Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Mei 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Patient #1

Pakcik ni dah aku kenal sejak aku mula bukak klinik dulu. Dia ada syarikat bas sendiri, membawa budak2 sekolah. Isterinya berniaga ikan dan sayur kat pasar. Pakcik ni ada kencing manis. Memang setiap kali aku check gula dia, tak pernahnya kurang daripada 15. Biasanya 20 lebih. Orang normal sepatutnya tak lebih 7. Setiap kali datang, aku nasihat dia tentang makan ubat, jaga pemakanan, jangan percaya sangat kat ubat2 kampung, jaga mata, jaga kaki dan sebagainya. Aku memang dah puas dan berbuih mulut aku nasihatkan dia tetapi dia macam tu jugak. Rasa nak makan ubat; dia makan, rasa nak check gula; dia datang check. Kalau aku beri ubat untuk sebulan, 3 bulan pun dia tak boleh habiskan. Itulah masalahnya.

4 minggu lepas dia datang ke klinik dengan kudis kecil di kaki. Kakinya bengkak dan kemerahan. Gula dia 20 lebih masa tu. Aku pesan kat dia, kalau dalam dua hari takda perubahan kena ke hospital untuk rawatan lanjut. Selang 2 minggu baru dia ke hospital. Masa tu 2 jari kakinya dah bertukar jadi hitam. Doktor hospital kerajaan nak potong dua jari kakinya. Dia dah sain tanda setuju tetapi di saat akhir, dia mintak tangguh. Ada anaknya memujuk dia untuk berubat cara kampung.

Lepas seminggu, bukan setakat 2 jari jadi hitam. seluruh kaki kirinya dah jadi hitam. Entah camna dia boleh berakhir di hospital swasta dan tanpa bertangguh doktor dah potong kaki kirinya paras lutut. Kosnya 10 ribu termasuk rawatan di bilik ICU semalaman dan masuk darah 2 pint.

3 hari lepas pembedahan, dia datang ke klinik aku. Aku memang terkejut dengan keadaannya. Dia masih pucat, semakin kurus dan hilang sebelah kaki. Aku kecewa juga kerana akhirnya apa yang aku takutkan menjadi kenyataan. Doktor pesan kat dia, selepas enam bulan baru boleh buat kaki palsu. Sememangnya tiadalah harapan untuk memandu bas semula atau membantu isterinya berniaga di pasar.

Apa salahku dan dimana silapnya? Adakah penerangan aku tidak cukup? Adakah aku telah cukup berusaha supaya dia menjaga kesihatannya? Sesungguhnya aku hanya berusaha. Sememangnya sukar untuk merubah pemikiran seseorang. Apatahlagi orang2 tua yang merasakan dirinya lebih pandai daripada doktor yang usianya lebih muda. Apa yang kita nasihat langsung tidak didengar. Maka inilah kesudahannya.

Patient #2:

Patient ni umurnya sebaya denganku. Hidupnya berjaya kerana dia maju dalam pelbagai bisnes. Dia ada 2 stesen minyak dan dia mengaku pendapatan bulanannya mencecah 30K. Dia juga menghidap kencing manis. Tahap kolesterolnya 2 kali ganda normal. Gulanya juga lebih daripada 10. Setiap kali datang klinik aku, masalah yang sama yang aku dengar. Cepat keletihan, sakit kepala, kebas2 tangan dan asyik kencing aje.

Dia ni pun sama. Aku nasihat jagalah kesihatan. Makanlah ubat selalu. Dia memang rajin makan ubat. Ubat untuk sebulan, dua minggu dia habiskan. Lepas tu berbulan2 dia tak makan ubat. Bila dah ada tanda2 gula naik mendadak, barulah dia ingat nak datang klinik. Dia suka sangat minum air yang bergas. Exercise jauh sekali. Bila aku cakap, belilah mesin treadmill untuk senaman di rumah dia terus nak pergi beli. Aku cakap setakat beli aje nak buat apa? Kenalah cari masa setiap hari untuk gunakannya. Aku juga risaukan dia. Aku takut dia mati muda macam arwah kawan lama aku tu.

Patient #3:

Untie ni berumur 57 tahun. Setiap bulan dia datang klinik aku untuk ambik bekalan ubat darah tingginya. Tekanan darahnya memang terkawal dan dia sangat patuh pada nasihat aku. Setiap kali datang, aku macam syak dia ni ada penyakit yang lain tetapi bila aku dia tanya semuanya OK. Jadi aku nak buat apa?

Semalam dia datang dengan kakaknya. Dia mengadu tak boleh tidur kerana sakit pada payudara kirinya. Bila aku check, payudara kirinya dah keras seperti batu. Kelenjar diketiak kirinya juga dah bengkak. Terus terang aku cakap, ini kanser. Dia cakap baru seminggu tetapi aku rasa dah lebih daripada itu. Dah lebih setahun dia berulang-alik kat klinik dan aku langsung tak mengambil tahu tentang hal itu.

Aku risau kansernya itu dah ditahap kritikal. Aku takut dah terlambat untuk diubati.

Terkini! Suami untie ni informed aku bahawa memang confirmed kanser. Dah tahap 3 iaitu tak boleh nak operate sebab dah merebak ke tisu2 sekitar. Kena buat Radiotherapy dan Chemo dulu sebelum boleh operate. Alahai...

Patient #4

Untie ini baru berumur 45 tahun. Tapi ini baru pertama kali dia datang ke klinik aku. Dia ada 3 anak lelaki. Yang sulung dah bekerja di Singapura manakala 2 lagi masih belajar. Menurut suaminya, untie ini ada penyakit darah tinggi tetapi langsung tak nak makan ubat. Dia bangun pagi dengan keadaan lemah sebelah badan. Dia langsung tidak dapat menggerakkan kaki dan tangan kirinya. Tekanan darahnya 200/120. Aku tak dapat berbuat apa2 kecuali menasihatkan suaminya supaya membawanya ke hospital.

Apa yang aku alami minggu lepas sedikit sebanyak mengganggu fikiranku kerana sebagai doktor, aku gagal menjalankan tanggungjawabku. Tapi patient #5 dan #6 berjaya mengubati kedukaanku.

Patient #5

Lelaki ini berusia sekitar 30-an. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia orang Sabah dan dia kata dia takut nak ke hospital. Dia datang ke klinik aku kerana sakit bisul di ketiak kirinya. Seminggu dia simpan dan berubat secara tradisional mengikut petua orang2 kampungnya. Masa dia datang ke klinik, dia jalan seperti robot. Dia langsung tidak dapat menggerakkan tangan kirinya kerana bisulny dah besar sangat.

Aku berjaya pujuk dia untuk satu pembedahan kecil. Kira2 50ml nanah dan darah kotor berjaya aku keluarkan. yang aku seronok sangat ialah kalau masa datang jalan seperti robot, dia dah boleh jalan berlenggang bila balik. Aku dapat lihat kelegaan di mukanya bila nanah tu dah keluar.

Patient#6

Untie ni berumur 65 tahun. Dia ada kencing manis sejak 30 tahun yang lalu. Kira2 5 tahun lepas aku selalu buat dressing untuk kudis dikakinya dan dia kata kerana akulah, luka dia tu sembuh. Semenjak bulan 12 tahun lepas, dia datang ke klinik aku selang sehari untuk dressing kudisnya yang lain. Lukanya memang sangat besar selepas pembedahan di hospital swasta. Aku jaga lukanya daripada sebesar pandang bolasepak sampailah sebesar pintu gol. Selepas pembedahan kali kedua untuk tampal kulit baru, dia masih juga datang ke klinik aku untuk dressing.

Lukanya semakin sembuh sekarang. Rasanya sebulan lagi, dia dah tak perlu nak buat dressing lagi. Dia kata dia pernah pergi ke klinik lain untuk dressing tetapi kat klinik lain, bukan doktor yang buat tapi staf klinik yang buat. Buat lebih kurang lepas tu balut. Walaupun kat klinik aku, aku pun buat lebih kurang juga tetapi doktor yang buat. Dia kata itu bezanya.

4 ulasan:

  1. patient #2 "pendapatan bulanannya mencecah 30K" macam peanut je kan doc, kanns

    salamm,

    BalasPadam
  2. Duit banyak pun tak guna kalau kesihatan tak jaga. Hidup bukan setakat duit je. Kena gak exercise dan control apa yg di makan. Mentang2 duit banyak, semua main belasah aje.

    Terima kasih kerana rajin datang menziarah.

    BalasPadam
  3. saya suka semua cerita yg tuan coretkan.. banyak pengajaran bg mereka yg ingin ambil iktibar.. TQ, teruskan menulis...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Terima kasih kerana sudi membaca.

    BalasPadam