Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mei 2010

Aku dan Konsert Double Trouble




  1. zouldahan Says:

    Setiap kali dengar pasal konsert Wings dan Search, aku pasti teringat kejadian pada malam tahun baru 1990. Masa tu aku student lagi. Pada malam tahun baru 1990, akan diadakan konsert bersama Wings/Search tajaan syarikat rokok @#$%^ di Stadium Negara. Konsert tu diadakan percuma tetapi nak masuk kena dapatkan tiket free dulu dengan membawa keratan akhbar iklan mengenai konsert tersebut.

    Sehari sebelum konsert, tiket2 bolehlah dituntut di pintu masuk stadium. Tiket percuma akan mula diedarkan pada jam 2.30 petang dan aku bersama rakan karibku sampai di stadium kira2 jam 12.30 tengahari. Walaupun cuaca panas, dah beribu2 mat rock sabar beratur untuk dapatkan tiket2 free. Bila tiket mula diedarkan, keadaan menjadi kelam-kabut kerana ramai mat2 rock yang datang lambat mula memotong barisan dan bertolak2kan antara satu sama lain.

    Dalam keadaan kelam-kabut dan bersesak2, aku terpisah daripada rakanku. Tiba2 FRU datang menyembur air ke arah kami. Masa tu aku cuma teringatkan kampung, emak bapak dan mungkin kena tangkap polis dan tidur dalam lokap. Nasib baiklah polis tak tangkap siapa2. Akhirnya dengan keadaan basah lukus dan dengan cebisan akhbar di tangan, aku berjaya juga mendapatkan tiket. Begitu juga kawanku. Namun kawanku balik berkaki ayam bila kasutnya hilang semasa disergah FRU.

    Malam konsert tidak semeriah masa kami berasak2 nak dapatkan tiket free. Itulah kali pertama dan terakhir, aku pergi tengok konsert live. Aku lebih suka beli kaset2 mereka dan dengar di Walkman banding ke stadium walaupun Awie dan Amy merupakan idola pujaanku seumur hidupku.

    Aku pasti mengingat kembali nostalgia lama bila hadir di Stadium Larkin untuk menonton Awie dan Amy menyanyi live. Aku juga pasti akan ajak Jemie bersama2 kerana dialah yang kehilangan kasut Jazz kesayangannya.



Ini catatanku mengenai Konsert Double Trouble 2 di Stadium Larkin 5 Jun ini. Kalau nasib baik adalah orang nak bagi 2 tiket free kat aku. Tengok konsert live? Hmmmm...

Aku memang minat gila kat Awie sejak zaman sekolah dulu. Semua kaset Wings aku beli. CD compilationnya pun aku masih beli. Yang terbaru ialah CD Wings 21th Anniversary Live@Planet Hollywood. Aku tengah cari album Double Trouble tahun 1992 tapi masih tak jumpa. Lagu2 berhantu seperti Gemuruh dan Gema di Inderaloka hari2 aku dengar kat Youtube. Walaupun Awie kini dah tak semacho dulu, aku tetap follow kerjaya dia.

2 ulasan:

  1. i won this too..ni tgh dok canang sape nak ikut dr KL ni

    BalasPadam
  2. Saya tak menang. Kalau menang pun saya tak dapat nak pergi. Ada plan lain di Terengganu. Sedih...

    BalasPadam