Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Mei 2010

Aku ke perjumpaan penduduk

Seperti dijangka, mesyuarat perjumpaan penduduk dengan wakil pemaju hanya bermula jam 10.30 pagi. Itupun hanya 30% kedatangan. Yang lain2 langsung tak menunjukkan minat walaupun berbagai2 notis dan surat dikeluarkan.

Mesyuarat tertumpu kepada membincangkan masalah sekuriti yang akan tamat pada 1 Julai nanti. Masa aku beli rumah ini dulu, kawasan perumahan yang aku duduk ni kononnya berpagar dan berpengawal. Dah 4 tahun aku tinggal di kawasan ini dan pada pendapat aku, mutu perkhidmatan sekuriti tu semakin merosot sekarang. Ada pengawal pun macam takda sebab pintu pagar utama sentiasa terbuka dan pengawal tu lebih banyak bersembang dan tidur daripada berkawal. Pondok pengawalnya pun semakin uzur dengan tampalan suratkhabar serta plywood. Pengawalnya pula terdiri daripada uncle2 pencen, perempuan mengandung dan budak2 yang rasanya malas dan tak habis belajar.

Masa mula2 aku duduk situ, gate besar sentiasa ditutup dan aliran keluar masuk agak ketat. Emak aku nak masuk pun siap kena tunjuk IC. Lama kelamaan aliran keluar masuk semakin longgar apabila ada satu tadika dibuka dalam kawasan perumahan aku. Mungkin jaga dah makin malas nak bukak dan tutup gate kerana banyak sangat kenderaan yang keluar masuk. Tapi itukan kerja mereka?

Bila pemaju hantar surat menyatakan khidmat sekuriti akan ditamatkan, aku tak kisah sangat dah. Mereka langsung tak nak berkawal pun takpa. Takda apa2 beza rasanya. Jadi niat aku hadir mesyuarat ialah untuk mencadangkan supaya tak payah lantik sekuriti langsung. Tapi berjayakah aku nak menyakinkan tauke2 besar kat kawasan aku supaya kita tak perlukan sekuriti?

Daripada 58 rumah yang ada dalam kawasan aku, hanya 14 rumah yang menghantar wakil ke mesyuarat dan majoritinya adalah bangsa Cina. Walaupun mesyuarat dalam bahasa Melayu, mereka lebih banyak berbahasa Cina banding bahasa Melayu. Jadi suara aku jadi suara minoriti. Mereka semua nak jugak khidmat sekuriti tapi yang lebih berkualiti dan berwibawa.

Apa yang aku pelajari semalam ialah:
1. Khidmat sekuriti akan diserah dan diurus oleh persatuan penduduk selepas 1 Julai. Pemaju dah lepas tangan selepas tarikh itu.
2. Syarikat sekuriti berdaftar mempunyai skema upah gaji yang telah ditetapkan bergantung kepada jenis perkhidmatan yang diminta.
3. Bayaran adalah mengikut jam iaitu antara RM3.50- RM7.00 sejam seorang pengawal bergantung kepada jenis pengawal yang diminta.
4. Untuk RM3.50 sejam, pengawal hanyalah jenis yang duduk macam tunggul sahaja. Yang lebih banyak tidur daripada berkawal. Itu yang dapat pakcik2 tua yang tak tahu menulis tu..
5. Untuk RM 7.00 sejam, pengawalnya ialah jenis bekas2 askar Gurkha atau orang tempatan yang ada pengalaman seperti polis2 pencen dan sebagainya. Mereka ini biasanya lebih tegas menjalankan tugas2 mereka. Kadang2 dengan semua orang ditabiknya.
6. Kawasan rumah aku hanya ada 58 rumah sahaja. Jadi bayaran bulanan per isi rumahnya lebih tinggi berbanding kalau aku duduk dikawasan yang berpenghuni lebih ramai.
7. Hal2 lain seperti nak pasang palang automatik, CCTV dan sebagainya kena uruskan sendiri.
8. Daripada 58 buah rumah yang ada, hanya sekitar 80% rumah yang membuat bayaran untuk servis sekuriti sekarang. Selebihnya langsung tidak membayar ataupun mempunyai tunggakan bayaran lebih setahun.
9. Kes2 pengawal keselamatan ditumbuk dan pergaduhan sering berlaku di kawasan lain apabila ada penghuni yang dilarang masuk ke kawasan perumahan mereka. Ini berlaku jika penghuni tersebut tertunggak bayaran terlalu banyak dan ada kalanya mabuk todi di pagi2 buta.
10. Untuk dapatkan servis yang lebih murah, aku boleh cari syarikat2 keselamatan yang tidak berdaftar tetapi segala risiko kenalah tanggung sendiri.

Pukul 12 tengahari, aku tinggalkan mesyuarat kerana mata sudah mengantuk. Lagipun, aku rasa seperti berada di Hong Kong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan