Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Mei 2010

Aku dan masalah Fahmi

Ini email yang saya terima dari seseorang.

Assalamualaikum..

Kalau ada kelapangan jawab la..Just read ur blog. NIce one. Im fresh SPM 2009 and currently doing my premedic for preparation to Russia. Alhamdulilah result baik dan menjadi doc mmg kehendak saya. Just got an offer from UM utk asasi hayat.Tapi im waiting for MARA oversea result utk buat IB dan ke Europe. Insyallah kalau ada rezeki dapat la mara.

1. the situation is klu sy dpt tawaran mara,bermakna syukur alhmdlh smua yg saya applied dapat. tapi sy ada sedikit kemusykilan laa..If i opt Russia, sy dpt buat degree awal kerana fly tahun ni gak dan one year awal dari grad dr europe and local but the prob is some of my seniors there said, clinical in russia is in russian and kdg2 bleh jadi language barrier though lecture is in english medium. but well if i choose nak buat IB so kena korban 2 tahun sebelum buat degree in europe and it's a gamble if i dont excel in the last semester.[hopefully im wrong] worst come to worst mara akn perosok masuk local University.but then kalau sy ambk local uni which is UM utk PASUM,dia setahun saja and then buat degree terus. mana yg terbaik?just wanna know ur opinion as a GP.


2. kalau nak ikutkan la,mana lebih baik oversea ke local for medic?as far as i know kalau mcm buat kat local, time clinical bleh bantu la time HO/MO sbb environment dia dah biasa.tapi klau kat oversea,advtge dia boleh la lawat satu dunia..once in our whole life je kan dan tgk ciptaan tuhan,dunia luar and etc.


3. saya ada baca kat web MMC. ada bnyk doc complain pasal grad russia ni tak reti ambk darah and etc..then bila i googled bnyk gak la cerita tu..but bila search2 ada jugak grad dari ireland macam tu gak.for me, the person themselves yg tentukan jadi safe doc or not bukan grad dari mana..tapi tu la ramai grad russia complain MO buat double standard.apa pendapat yek?


thanks sbb sudi baca and balas :)


Fahmi Faisal.

www.fahmi.farfinity.com

Kepada Fahmi Faisal,
Terima kasih kerana sudi baca catatan di blog saya. Juga tahniah kerana berminat nak jadi doktor dan rasanya awak dah hampir berjaya. Tinggal usaha sedikit aje lagi. Untuk jadi doktor, 50% usaha sebab nak masuk dalam Medic manakala 50% lagi untuk lulus dalam semua test sampai final year.

Dilemma awak ialah nak buat Medik kat Russia ke, kat Europe ke atau kat local U sahaja. Saya tak tahu situasi sekarang kerana dah lebih 10 tahun saya tinggalkan hospital kerajaan. Jadi lagak, karenah dan knowledge HO sekarang saya tak pasti sangat. Rasanya knowlege sama sahaja cuma attitude yang membezakan antara HO yang bagus dengan tidak.

Zaman saya dulu iaitu kira2 20 tahun yang lalu berbeza dengan sekarang. Nak buat Medik cuma ada tiga pilihan sahaja. Satu, dapat biasiswa kerajaan dan pergi ke luar negara. Dua, keluar duit sendiri dan pergi ke India atau Indonesia. Dan yang ketiga, compete dengan pelajar2 lain untuk masuk ke UM, USM atau UKM. Zaman tu, student yang pandai2 semua dapat tawaran Mara utk ke oversea. Program matrikulasi dijalankan oleh universiti masing2 dan tidak dicentralised seperti sekarang.

Saya pilih matrikulasi di Asasi Sains UM sebab kelas dijalankan di UM dan bukannya di sekolah2 berasrama penuh terpilih. Jadi saya tak perlu pakai baju seragam lagi dan dah diiktiraf pelajar universiti. Mungkin nasib saya agak baik. Saya dapat masuk Asasi Sains sebagai pilihan pertama saya dan seterusnya saya dapat masuk Fakulti Perubatan 2 tahun kemudian.

Bila saya mula kerja sebagai HO, senior2 MO lebih respect kat local grad terutamanya UM dan UKM berbanding yang datang daripada India, Indonesia dan tempat2 lain. Ketua2 jabatan pun sama jugak. Tapi apa yang saya perhatikan, tak kira HO tu datang daripada mana. Yang penting individu itu sendiri. Label atau stigma yang awak cakap tu hanyalah dakyah semata2. Saya ada kenal HO yang grad daripada India yang sangat cemerlang dalam kerja2nya. Saya juga ada kenal HO yang grad daripada local U yang kerja suka curi tulang dan kurang bertanggungjawab. Pada saya itu terpulang kepada individu itu sendiri.

Memang betul, local grad lebih keistimewaannya terutama tentang pengalaman di wad2 hospital tempatan. Tetapi rasanya kat mana2 hospital pun sama. Cuma mungkin masalah bahasa yang menjejaskan hubungan dengan pesakit2.

Saya rasa awak dah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri. Kat mana2 pun tempat belajarnya, semuanya masih terpulang kepada individu itu sendiri. Kalau rajin berusaha, rajin bertanya, rajin ke wad, rajin bercakap2 dengan pesakit, rajin belajar membuat prosedur, awak mesti boleh berjaya. Nak jadi doktor tak semestinya awak kena jadi briliant atau genius student. Sapa2 boleh jadi doktor selagi ada minat yang mendalam dan perasaan untuk berbakti kepada masyarakat. Saya pun bukannya cemerlang sangat dalam pelajaran saya. Tapi semangat untuk jadi doktor mengatasi segala2nya. Saya cuma anak orang kampung. English saya teruk. Bila masuk UM, baru tahu tinggi dan rendahnya langit. Tapi saya tak mudah mengaku kalah. Pada saya walaupun lecturer dan buku2 teks dalam bahasa Inggeris, kebanyakan pesakit adalah berbahasa Melayu. Jadi itu kelebihan saya. Saya suka bercakap2 dengan pesakit, mendengar cerita2 mereka dan memahami perasaan mereka. Masa saya final exam, exam clinical saya cukup mudah kerana belum apa2 lagi patient tu dah declare kat saya yang dia kena TB. 60% markah dah dalam tangan saya.

Jangan takut nak jadi HO. Pengalaman sebagai HO di Hospital Muar adalah antara kenangan terindah saya sepanjang menjadi doktor. Kalau awak dah bersedia nak jadi doktor, kat mana pun awak dihantar awak pasti boleh survive punya. Antara skil yang paling membantu saya untuk selamat sepanjang setahun menjadi HO ialah skil bergaul dengan semua level staf terutamanya nurse kat wad. Jangan anggap diri awak doktor, awak lebih tinggi daripada mereka. Samakan level awak dengan mereka. Bila awak hormat kerja2 mereka, mereka akan hormat dan bantu awak. Masa saya HO, semua kerja saya buat. Kerja2 nurse, attendan, driver ambulan malah kerja2 sister kat wad pun saya buat. Bila staf dah anggap awak sebahagian daripada kumpulan mereka, hidup awak cukup mudah jadinya. Pagi2 nurse dah tolong awak ambik darah. Borang2 ujian makmal, nurse dah tolong siapkan. Mana2 dressing yang mudah, nurse dah tolong buatkan. Nak pasang line pun kalau dia tengok awak sibuk, semua dia buatkan. Kuncinya ialah saling bantu-membantu, hormat-menghormati dan jangan anggap awak lebih tinggi pangkat daripada mereka.

MO, Senior MO, Registrar, Specialist, Consultant, Ketua Jabatan dan sebagainya juga manusia biasa. Sesekali kena marah tu adatlah. Yang penting belajar mengakui kesilapan, belajar daripada kesilapan dan menerima teguran dengan hati terbuka. Walaupun kadang2 awak rasa awak betul, diamkan sahaja. Tak guna nak melawan cakap atau berdebat dengan mereka2 yang senior. Mereka ada ego sendiri. Jadi faham2 ajelah. Sebagai HO, awak kenalah selalu mengalah.

Menjadi junior MO dan dicampak ke district hospital lebih sukar daripada menjadi HO. Taraf HO sebagai doktor pelatih menyebabkan tanggungjawab awak tidak besar mana berbanding masa awak jadi MO. HO masih ada excuse kalau melakukan kesilapan . Boss2 masih nak cover kalau ada major error tapi bila dah jadi MO, semua keputusan awak adalah tanggungjawab awak. Jadi, masa HO kenalah kumpul pengalaman banyak2. Biar banyak buat salah masa HO jangan buat salah masa MO. Mati kau!

Masa saya jadi HO dulu, banyak masa saya dihabiskan di hospital. Walaupun tak on call, saya masih stay kat wad kalau ada kes2 yang menarik atau ada prosedur2 yang perlu dipelajari di wad. Sebagai HO, awak boleh belajar dengan sesiapa sahaja. Tak semestinya dengan senior MO atau specialist. Dengan nurse, dengan attendan, dengan driver malah dengan pakcik jaga pun awak boleh belajar macam2. Nurse yang lama2 tu lebih berpengalaman daripada doktor2 awak tahu! Jangan malu nak belajar dengan mereka. Selain tu bawaklah ole2 sikit kat wad untuk mereka sekali sekala. Nanti waktu awak kena on call, mereka jarang kacau awak. Selagi mereka boleh manage, dia orang akan manage. Pukul 7 pagi sebelum mereka balik/tukar shift baru mereka kejutkan awak.

Wasalam dan All The Best!

2 ulasan:

  1. haku dulu cita cita nak jadi doktor gak, tapi rejeki takdok, sekang jadi kuli jakk, uhuhu

    salamm doc,

    BalasPadam
  2. setuju dgn dr.
    diri sendiri yg menentukan dr. yg mcm mane kite nk jd.
    psl blaja kt luar ngr, mslh bhs blh diperbaiki sdikit demi sedikit as along as kite berusaha.bykkn brgaul dgn org tmptn, insyaallah blh.

    BalasPadam