Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 April 2010

Oh! Anakku Sazali...

Dah lama memendam rasa
Kecewa dan hampir putus asa
Kadang2 boleh jadi gila
Mengenang karenah si dia

Mungkin lahirnya tidak sengaja
Yang kedua belum besar mana
Namun dihati penuh rela
Kurniaan Ilahi tetap diterima

Lahirnya paling sukar dan sengsara
Masuk ubat untuk dipaksa
Kepala tak pusing kata mak bidannya
Macam2 cara terpaksa diusaha

Kelahirannya sudah diduga
Anak lelaki pelengkap keluarga
Dah janji cukuplah tiga
Besarkan semuanya jadi orang berguna

Yang ketiga ini cukup berbeza
Gen sapa yang diikutnya
Ayah dan ibu takda sepertinya
Sungguh berlainan mungkin ikut atuk2nya

Masa kecilnya sangat dimanja
Mungkin salahku ikutkan sahaja
Kehendaknya dan mengada2nya
Menjadi Sazali aku tak rela

Masa tadika dia dah mula
Hari2 pasti ada alasannya
Nak itu nak ini aku dipaksa
Kalau tidak sekolahnya entah kemana

Almari klinik penuh dengan mainannya
Kerana setiap minggu pasti itu permintaannya
Kalau dijaga tidak mengapa
Langsung tak endah selepas diguna

Dulu perangainya sangat mulia
Pelajaran bagus mengikut kata
Tapi kini lain cerita
Sudah pandai bermuka-muka

Kerja sekolah ikut suka
Cakap cikgu tak lekat dikepala
Suka bermain dan berkata2
Dimarah ada aje alasannya

Suka berkawan dan bergembira
Menjadi ketua walau dimana
Satu sekolah sudah mengenalinya
Naik ke pentas masuk semua acara

Kalau bermain cukup usahanya
Bolasepak itu kegemarannya
Tapi belajar lain cerita
Buku dan alat tulis entah kemana

Kalau dimarah ada aje jawapnya
Disuruh sembahyang sering lupa
Kalau mengaji senyap sahaja
Hafal sifir tiada kesudahannya

Aku sibuk dengan kerja
Juga terlalu percaya dengan dia
Mungkin betul kata emaknya
Aku terlalu memanjakannya

Aku kecewa dan salah sangka
Anak ini terlalu dimanja
Aku turut segala kehendaknya
Tapi ini pula balasannya

Ya Allah tolonglah hamba
Mendidik anak ini menjadi manusia
Yang patuh pada agama
Dan menjadi insan berguna

Sukarnya menjadi bapa
Bukan setakat membesarkan sahaja
Perlu ditengok sepanjang masa
Gelagat dan kelakuannya

Harap aku tidak terlambat
Untuk mengubah penghidupannya...



4 ulasan:

  1. Sekadar Membaca15 April 2010 8:45 PTG

    sabar bro..mendidik anak memang mencabar..

    teringat kata2 dalam filem Road to Perdition ~ Sons are put on this earth to trouble their fathers. ~

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perhatian.
    Salam perkenalan.

    BalasPadam
  3. kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa takdok tolok bandingnya,

    salamm doc,

    BalasPadam
  4. InsyaAllah masih boleh diperbetulkan cuma kena fikir pendekatan yang sesuai...Sabar ya.....

    BalasPadam