ma·lin·gered; ma·lin·ger·ing \-g(ə-)riŋ\
Etymology: French malingre sickly
Date: 1820 : to pretend or exaggerate incapacity or illness (as to avoid duty or work)

Malingering is a medical term that refers to fabricating or exaggerating the symptoms of mental or physical disorders for a variety of "secondary gain" motives, which may include financial compensation (often tied to fraud); avoiding school, work or military service; obtaining drugs; getting lighter criminal sentences; or simply to attract attention or sympathy. Legally, it is often referred to as fabricated mental illness or feigned madness (see United States v. Binion). The disorder remains separate from somatization disorders and factitious disorders in which primary and secondary gain, such as the relief of anxiety or the assumption of the "patient role", is the goal. The symptoms most commonly feigned include those associated with mild head injury, fibromyalgia, chronic fatigue syndrome, and chronic pain. Failure to detect actual cases of malingering imposes a substantial economic burden on the health care system, and false attribution of malingering imposes a substantial burden of suffering on a significant proportion of the patient population.

Detection

Some feature at presentation which are unusual in genuine cases include:

  1. Dramatic or atypical presentation
  2. Vague and inconsistent details, although possibly plausible on the surface
  3. Long medical record with multiple admissions at various hospitals in different cities
  4. Knowledge of textbook descriptions of illness
  5. Admission circumstances that do not conform to an identifiable medical or mental disorder
  6. An unusual grasp of medical terminology
  7. Employment in a medically related field
  8. Pseudologia fantastica (i.e., patients' uncontrollable lying characterized by the fantastic description of false events in their lives)
  9. Presentation in the emergency department during times when obtaining old medical records is hampered or when experienced staff are less likely to be present (e.g., holidays, late Friday afternoons)
  10. A patient who has few visitors despite giving a history of holding an important or prestigious job or a history that casts the patient in a heroic role
  11. Acceptance, with equanimity, of the discomfort and risk of diagnostic procedures
  12. Acceptance, with equanimity, of the discomfort and risk of surgery
  13. Substance abuse, especially of prescribed analgesics and sedatives
  14. Symptoms or behaviors only present when the patient is being observed
  15. Controlling, hostile, angry, disruptive, or attention-seeking behavior during hospitalization
  16. Fluctuating clinical course, including rapid development of complications or a new pathology if the initial workup findings prove negative
  17. Giving approximate answers to questions, usually occurring in factitious disorder with predominantly psychological signs and symptoms (see Ganser Syndrome)
Malingering adalah satu istilah perubatan yang sering digunakan kepada pesakit2 yang pandai berpura2 dan pandai berlakon tahap Roysam Nor dan Jalaludin Hassan. Mereka ini sememangnya manusia paling pemalas dalam dunia dan pada aku hanya membuang masa doktor sahaja kerana mereka sesungguhnya pandai berlakon semata2 untuk mendapatkan apa yang dihajatkan. Mereka ini sering hadir ke klinik pada pagi hari Isnin, pada petang Jumaat ataupun pada hari2 yang akan berlaku cuti panjang keesokan harinya. Mereka adalah kaki MC ataupun digelar "The Malingerer". Manusia2 jenis inilah yang suka membuang masa doktor seperti aku juga membuatkan aku hilang mood dan naik darah kerana terpaksa melayan karenah dia.

Pesakit#1

Mamat seorang ini bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan swasta berhampiran dengan klinikku. Beliau telah beristeri dan punya 2 anak. Isterinya tidak bekerja dan rasanya dia ada buat part time buat wiring kat rumah2 orang. Sememangnya dia ada banyak penyakit seperti Allergic Rhinitis, Hypotension dan sering datang ke klinik kerana masalah tekanan darah rendah dan selsema yang tak pernahnya baik. Dia selalu menggunakan masalah selsemanya untuk malas kerja dan hadir ke klinik seperti orang yang sedang mengalami selsema yang teruk. Padahal aku tengok hidungnya kering sahaja dan takda tanda2 berhingus. Tetapi dia memang aktor first class. Kalau dia rasa tak dapat nak mempercayakan doktor, dia bawak sekali wife dia untuk menokok tambah simptom penyakitnya. Setiap kali dia datang ke klinik, aku dah tahu apa kehendaknya. Lakonannya cukup memualkan dan rasa macam nak beri dia satu jarum suntikan paling besar yang aku ada supaya dia terus masuk gol dan tak perlulah aku tengok muka dia lagi.

2 lepas dia berlakon lagi dan datang ke klinik. Dia kata nak pitam dan hampir pengsan masa kat ofis. Muka dia masa tu agak cemas dan tegang jugak. Lakonan ke bukan aku sukar nak pasti. Jadi aku terpaksa check betul2lah. Mana tahu kena heart attack dan mati kat klinik, susah pulak nanti. Pemeriksaan fizikal tidak mendapati apa2 kekurangan dan dia seperti tak puashati dengan pemeriksaanku. Dia cerita lagi perkara bukan2 termasuk hal2 mistik dan tidak saintifik. Bila aku cakap aku beri MC satu hari, barulah berubah air muka dia. Aku terpaksa cakap begitu kerana selagi aku tak cakap, selagi itulah dia akan cuba meyakinkan aku bahawa dia sakit tenat, hampir nak mati dan patut dapat MC.

Minggu lepas, supervisornya datang ke klinik. Sembang punya sembang akhirnya kami boleh berbual2 pasal mamat sorang ni. Walaupun hal2 pesakit adalah sulit dan confidential, aku terpaksa gak bukak mulut sebab aku dah tak tertahan2 nak bercerita pasal mamat ni. Supervisor dia berkias2 jugak pasal aku selalu beri MC kat dia, jadi aku terpaksalah mempertahankan diri aku.

Menurut supervisor dia, mamat ni memang selalu sakit. Kat ofis selalu aje berlakon sakit itu dan ini. Pernah sekali dia pergi ke rumah mamat ini sebab dia tak datang kerja. Masa nak bukak pintu nampak sihat tapi bila nampak muka supervisor dia, langsung berubah jadi seperti orang demam dan sakit teruk. Selain MC, dia juga selalu ambik cuti emergency. Itu yang supervisor dia syak lain macam aje.

Aku memang dah lama perasan hal ini cuma sebagai professional, aku tak boleh prejudis dan label patient aku. Tapi aku dah warning dia, sekali lagi dia datang dengan simptom sakit yang sama, aku nak hantar dia ke klinik pakar. Kalau bukan pakar hidung pun, aku nak dia jumpa pakar sakit jiwa. Biar dia ketatkan mana2 skru yang longgar.

Patient#2

Masa aku mula2 bukak klinik dulu, aku ada satu mamat ni. Aku tahu dia kerja berat di kilang A. Hampir setiap bulan dia datang ke klinik mengadu sakit pinggang. Kalau dalam bilik aku, muka berkerut2 menahan sakit yang amat sangat. Jalan pun dengkut2 dengan tangan memegang pinggang. Satu hari tu, lepas dia keluar klinik, aku ikut dia sekali. Aku perhatikan dia dari jauh. Sampai kat kereta dia, muka terus ceria dan sakit pinggang seolah2 dah hilang. Itulah kali terakhir dia dapat MC daripadaku.

Bulan berikutnya dia datang, aku beri dia satu suntikan kat buntut dia. Aku cakap lepas ni kalau dia datang lagi aku nak hantar dia ke hospital. Aku cakap kat dia pasal sakit yang teruk2 termasuk lumpuh dan kecederaan kekal. Semenjak itu, dia jarang jumpa aku lagi dah. Aku tak cakap pasal dia pernah berjaya kelentong aku sebelum ini tapi aku rasa dia tahu.

Patient#3

Mamat seorang ni dah berusia lewat 40-an. Dia dah kerja kat kilang B lebih 20 tahun. Kalau ikut buku rekod kedatangan ke klinik, hampir setiap bulan dia akan ke klinik panel. Bukan ke klinik yang sama tetapi klinik2 panel yang berlainan. Rekod menunjukkan dia ni ada Asthma, Sakit Pinggang dan paling biasa ialah cirit-birit. Rasanya dia ni memang pandai berlakon kerana setiap kali ke klinik, dia mesti dapat MC punya. Aku pernah kena beberapa kali terpedaya dengan lakonannya. Dan setiap kali aku nampak muka dia di klinik pada setiap pagi Isnin, hilang terus mood aku. Aku dah cakap kat dia, kalau Rajanikanth buat filem kat Malaysia nanti aku suruh dia try screen test. Manalah tahu ada watak sesuai untuk dia.

Patient#4

Ini kes blooper tahap gaban pernah aku jumpa. Seorang mamat datang pertama kali ke klinik aku dengan keadaan mata merah dan berair. Masa tu aku sibuk sikit sebab patient ramai jadi aku suspect sakit mata biasa dan aku beri MC dua hari. Cuma yang aku agak hairan ialah kenapa dia biarkan mata dia berair begitu sahaja? Dia langsung takda tisu atau tuala untuk kesat airmata dia. Nak tunjuk kat doktor sebagai bukti ke?

2 minggu kemudian dia datang lagi dengan keadaan yang sama. Kali ini patient kurang dan aku dapat bersama dengan dia lebih lama dan seperti detektif, macam2 soalan aku tanya. Bila dia dah mula gelisah dan seperti tak sabar2 nak keluar dari bilik aku, aku memang dah agak dah. Aku cakap kat dia aku nak beri ubat mata paling kuat yang aku ada dan kalau tak baik jugak, aku nak hantar dia jumpa doktor pakar mata.

Sejak itu, aku dah tak jumpa dia lagi. Sampai sekarang aku pasti tersenyum sendirian kalau aku teringat2 kenapalah mamat tu tak nak kesat airmata dia yang berjujuran tu?

Untuk makluman, aku belum jumpa lagi pesakit wanita yang boleh aku label sebagai "The Malingerer". Lain kali aku cerita pasal "The Malingerer" kat hospital kerajaan pulak.

2 ulasan:

  1. bes aa wak...humor & menghiburkan..hehe

    BalasPadam
  2. Inilah sebahagian asam garam hidup aku. Banyak lagi kisah2 menarik akan aku catatkan. Yang sedih2 pun banyak. Tunggulah...

    Teruskan membaca. He he he.

    BalasPadam