Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Mei 2010

Aku dan Heteroseksual

Pagi semalam ada satu perempuan telefon aku kat klinik. Suaranya agak tertekan dan stress. Belum apa2 lagi dia dah tanya aku, " Doktor, heteroseksual tu apa?" Aku cakaplah, awak kenalah perkenalkan diri dulu dan cerita daripada mula. Janganlah terus tanya soalan sensitif macam tu.

Dia kata ini cerita kawan dia tapi rasanya ini kisah diri dia. Walaupun dia memperkenalkan diri aku masih tak kenal siapa dia sebenarnya. Itu tak kisahlah.

Suami kepada Miss X ni pergi ke klinik kerajaan kerana mengadu sakit pada alat sulit beliau. Miss X kata ada sedikit peradangan kat bahagian tersebut. Sampai di klinik, tanpa bertanya panjang doktor ambik ujian darah untuk mengesan penyakit2 kelamin seperti Hepatitis B, Syphilis dan HIV. Ini adalah rutin biasa seperti dalam buku teks masa belajar dulu dan rasanya doktor tu ikut prosedur biasa tanpa mengambil kira latar belakang pesakit.

Masalah timbul bila sampel ujian darah dan borang ujian diberi kepada pesakit untuk dihantar ke makmal. Miss X telah terpandang perkataan 'heteroseksual' kat borang ujian darah tersebut. Maka bergaduh besar mereka suami isteri kerana perkataan tersebut disifatkan sebagai negatif dan masing2 menyangka salah seorang telah berlaku curang. Mereka anggap heteroseksual itu sama seperti homoseksual, poligami, berbilang pasangan dan sebagainya.

Selepas puas bertekak, Miss X akhirnya menelefonku. Selepas mendengar peneranganku, barulah terdengar suara lega dan puashati. Takdalah lagi suara tension, sedih, bengang dan kelam kabut seperti masa awal dia berbicara. Aku suruh mereka datang ke klinik kalau masalah tak selesai lagi.

Heterosexual is "a person sexually attracted to persons of the opposite sex or a person who has sexual relations with the opposite sex. Colloquially known as straight"

Itulah jawapanku. Heteroseksual bermakna orang yang normal yang mempunyai keinginan dan ada hubungan dengan orang yang berlainan jantina. Ia tidak kaitan langsung dengan berbilang pasangan atau mempunyai nafsu yang pelik atau tak normal.


3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Rooney,

    Ujian HIV adalah spesifik.
    Kalau buat test Denggi,
    camna nak tahu ada HIV ke tidak.
    Kenalah buat HIV test kalau nak tahu.

    BalasPadam