Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Mei 2010

Siapa Aku

Ramai orang bertanya kat aku, kenapa aku rajin sangat menulis? Agak susah aku nak jawab tapi aku rasa aku menulis lebih cepat daripada aku bercakap. Dulu masa aku baru couple dengan wife aku, aku selalu gak gaduh. Gaduh cakap ajelah, taklah sampai pukul2 macam kat tv tu. Biasanya kalau bergaduh, wife aku cakap macam2 tapi aku sekadar berdiam diri sahaja. Bukan aku tak nak cakap apa2 tapi aku tak pandai nak susun ayat yang sedap2. Aku tak nak cakap yang bukan2 yang akan lebih mengeruhkan keadaan. Jawapan untuk persoalan2 dia ada dalam otak dan fikiranku tapi tak terkeluar oleh kata2. Bila balik rumah, aku duduk depan meja tulis sambil dengar lagu2 jiwang maka masa itulah, "Nak ambik kau! "Dua tiga helai surat aku boleh karang dalam setengah jam. Itulah aku yang sebenarnya.

Aku memang rajin menulis. Masa aku study dulu, aku ada buku biru yang aku bawa ke mana2. Setiap kali ada masa lapang, aku duduk menulis segala apa yang bermain di kepala otakku. Macam2 yang aku tulis. Kalau ada gambar2 menarik, tiket2 bas, tiket2 wayang, poster2 cantik dan sebagainya aku simpan dan tampal dalam buku jurnalku. Buku biru itu aku masih simpan sampai sekarang. Aku mula merekodkan kehidupanku semenjak tahun 1990 lagi. Bila aku belek dan baca semula jurnal aku itu, terasa segala2nya seperti baru semalam berlaku walaupun hakikatnya 20 tahun telah pun berlalu.

Aku berhenti menulis jurnal bila aku mula bekerja dan tulisan terakhirku ialah seminggu selepas aku diijabkabulkan. Siap ada gambar lagi bersalam dengan tok kadi. Selepas itu kesibukanku menguruskan kehidupanku menyebabkan aku tak berkesempatan untuk menulis semula.

Bila aku start kerja di klinik sendiri, aku mula ada masa untuk duduk dan termenung. Jadi sekitar tahun 2004, aku mula menulis semula jurnal kehidupanku. Tapi kali ini aku tak tulis dalam buku biru lagi. Aku tulis guna Microsoft Words. Setiap kali ada kelapangan, aku tulis segala apa yang berlaku dalam kehidupanku. Fail2nya ada aku simpan lagi dan rasanya tiada siapa yang pernah membacanya kecuali anak2 aku.

Mulai 2008, aku mula berjinak2 dengan menulis blog. Mula2 untuk bacaan sendiri dan anak2. Lepas tu tak sangka lak ada beberapa orang pengikut setia yang rajin datang untuk membaca tulisan2 aku. Melalui blog ini aku mula kenal dengan beberapa orang kawan baru yang aku temui melalui blog ini. Ada yang siap datang bersua muka dan belanja minum. Ada juga yang jadi pesakit2 aku.

Dulu aku ada cadang nak privatise blog aku ini. Almaklumlah aku tulis apa yang berbuku dihati. Kadang2 ada yang tak boleh terima pendapat aku dan memberi komen2 negatif. Bila cakap kat wife, aku juga yang disalahkannya. Itu yang rasa nak give up tu. Tapi nampaknya aku dah boleh terima hakikat bahawa tak semua orang akan sependapat dengan kita. Yang nak kutuk, nak perli, nak mengata aku belakang2 tu, teruskanlah. Aku tak luak apa2 pun.

Aku akan kekalkan blog aku ini untuk bacaan sesiapa sahaja. Terima kasih kepada yang beri komen2 bernas dan kata2 semangat. Aku akan teruskan dengan kehidupanku. Aku akan terus menulis dan menulis selagi ada kekuatan. Semoga tulisan2ku akan memberi semangat baru dan menceriakan kehidupan anda semua. Menulis itu satu ibadat juga jika ada ilmu pengetahuan yang boleh aku kongsikan.

Semoga kita terus bersama. Salam hujung minggu dariku.

2 ulasan:

  1. salam...

    dah tua nanti boleh tulis memoir pula..:)

    BalasPadam
  2. yeah teruskan ;) i support you 110%..best dpt tau point of view seorang doc..

    BalasPadam