Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Mei 2010

Aku Tak Suka Bermesyuarat

Hari minggu ini aku ada jemputan untuk menghadiri mesyuarat. Pukul 8.30 pagi, di sekolah wife dan anak2. Mesyuarat PIBG kali pertama untuk sessi 2010. Akukan dilantik Pemeriksa Kira-kira? Pukul 10 pagi pulak, ada perjumpaan dengan pemaju bagi membincangkan masalah sekuriti yang menjaga pintu masuk kawasan perumahanku.

Terus terang aku katakan, aku benci menghadiri mesyuarat. Apatahlagi jika ianya dipengerusikan oleh mereka2 yang lebih suka bercakap daripada berfikir, lebih pandai cakap daripada bekerja dan mereka yang lebih sukakan jawatan daripada melaksanakannya. Apatahlagi lagi jika mesyuarat perlu dihadiri oleh VIP2. Nak jaga protokol satu hal, nak menunggu satu hal lagi. Ikut program pukul 9, pukul 10 belum tentu dah start.

Masa aku kerja kerajaan dulu, aku paling benci kalau disuruh menggantikan ketua jabatan atau pengarah hospital untuk menghadiri mesyuarat2 dengan jabatan2 lain atau dengan pengarah kesihatan negeri. Kadang2 perkara yang sama, isu yang sama dibincangkan berulang2 kali. Perkara remeh dibincangkan panjang lebar, isu2 besar dibincangkan kemudian. Lepas tu, baru sejam mesyuarat dah ada minum pagi/kudapan. Paling kurang pun teh susu manis dan kuih2 manis. Satu, masa terbuang dan dua, berat badan makin tambah. Itu yang aku paling tak gemar.

Mesyuarat dengan pengarah kesihatan negeri biasanya dibuat di ofis besarlah. Masa tu aku cuma ada satu kereta sahaja. Wife yang guna untuk pergi sekolah dan bawak anak2 sekali. Jadi aku terpaksa guna kenderaan hospital. Kalau nasib baik dapat naik van atau tumpang ambulan. Nasib tak baik, kena naik van mayat. Masa tu kereta atau 4WD tak disupply kat hospital aku sebab takda kelayakan. Kalau pangkat setakat MO cabuk aje, naik Proton Wira pun tak layak masa tu. Maka van mayat ajelah pilihanku. Pengarah negeri masa tu memang aku kurang berkenan sebab kalau mesyuarat, dia aje yang nak bercakap. Semuanya, dia yang betul. Oranglain semuanya salah. Kalau dibangkang sekalipun, dia jugak yang nak menang. Sebagai MO cabuk, aku datang ambik kedatangan dan lepas tu duduk diam2. Dia cakap apa, aku angguk sahaja. Betul ke salah ke, aku angguk sahaja. Aku malas nak layan.

Tapi kalau masa mesyuarat dalaman hospital, aku beranikan jugak cakap apa yang aku nak cakap apatahlagi bila pengarah atau sister asyik nak salahkan doktor aje. Hak2 aku sebagai pegawai perubatan aku pertahankan. Kalau ada mesyuarat dengan pengurusan hospital, doktor2 biasanya wakilkan aku dan kawanku Dr Nirven untuk hadir mesyuarat. Kami tag-team yang bagus. Masa tu takda siapa berani nak komplen2 pasal doktor lambat datang, doktor tak nak tengok pesakit, doktor tak nak pergi blood drive, doktor itu, doktor ini. Aku dan Nirven akan lawan habis2an.

Bila aku dah makin senior, aku selalu kena jadi pengerusi mesyuarat pulak. Kalau aku jadi pengerusi, mesyuarat sekejap aje. Setengah jam paling lama. Lepas tu tak payah ada makan2. Aku bincang perkara yang penting2 dan lepas tu bersurai. Tak payah susah2 nak cerita pasal anak2lah, pasal kambinglah, pasal hutang bank, gossip2 terkini dan sebagainya.

Masa aku memangku jawatan pengarah hospital, aku selalu gak kena attend mesyuarat kat mana2 ntah. Ada sekali tu aku kena ke Batu Pahat. Sebagai pengarah, aku dapat satu bilik besar kat Hotel Katarina Batu Pahat. Masa tu aku tak pastilah dah ada hidden camera dipasang ke belum. Tapi sekali itulah dapat bilik hotel. Yang lain2, balik hari je. Rasanya bukan cara hidupku untuk bermesyuarat sahaja. Aku lebih suka duduk kat hospital atau wad dan merawat pesakit. Itu sebab aku berhenti kerja dengan kerajaan. Terlalu banyak mesyuarat.

Bila aku dah duduk dalam masyarakat, ntah camna aku pun terlibat dalam politik pulak. Walaupun aku ada jawatan kecik dalam cawangan parti, aku langsung tak pernah hadir mesyuarat. Sekali sahaja iaitu masa mesyuarat penubuhan cawangan. Itupun sebab mesyuarat dibuat di depan rumah aku dan ketua cawangannya jiran aku. Takkan aku nak boikot pulak?

Bila anak2 dah masuk sekolah, aku selalu gak dapat surat jemputan untuk hadir mesyuarat PIBG. Anak aku yg sulong dah masuk sekolah menengah dah. Tak pernahnya aku datang mesyuarat sebab aku tahu aku mesti kena pegang jawatan punya. Kan betul, first time orang nampak aku kat mesyuarat PIBG, YDP dah tarik aku untuk pegang jawatan. Bincang punya bincang aku dilantik jadi Pemeriksa Kira-Kira. Dan jangan haraplah aku akan datang ke mesyuarat lagi. Silap2 jawatan lebih besar diberikan kat aku. Aku tak gilakan jawatan. Aku lebih rela jadi orang biasa2 sahaja dan buat benda2 yang aku suka.

2 ulasan:

  1. terima kasih kerana selalu layan dan komen blog saya.

    BalasPadam