Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Mei 2010

Aku di Labour Room

Pukul 2.15 pagi 28 Mei, aku dikejutkan dengan bunyi handphone aku. Mula2 aku buat tak kisah aje, tapi bila kali kedua berbunyi aku bangun dan cari mana handphone aku. Rupa2nya emak telefon aku. Aku ingat abah yang sakit tapi adik aku yang sarat mengandung dah pecah air mentubannya. Ikut EDD, 2 minggu lagi tapi terawal rupanya. Pukul 6.45 pagi, adik bujang aku hantar SMS bahawa kita dah dapat adik sedara lelaki. Tambah satu lagi korum kalau nak pergi tengok wayang.

Menunggu saat2 kelahiran bayi merupakan satu pengalaman yang tak mudah dilupakan. Sebagai doktor, dah beribu2 kali aku mengalami saat2 cemas menunggu kelahiran bayi ibu2 yang dibawah jagaanku. Sebagai bapa, 3 kali aku melaluinya dan rasanya cukuplah 3 kali itu. Serik dan taubat dah.

Kelahiran anak pertama aku memang satu kesilapanku kerana ianya berlalu begitu sahaja. Walaupun aku doktor, banyak perkara yang aku masih tak tahu dan tak tahu nak buat apa2. Pagi Sabtu, wife aku kata dah ada keluar tanda dan sakit sedikit2. Aku terus hantar wife ke hospital tanpa berlengah. Sepatutnya aku tunggu sakit kuat baru masuk wad tetapi aku kalut agaknya. Nurse kata jalan belum bukak lagi dan aku sempat lagi pergi kerja shif petang sampai pukul 9 malam. ( kenapalah aku tak ambik cuti masa tu ya?)

Balik dari kerja, aku singgah ke hospital dan diberitahu wife masih belum bukak jalan lagi. Malam tu aku duduk dan tidur kat rumah macam biasa kerana aku rasa wife takkan bersalin malam itu. Nurse kat hospital pun langsung takda call aku sepanjang malam. Rupa2nya aku silap. " Saya peduli apa laki awak doktor ke bukan, kalau tahu nak tengok isterinya beranak tunggulah kat hospital. Bukan kerja saya nak call suami awak!" Itulah bebelan senior nurse yang jaga wife aku dan aku memang marked nurse tu bila aku incharged wad bersalin setahun kemudian. Tak senang hidupnya bila dia kena kerja dengan aku. Nasib baik aku tak berdendam.

Pagi hari minggu, aku tiba di hospital sekadar nak bertanya khabar. Aku diberitahu wife dah bersalin pada jam 12.45 pagi. Aku tanya gak kat nurse tu, apasal aku tak diberitahu? Nurse tu boleh kata "Entahlah, saya kerja shif pagi. Nurse shif malam tak cakap apa2 pun." "Biasanya kalau ada apa2 masalah baru kita telefon suami. Kalau semuanya normal kita tak telefonlah." sambung nurse itu lagi. " Kan saya dah pesan kalau masuk Labour Room call saya."Nurse tak cakap pun dia orang tak boleh call saya." Mungkin salah aku jugak sebab maklumlah aku takda pengalaman. Jadinya aku anggap semuanya mudah. Aku tak nak panjang2kan kes ini sebab yang penting, isteri dan anakku selamat. Tapi, aku nekad. Kau tahulah nasib korang bila aku kerja dengan korang nanti.

Kelahiran anak keduaku adalah sebaliknya. Masa tu aku dah kerja di wad bersalin hospital yang sama. Wife mula rasa sakit pada pukul 9 pagi hari Jumaat. Aku terus masukkan wife ke Labour Room dan pukul 11.15 pagi, aku menyambut sendiri kelahiran anakku. Aku berada disisi isteriku sepanjang dia di Labour Room kerana aku nak menebus kembali kesilapanku masa kelahiran anak yang pertama. Nurse di wad memang melayan isteriku dengan 'baik' sekali. Banyak prosedur/protokol kelahiran yang di 'short cut' dan pukul 5 petang hari yang sama, aku dah bawak isteri dan anakku balik ke rumah.

Kelahiran anakku yang ketiga agak susah sedikit. Maklumlah yang terakhir. Isteriku dah overdue sehari dan langsung tiada tanda2 nak bersalin. Sedara-mara kat rumah dah naik risau menyebabkan aku buat keputusan untuk paksa kelahirannya. Sabtu 4 petang, aku masukkan wife ke Labour Room dan masukkan ubat Oxytocin menggunakan IVD. Selepas sejam, wife aku mula rasa sakit dan empat jam kemudian, lahirlah anakku yang ketiga. Kali ini aku juga menyambutnya dengan pertolongan bidan. Sakit natural dan sakit dipaksa adalah sangat2 berbeza. Aku boleh lihat sendiri bagaimana sakitnya kesan ubat di airmukanya.

Sebagai doktor, pengalaman menyambut kelahiran bayi bermula masa aku student lagi. Setiap student yang buat posting di Labour Room kena ada buku log. Sebelum habis posting, ada perkara wajib yang aku kena buat sendiri dan mahirkan. Sekurang2nya aku kena sambut 20 kelahiran normal dan aku kena start daripada mula2 patient masuk Labour Room sampailah dia keluar. Aku kena jaga dia macam nurse jaga dan lepas selesai semuanya barulah nurse tu sain buku log aku. Menyaksikan kelahiran bayi adalah satu pengalaman yang menakjubkan dan sememangnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Kesakitan dan kesengsaraan melahirkan adalah ibarat mati hidup semula. (peringatan untuk anak2ku)

Sepanjang perkhidmatan aku di Labour Room, memang banyak pengalaman pahit manis aku tempuhi terutamanya masa aku posting di hospital daerah. Di hospital daerah, pengalaman, keberanian dan segala ilmu yang aku pelajari aku gunakan sepenuhnya untuk menjaga nyawa2 ibu dan bayi kandungannya. Bukan calang2 orang boleh membuat keputusan dalam keadaan stress kerana setiap saat diambil kira. Kehilangan nyawa merupakan satu kegagalan. Tidak seperti di Bilik Kecemasan bila kematian adalah lumrah.

1. Di hospital daerah, semua keputusan di tangan doktor. Setiap pesakit yang masuk ke Labour Room aku kena pastikan supaya dia boleh bersalin normal. Di hospital daerah, tiada pakar dan tiada dewan bedah. Kalau ada apa2 risiko seperti kekurangan darah, penyakit jantung atau sejarah/rekod bersalin yang mencurigakan, cepat2 aku hantar ke hospital besar. Aku kena sering berhubung dengan doktor2 di hospital besar untuk bantuan dan nasihat. Kena marah dan herdik tu perkara biasa masa aku mula2 incharged Labour Room. Maklumlah benda2 kecik2 pun nak tanya. " Are you a doctor?'' , " Which University are you grad from?" , " Itupun nak refer ke. Hospital kau tak boleh manage ke?''. Tapi makin lama, aku jadi makin berani. Nak gaduh dalam telefon pun aku berani. " Kau tak nak ambik kes ni takpa. Aku tulis dalam case note kau tak nak terima kes ni. OK?". " Kau ingat aku suka2 ke hantar kes kat kau? Kau ingat aku takda kerja lain ke?".

2. Masalah timbul bila faktor risiko hanya diketahui/diberitahu kemudian iaitu bila pesakit dah mengalami komplikasi seperti bayi tersangkut, ibu dah kepenatan, ibu mengalami pendarahan atau bayi dah lemas. Masa itulah baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Nak marahkan nurse pun tak boleh jugak sebab kadang2 doktor pun terlepas pandang.

3. Aku pernah menyambut kelahiran songsang, kelahiran kembar, kelahiran vacuum dan juga kelahiran forcep. Alhamdulilah aku berjaya melalui saat2 itu dengan cemerlang. Tapi cukuplah. Aku lebih rela terjun kolam daripada melalui saat2 itu kembali.

4. Kelahiran bermasalah biasanya berlaku awal pagi iaitu sekitar jam 3 pagi- 6 pagi. Masa itu biasanya aku baru nak terlelap bila nurse Labour Room telefon. Masa itulah macam2 masalah timbul. Kepala baby sangkut, ibu dah tak boleh nak teran, jantung baby lemah, baby dah terberak, uri lekat dan yang paling aku risau sekali; ibu dah collapsed! Kematian ibu semasa bersalin merupakan satu kesalahan besar di mata pihak kerajaan kerana statistik kematian ibu menjadi indikator kepada tahap kesihatan rakyat. Setiap kali ada kematian ibu, satu hospital boleh terbalik. Semua orang akan mencari punca dan siapa yang patut dipersalahkan. Doktor duduk ranking paling atas. Tapi jangan takut, takda sapa nak pecat atau potong gaji kau. Cuma kesilapan itu akan menghantui hidupmu sepanjang hayat!

5. Kali terakhir aku menyambut kelahiran bayi ialah kira2 3 tahun lepas. Satu ibu tunggal telah bersalin di bilik air hotel penginapannya selang 2 pintu daripada klinik aku. Aku pernah cerita dalam blog aku rasanya.

Kepada bakal2 doktor, kutiplah sebanyak mungkin pengalaman masa korang belajar. Duduklah di Labour Room dan bukannya di library. Pengalaman mendewasakan anda, menjadikan anda berani membuat keputusan dan boleh berfikir/bertindak semasa saat2 genting. Ini semua tidak dapat dipelajari di dewan kuliah atau library.

1 ulasan: