Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Mei 2010

Aku dan Hari Ini

Pagi Jumaat. Anak bapak yang sulung monyok aje bila bangun pagi. Dia bengang dengan bapak dia sebab dah seminggu lebih dia komplen pasal telinga dia yang sakit tapi bapak dia buat2 tak dengar aje. Itulah ruginya jadi anak doktor. Selagi keadaannya tak life threatening, bapaknya buat tak kisah aje.

Hari ini bapaknya sudah tak tahan. Emaknya ikut bising2 kat telinga bapaknya. Dia kata kalau tahu jalan dan tempatnya, dia sendiri akan bawak ke kliniknya. Maka pukul 3.30 petang tadi, bapaknya tinggalkan klinik dan memandu kereta menuju ke Klinik Pakar ENT di Century Garden. Ini kali kedua bapaknya pergi ke sana. Kali pertama bawak anak yang lain dengan masalah yang sama jugak.

Sampai kat sana tepat jam 4.30 petang. Anak bapak jadi last patient sebelum klinik di tutup. Dr Shamsudin masih ingat dan kenal dengan bapaknya. Dah namanya pakar telinga, tak sampai 5 minit semuanya settle. Mula2 dia teropong telinga anak dan lepas tu dia sedut dengan mesin. Tak payah bubuh ubat apa2. Selesai dah masalah.

Ikut buku teks dan ikut kata prof masa bapak belajar dulu, telinga kita ni ibarat macam mesin basuh automatik. Tak payah nak korek2 selalu untuk dibersihkan. Semuanya automatik. Bila dah banyak, dia akan keluar sendiri masa kita tidur. Tabiat membersihkan telinga selalu tidak bagus kerana ear wax itu ada fungsinya. Kalau selalu dibersihkan, telinga kita mudah terdedah kepada jangkitan kerana ear wax tu berfungsi sebagai lapisan perlindungan.

Walaupun telinga ibarat mesin basuh automatik, ianya kadang2 rosak jugak. Itu yang taik telinga jadi keras dan tersumbat. Bila dah sumbat, mula rasa sakit. Bila rasa sakit, mulalah kita buat macam2. Kadang2 kita gunakan benda2 yang tak sepatutnya digunakan untuk korek telinga yang sakit tu. Maka, macam2 benda kotor masuk dalam telinga dan jadilah jangkitan. Masa inilah pakar2 telinga boleh buat duit. Servis lubang telinga. Paling kurang pun 200 ringgit. Walaupun nampak senang, tak semua orang boleh buat beb! Nak ke hospital kerajaan, appointmentnya sebulan. Lepas tu kena tunggu sekerat hari. Jadi apalah sangat duit 200 ringgit tu?

Nasib baik bapaknya ini doktor jugak. Doktor dengan doktor dah ada perjanjian. Maka, semuanya free of charge. Terkejut anak2 bila bapaknya cakap tak payah bayar apa2. "Jom makan beef steak kat Tmn U. Bapak belanja." Pukul 7.30 malam, bapak baru sampai rumah. Pukul 8, kena masuk klinik semula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan