Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 April 2010

Aku ke Johnny's Restaurant





Dah lama tak bawak famili makan kat luar. Dan dah banyak kali mamat Bangla kat Johnny menyapa aku dan mengajak aku singgah kat restaurant dia setiap kali aku lalu kat depan dia. Ini bukan pertama kali aku ke Johnny. Tapi kali pertama dulu ialah lebih dua tahun yang lalu. Dah lama sangat dah.

Antara sebab yang aku suka ke Johnny ialah:
1. Suasananya aman dan tenang. Takda budak2 kecik berlari2 atau jerit2 dalam restoran seperti yang biasa berlaku di fast food restaurant.
2. Layanan mereka bagus. Mereka tak tarik muka walaupun kita tukar menu beberapa kali.
3. Setiap 10 minit, ada waiter yang datang kat meja kita dan tanya apa2 yang kurang. Pinggan yang dah kosong mereka tolong angkatkan.
4. Makanannya memenuhi citarasa aku sekeluarga terutamanya sos cicahnya yang masam2 manis juga kerabu mangga yang membuka selera. Sup steamboatnya pun sedap.
5. Anak2 paling suka sebab dapat makan ais krim sebagai dessert. Water chestnut dengan santan juga sedap.

Satu yang kurang ialah air minumannya kurang sedap. Kata anak2 Milonya tawar dan jus oren yang aku minum terasa sangat kordialnya. Itu tak penting. Yang penting makanannya sedap dan lain kali tak payah order air yang warna-warni. Air masak dah cukup dah.

Tengok! Aku sampai tak sempat/lupa nak ambik gambar masa kat dalam restoran. Dah sampai rumah baru teringat. Itu sebab tunjuk gambar bil aje...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan