Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 April 2010

Aku dan Kutip Derma

Kebelakangan ini rasanya ramai sangat orang datang ke klinik untuk kutip derma. Almaklumlah musim Maulidur Rasul. Sana sini semua sibuk nak buat majlis. Maulidur Rasul memang tak sah kalau takda makan2. Paling kurang pun Nasi Briyani. Itu yang asyik nak cari sponsor aje. Aku bukannya tak suka menderma tapi kenalah berpatutan. Aku kena tengok jugak majlisnya. Kalau niat nak berlawan2, aku tak layan. Kadang2 AJK lebih ramai daripada orang yang datang. Sepatutnya waktu majlis, syarahan tentang kehidupan dan pengorbanan Rasullulah yang patut diberatkan. Ini tidak, yang diberatkan ialah pasal makan dan kemudiannya lauk2 yang berlebih2an tak tahu nak kasi sapa makan.

Selain daripada derma maulud, ramai juga orang2 perseorangan datang bawak katalog.Mintak derma untuk buat surau, buat madrasah, derma anak2 yatim, rumah2 kebajikan dan sebagainya. Kadang2 yang datang siap dengan tali leher dan beg korporat. Antara nak percaya atau tidak, semuanya aku tak layan. Ada juga surat2 mohon derma aku terima. Semuanya datang daripada utara tanahair. Anak nak sambung belajar kat Mesir, kat Universiti Al Azhar, dan sebagainya. Semuanya siap dengan dokumen2 sokongan yang nak suruh kita percaya bahawa wang derma kita nanti akan disalurkan pada jalan yang benar dan lurus. Tapi hakikatnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Semalam ada satu lelaki berkupiah datang ke klinik aku. Entah camna dia terus masuk ke bilik aku. Ikut slang, dia kata dia datang daripada selatan Thailand. Nak mintak derma untuk sekolah madrasah dia. Aku tanya apasal jauh sangat sampai ke Johor ni? Nak cari makan katanya. Mukanya tak nampak alim, tapi ada iras2 penagih sikit. Aku malas nak tengok fail yang dia bawa. Aku tutup sebelah mata dan beri sedikit. Kalau dia nak buat beli dadah ke, nak beli senjata ke, itu hak dia. Tapi kalau dia betul2 nak buat madrasah, alhamdulilah. Aku malas nak fikir banyak2.

Emak aku kat kampung pun ada bercerita. Hampir setiap minggu ada aje orang ketuk pintu rumah untuk mintak derma. Kalaulah satu rumah dapat seringgit dan satu hari dia boleh round satu kampung, beratus2 ringgit dia boleh dapat. Kerja tak susah. Buat muka sedih dan jual air liur jer.

Sekitar awal tahun 2000 dulu, aku selalu terima panggilan daripada mereka2 yang mengaku daripada syarikat sekian2 ( biasanya bekas polis atau bekas prajurit) konon nak buat majlis makan amal dan nak kutip derma untuk ahli. Tapi takkanlah kita senang2 nak bank in duit dalam akaun mereka tanpa perlu berjumpa. Bila aku suruh datang ke pejabat dan hantar surat rasmi, mereka terus letak telefon.

Dunia sekarang memang dah berubah. Hal2 baik serta kerja2 baik serta amal jariah telah disalahgunakan untuk kepentingan dan kesenangan diri sendiri.

" Zakat Menyucikan Harta, Sedekah Menyucikan Hati"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan