Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 April 2010

Aku sehelai seluar dalam

Karangan biol ini aku cilok dari Dalam-dalam's blog yang aku terjumpa semasa aku bersurfing dalam talian. Harap2 janganlah tajuk karangan ini digunapakai di sekolah2. Lagi biol jadinya...

AKU SEHELAI SELUAR DALAM (Monolog sependa)

Assalamualaikum.

Ya,aku ialah sehelai seluar dalam.Masa masuk bentuk segitiga, bila keluar berbentuk lapan, itulah aku – sehelai seluar dalam.Mungkin anda akan berasa kurang selesa apabila sehelai seluar dalam bercerita mengenai dirinya.Mungkin anda berasa jijik, berhenti membaca dan tidak kurang juga pergi menelaah pelajaran untuk mengelakkan diri dari terus membaca entri ini.Tapi ketahuilah, kami juga mempunyai perasaan.Bukan seperti manusia, mempunyai akal dan fikiran tetapi gagal mengawal perasaan.Kami pula mempunyai perasaan, ingin menyayangi dan disayangi.

Asalnya, aku adalah sehelai kain.Cita-cita aku ketika aku masih kain dahulu, ialah ingin menjadi kain sejadah.Tetapi, rakan-rakan aku mentertawakan aku mengatakan, aku tidak cukup beriman untuk menjadi kain sejadah.Rakan-rakan yang lain pula cita-citanya macam-macam.Ada yang ingin menjadi uniform askar, tali leher manakala yang perempuannya pula ingin menjadi mini skirt, skarf dan tudung Ekin.

Akhirnya, apabila selesai sahaja pembelajaran di Universiti of Kilang Kain(UKK) di negara China, kebanyakan dari kami tidak mencapai cita-cita yang diimpikan.Benarlah kata pepatah, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Rakan aku, Lan, menjadi topeng penutup mulut untuk kegunaan di zaman H1N1.Diha, rakan yang berasal dari Monggol pula menjadi tuala mandi dek kerana kelebatan bulunya.Suku dari badannya pula menjadi kain pengelap kaki.Yang paling OK pun kawan aku yang dipanggil ustad, menjadi ketayap.Aku pula seperti yang diketahui, menjadi seluar dalam lelaki.Oh..ada seorang lagi rakan aku yang kami panggil G, beliau dicipta menjadi sehelai G-string.

Menjadi sehelai seluar dalam lelaki sangat mencabar.Kami tidak bertukar-tukar tuan.Kami setia pada yang satu.Tapi, ada juga rakan-rakan seperjuangan di dalam industri persependaan merungut sering bertukar-tukar tuan, terutamanya jika pemiliknya ialah pelajar di sekolah berasrama.Sebagai tanda protes, mereka menyebarkan kuman-kuman penyakit kulit kepada pemakainya seperti sakit kurap, kudis, songkhla dan lain-lain.Aku pula dimiliki oleh seorang pelajar IPTA yang membeli aku di pasar malam, 3 helai lima ringgit.Agak memenatkan juga bekerja dengan beliau.Kadang-kadang terpaksa bekerja seminggu direct.Lelaki ini juga suka melemparkan aku ke mana sahaja yang dia suka setelah aku digunakan.Bawah katil, atas tv, bawah bantal.Kadang-kadang, aku ditinggalkan di dalam seluar yang digantung, esok harinya tuan aku akan memakai seluar tersebut dan memakai aku sekaligus.Genius.

Tapi, aku sebenarnya rasa bersalah terhadap negara kita dengan menceburkan diri dalam bidang persependaan ini.Sebabnya, baru-baru ini di dada akhbar terdapat satu statistik menunjukkan penurunan kadar kelahiran di kalangan rakyat Malaysia.Semuanya kerana tugas aku dan rakan-rakan sependa yang lain menaikkan suhu serta mengurangkan ruang udara di sekitar ‘benda’ itu dan menyebabkan kurangnya penghasilan ‘berudu’ yang sihat.Maaf jika tidak faham.Tugas aku ini terlalu rapat dengan benda yang kurang enak didengar.Terpaksa berkias sementelah ramai pembaca masih di bawah umur.

Setiap autobiografi mestilah mempunyai penamat yang menyedihkan.Termasuklah aku.

Suatu hari ketika sedang bersidai di beranda (memang betul-betul bersidai, sebab lepas dibasuh) tiba-tiba angin kuat bertiup menyebabkan aku melayang jatuh ke jalanraya depan rumah.Aku panik tapi terkawal.Aku menghensotkan diri untuk menyeberangi jalanraya menuju ke dalam rumah semula.Keadaan masih lagi tenang sehinggalah terdengar bunyi motor SS tapi body kit SS2 menuju ke arah aku.Aku membatukan diri..atau lebih tepat menyependakan diri dengan harapan motor tersebut tidak melenyek diri aku yang lemah ini.Semakin lama semakin hampir…aku memejamkan mata dan berdoa agar diri ini selamat..

WHOSHHH…

Aku masih tidak membuka mata.Tapi aku rasa diri ini masih selamat kerana tidak ada pun rasa dilenyek motor.Bila sahaja aku membuka mata,aku dapati diri ini berada…..di atas kaki penunggang motor tersebut!Dalam keadaan motor masih bergerak pulak tu.

“Deep..aaa..tolong!Sependa ni sangkut kat kaki aku pulok doh.Bahang rambang guh,” aku terdengar suara penunggang motor tersebut dengan loghat Terengganu kepada pembonceng di belakangnya.Motor terhuyung-hayang,keadaan menjadi kelam-kabut seketika sehinggalah aku melayangkan diri dan terus masuk ke dalam semak samun.Aku semakin jauh dari rumah tuan aku,dan aku berputus asa untuk mencari jalan pulang.

Sehingga ke saat ini, aku masih berada di sini meratapi nasib diuraikan oleh alam semula jadi untuk disatukan bersama angin, air dan tanah.

Di sini aku ingin berpesan kepada semua, jagalah seluar dalam anda sepertimana anda menjaga baju dan seluar anda.Kerana seluar dalam juga sejenis pakaian seperti yang lain.Cuma fizikalnya kecil dan tersembunyi di dalam.Tanpa seluar dalam, tidak mungkin anda dapat memakai seluar jeans. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan