Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mei 2010

Aku dan Kes-Kes Kecemasan

Surat dari pembaca di suratkhabar The Star hari ini:

How can docs refuse to treat a dying baby?

I REFER to “Seven-month-old baby dies after being left with babysitter,” (The Star, May 17).
It was stated that: “The father rushed his son to several nearby clinics but they refused to treat Mohd Rayyan, citing his condition as serious and he had to be taken to the hospital.”
What disturbs me most after reading this report is that doctors are refusing to treat a dying baby. Why do they refuse to treat someone critically in need of medical attention?
Aren't they supposed to serve those who need help?
I have been travelling around the world and I do not see such difficulties in times of need.
I asked my sister who is attached to a government hospital why doctors in clinics are reluctant to help in such cases. She replied that it was simply because the amount of paper work involved after the incident will be tremendous. Isn't this just plain laziness?
I really do wish the Government can take some action against these “irresponsible” doctors.
In my opinion, doctors who refused to treat this dying child could have caused his death.
If those doctors attended to the child while waiting to get help from the hospital, the child could have been saved.
I understand that the baby was abused by the babysitter which could have caused the death of the child but please do not ignore the seriousness of doctors refusing to treat this child when he needed urgent treatment.
UNHAPPY MALAYSIAN,
Penang.
Masyarakat Malaysia patut disedarkan bahawa setiap klinik dan doktor mempunyai batas2 kepakaran masing2. Mereka tak boleh sentiasa beranggapan bahawa setiap jenis masalah kesihatan akan selesai jika ke klinik. Tak kiralah klinik2 biasa, klinik2 pakar ataupun hospital2. Sebagai doktor, aku sedar kekuatan dan kelemahanku. Aku tak nak berlagak jadi hero walaupun aku "Ironman". Kalau budak tu datang dengan keadaan separuh mati ke klinik aku, apa yang aku boleh buat? Setakat mana aku boleh bantu dia? Kenapalah bapanya susah-payah ke klinik2 walhal doktor dah cakap kena ke hospital? Mana ada reason banyak paperwork kena buat kalau ambik kes tu? Sakit hatiku mendengarnya.

Mengikut undang2 terbaru masa KKM diketuai oleh Chua Soi Lek, setiap klinik swasta patut dilengkapkan dengan alat2 bantuan kecemasan seperti yang ada diunit2 kecemasan hospital seperti oksigen, iv drip, suction pump, intubation set dan sebagainya yang pada pendapat aku ianya sesuatu yang tak logik, mengarut, membuang duit, membuang masa dan hipokrit. 

Ianya hipokrit kerana walaupun benda2 kejadah tu ada di klinik, tak semua doktor pandai menggunakannya atau menggunakannya sebaik mungkin. Setakat letak dan pamer untuk memenuhi syarat2 perundangan tanpa menggunakannya itulah hipokrit namanya.

1. Kes2 emergency hanya berlaku sekali dalam 6-12 bulan. Bermakna kalau aku ada kes2 emergency, mengelabah aku nak cari dan guna alat2 yang jarang aku pakai. Banyak masa terbuang kerana nak set up peralatan tersebut.

2. Kes2 emergency aku jarang handle semenjak duduk kat GP ni. Bermakna kecekapan aku semakin berkurangan dengan berkurangnya kes yang aku jumpa. Ingat senang ke nak set iv line? Ingat senang ke nak cari, buka dan pasang tong O2 yang jarang2 digunakan tu? Ingat senang ke nak pasang intubation tube? Ingat senang ke nak buat CPR? Nak mengingati prinsip ABC ( airway, breathing dan circulation)...

3. Kes2 emergency perlu dirawat oleh satu pasukan terlatih yang terdiri daripada doktor, jururawat, pembantu perubatan dan lain2 staf yang bekerja sebagai satu pasukan. Di klinik swasta hanya ada satu doktor sahaja. Staf klinik hanyalah pembantu klinik sahaja dan mereka tiada kelayakan atau pengetahuan untuk menghadapi kes2 kecemasan. Boleh ke satu doktor uruskan semuanya dalam satu masa? Boleh ke satu doktor dengan 2 tangan nak buat CPR, nak manage airway, nak set IV drip, nak buat panggilan telefon, semuanya dalam masa yang sama? Dalam kes2 emergency, setiap saat adalah penentu hidup atau mati. Lebih baik masa yang ada itu digunakan untuk membawa pesakit malang ke hospital daripada pergi daripada satu klinik ke klinik yang lain.

4. Katakan doktor telah berjaya menstabilkan pesakit. Lepas tu nak buat apa? Nak masukkan ke ICU? Nak hantar ke dewan bedah? Yang pasti doktor perlu merujuk pesakit ke hospital. Nak rujuk ke hospital, doktor yang sama perlu panggil ambulan, perlu prepare pesakit dan sebagainya. Kan mudah kalau ke hospital terus?

5. Pada masa yang sama, doktor perlu merawat pesakit2 yang lain. Siapa yang nak tengok mereka? Untuk satu kes emergency sekurang2nya 30-45 minit habis begitu sahaja. 

Kesimpulannya, aku tak terima kes2 emergency di klinik aku. Kalau aku rasa aku boleh rawat, aku cuba rawat. Kalau aku rasa dia perlu dirawat di hospital, cepat2 aku suruh dia ke hospital. Kalau aku rasa dia boleh tunggu, aku tuliskan surat rujukan tetapi kalau dah teruk sangat, aku cakap terus direct ke Unit Kecemasan. Tak payah tunggu surat daripada aku.

Aku tahu kekuatan dan kelemahanku. Aku tahu setakat mana kebolehanku. Kalau aku rasa tak confident, aku terus terang cakap kat pesakit aku. Kalaulah mereka nak saman aku kemudian hari, aku tak takut. Silakanlah. Biar orang kata aku bodoh, jangan orang kata aku memandai2. Biar orang kata aku malas buat duit, jangan orang kata aku mata duitan. Satu kesilapan kecil yang aku lakukan, mungkin akan aku kesalkan sepanjang hayat aku.

Semoga saat2 genting yang biasa aku alami semasa menjaga unit kecemasan, bilik bersalin atau on call 24 jam tidak akan aku alami lagi. Aku dah taubat.


1 ulasan:

  1. mencabar kanns, tapi lumayan tuh doc,

    salamm,

    BalasPadam