Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mei 2010

Aku Menjadi Penyelamat?

Dua bulan lepas ada satu pesakit datang ke klinik aku. Dia penghidap kencing manis dan sering datang ke klinik untuk test paras gula sahaja. Dia mendapat stok ubat kencing manisnya daripada klinik kerajaan dan pada pendapatku dia lebih percaya kepada rawatan tradisional berbanding ubat2 moden.

Kali pertama dia datang ke klinik ialah kerana keletihan dan kekurangan air dalam badan. Paras gula beliau lebih daripada 15 walaupun dia kata dia sihat. Seminggu kemudian dia datang lagi kerana demam dan sakit di rusuk kanan beliau. Keadaan beliau agak merungsingkan kerana mukanya pucat dan demamnya 38 darjah. Dia kata dah 2 kali ke hospital kerajaan tetapi doktor hospital kata dia sakit biasa2 saja. Dia kata sakitnya dah 2 minggu berlalu dan keadaannya langsung tak berubah walaupun macam2 ubat ditelannya. Aku cadangkan dia masuk ke hospital tapi dia kat nak try makan ubat aku dulu.

Keesokkan harinya dia datang lagi. Kali ini dia bersetuju untuk masuk ke wad. Aku tulis surat rujukan panjang lebar kepada doktor di hospital. Aku kata pesakit ini penghidap kencing manis dan demam berpanjangan. Aku nak pastikan bahawa dia dirawat oleh doktor dan bukannya pembantu perubatan sahaja. Aku pesan kalau doktor suruh balik rumah jugak, aku suruh dia call klinik aku. Selepas itu aku langsung lupa pasal dia dan tidak tahu apa yang berlaku.

Pagi tadi dia datang lagi ke klinik. Lama dia bersalam dengan aku sambil mengucapkan terima kasih kat aku. Dia kata kalau bukan kerana aku, mungkin dia dah takda lagi kat dunia ini. Dia cakap lepas dapat surat daripada aku, dia terus ke hospital. Selepas ujian darah dan air kencing, dia terus di rujuk ke hospital besar. Dia kata malam itu dia pengsan dan terus koma selama 10 hari. Doktor kata dia bernasib baik kerana 'cepat' mendapat rawatan. Kalau lambat, mungkin tak dapat diselamatkan lagi.

Seperti yang aku jangkakan, dia mengalami septicaemia iaitu darahnya berkuman dan puncanya ialah takungan nanah di hati dan paru2 kanan beliau. Semasa dia koma, doktor telah menebuk hati dan mengeluarkan nanah daripada hati beliau. Selepas 2 minggu dia dipindahkan ke HUKM kerana pakar2 di hospital besar tidak dapat merawatnya lagi. Alhamdulilah, dia beransur sembuh sekarang tetapi berat badannya telah susut 11 kg.

Ini bukan kali pertama aku berjumpa pesakit seperti ini. Kencing manis biasanya menjadi 'topeng' melindungi simptom2 penyakit yang lebih serius. Penghidap kencing manis walaupun mendapat jangkitan kuman yang serius, paras demamnya biasanya tak cukup tinggi untuk menakut2kan doktor atau staf2 perubatan yang lain. Sebab itu dia dirawat sebagai demam biasa sahaja kerana demamnya tidak cukup tinggi untuk layak dimasukkan ke wad. Liver Abscess adalah sangat jarang berlaku tetapi demam berpanjangan dan sakit pada rusuk kanan adalah petanda awal.

Aku tak anggap diriku sebagai penyelamat. Aku sekadar menjalankan tanggunjawabku. Kepuasan diri kerana berjaya mengelakkan satu kematian daripada berlaku, menjadi penawar hati dan menghilangkan penat dibadan walaupun terpaksa merawat 85 pesakit semalam.

Seperti kata Tony Stark, " I am the Ironman!"

2 ulasan:

  1. Salam..

    Klinik doktor kat mana ehh... Sy risau jugak sbb mak sy demam dn tak nak ke hospital.. Dia mmg ada diabetes... Lg satu, kalau kaki kiri kita selalu rasa kebas, adakah itu tanda2 kita ada diabetes...

    Terima kasih...

    BalasPadam