Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 Mei 2010

Aku dan minggu ini

Lama tak tulis blog. Sibuk giler kebelakangan ini. Maklumlah musim H1N1 dah kembali. Maka ramai yang batuk dan selsema. Ubat demam, batuk dan selsema laris sungguh. Rasanya bulan lepas baru aje order PCM tapi staf kata dah nak kehabisan dah.

Hujung minggu lepas aku ikut wife ke Family Day cikgu2 sekolah dia. First time aku turut serta. Kata wife inilah penyertaan guru paling ramai. Ada 20 cikgu berkeluarga dan 10 guru2 bujang semuanya. Tempat yang dipilih pun happening jugak. Lotus Desaru Beach Resort. Semuanya ada. Gambar2 yang aku ambik menceritakan segala2nya.

Perjalanan bermula seawal jam 8 pagi. Aku kena singgah kat rumah emak dulu sebab nak ambik makanan yang cikgu2 tempah. Lontong Kering lauk ayam, lodeh , serunding dan sambal kacang. Dahlah aku kena bawak 7 hamper besar2, nak kena bawak makanan lagi. Nasib baik kereta aku agak besar. Jadi anak2 taklah merungut sangat.

Perjalanan ke Desaru lancar dan terkawal. Aku drive ikut mood aku. Malas nak ikut konvoi ramai2. Aku sampai di resort kira2 jam 10.30 pagi. Cuaca memang bagus sekali. Langit biru dan angin bertiup sepoi2. Aku terus capai kamera aku sementara menunggu ketibaan cikgu2 yang lain.

Program pertama hanya bermula jam 12 tengahari kerana banyak sangat masalah teknikalnya. Lagipun yang organize cikgu2 baru. Faham2 ajelah. Ikut cadangan asal setiap keluarga kena ada warna dan tema masing2. Malangnya ramai sangat yang berminat dengan warna merah termasuk famili aku. Acara sukaneka diuruskan oleh staf resort dan aku kena paksa masuk 3 acara berpasangan. Lari ikat kaki, Lari bawak belon dan baling belon air. Aku dan wife menang satu acara dan sengaja kalah lagi 2 acara.

Aku dapat bilik di tingkat 5. Biliknya luas dan ada 2 tingkat. Kelengkapannya memuaskan dan paling best ialah dapat tidur petang2 bawah air cond. Fuh! rasa tak nak bangun. Yang paling tak best ialah line Celcom aku. Langsung takda reception bila kat dalam bilik. Wife aku beberapa kali contact aku tapi tak dapat2. Celcom 3G apa kejadahnya?

Pukul 6 petang, aku pergi ke 'water theme park'. Anak2 dan wife paling excited sekali sebab dah lama tak main air. Saat paling ditunggu2 ialah air tumpah daripada tempurung kelapa gergasi. Berpuluh2 gambar aku snap bila air tu tumpah. Seronok sangat2 tengok orang2 lain bergembira kena simbah dengan air.

Sebelah malamnya ada majlis penyampaian hadiah sambil berBBQ kat tepi kolam renang .Masalah orang2 kita yang tak pernahnya berubah ialah tak menepati masa. Janji majlis start pukul 8, pukul 9 cuma separuh yang ada di tepi kolam. Aku tengok daging dan udang bakar tu dah kesejukan. Takda sapa yang nak makan dia. Pukul 10 malam, barulah sampai ke acara makan2. Western Food sesekali bolehlah. Nasib baik ada Nasik Goreng Kampung. Kalau tidak, kena cari Maggi juga nanti.

Kemeriahan majlis tidak dirasa sangat sebab masing2 buat hal masing2 nampaknya. Semua yang berkeluarga sibuk dengan anak2 masing2. Nasib baik aku bawak kamera. Kalau tidak memang dah lama aku terjun laut sebab kebosanan.

Semalam aku hantar kereta aku untuk servis ke empat. Dah genap setahun pakai, mileage baru 15 000 km. Kereta tu aku bawak pergi dan balik kerja aje. Kalau jalan jauh sikit, anak2 semua dah guna kuasa veto nak naik kereta yang satu lagi. Semalam kira minor servis . Tukar minyak hitam aje. Staf kat Wang Lo sibuk offer aku lain2 servis tapi aku tolak. Mahal sangat. Aku buat yang wajib aje. Bagusnya kat Wang Lo ialah servisnya tahap 5 bintang. Aku biasanya buat appointment dulu sebelum datang. Kat sana ada lounge untuk lepak2 sementara tunggu kereta siap. Ada bahan bacaan, ada ESPN, ada wi fi , ada Milo/Nescafe panas, ada kuih karipap. Tapi yang bestnya workshopnya bersih betul. Tak nampak pun kesan minyak di lantai. Yang tak best cuma satu. Labour charge 50 ringgit sejam.

Hujung minggu ini aku dah suruh adik aku booked tiket untuk tengok Ironman 2 kat TGV Tebrau City. Dah lama aku tak tengok wayang. Dah lama juga tak bawak adik2 dan anak2 lelaki aku jalan2. Ada juga wayang2 lain yang aku nak tengok seperti Kick Ass, Robin Hood dan Clash Of The Titan tapi rasanya cerita dia ganas dan berat. Tak sesuai untuk budak2 kecik rasanya. Jadi kenalah tunggu DVD pirate keluar nanti. Tengok sorang2 kat rumah.

Dua minggu ini patient aku memang ramai. Sehari tak kurang 70 orang datang jumpa aku. Dalam 70 orang ni, mesti ada yang buat aku naik angin terutamanya mamat2 dan minah2 kilang yang suka2 nak mintak MC dengan aku. Macam2 alasan aku dengar. Kalau ikutkan hati nak aje aku tendang sorang2 keluar. Semalam ada satu cikgu sekolah rendah. Tengah2 minggu pun sempat lagi main futsal sampai pukul 2 pagi. Padahal pagi nak mengajar. Pukul 4 petang datang jumpa aku sebab cirit-birit. Makan supper kat kedai mamak katanya. Logik ke tidak tu? Nak beri ke tidak tu? Inikah namanya cikgu sekolah? Inilah satu lagi masalah bangsa kita.

Minggu ini juga Thomas Cup 2010 bermula. Kali ini main kat Bukit Jalil. Jadi expectation daripada rakyat Malaysia memang tinggilah. First game Malaysia menang percuma sebab team Nigeria tak sampai2. Tak cukup duit nak bayar tiket kapal terbang gamaknya. Second game, Malaysia patutnya menang dengan Jepun tapi kalah 3-2. Second double menunjukkan rasa tak puashati bila kena boo dengan penonton. Hafiz sebagai 3rd single patut menang, tak boleh menang jugak.

Maka Malaysia kena lawan Denmark di peringkat suku akhir. Aku sempat gak tengok Chong Wei dan Tan Fook-Wan Wah menang game masing2. Masa kat klinik anak SMS aku, Malaysia kalah lagi dua game berikutnya. Bila aku sampai rumah, Hafiz tengah main last game. Aku tunggu sampai habis game tu. Aku sendiri tengok pun boleh kena heart attack sebab memang tension betul main badminton ni. Setiap kesalahan akan memberi mata kat pihak lawan. Nasib baik Hafiz cool aje main semalam. Dan Malaysia akan jumpa China pukul 7 malam ini. Harap2 ada lagi kejutan untuk team kita.

2 ulasan:

  1. Guru Besar SKTM mmg hebat. Akan menjadi imam solat apabila ada masa bersama keluarga. Tidak jemu membaca pada waktu mlm. Tafsir al-quran mejadi bacaan wajib selepas solat. W/pun anaknya tiada yg bergelar doktor, tetapi beliau amat berbangga dgn pencapaian kehidupan anaknya. Syabas guru besar SKTM kerana beliau sentiasa teruji dgn karenah guru baru yg ntahape2 ntah.

    BalasPadam
  2. kelmarin haku gi stadium bukit jalil tengok live malaysia lwn denmark, tp haku x tunggu smpi hafiz menang

    salamm,

    BalasPadam