Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Jun 2010

Aku dan apa ada pada nama?



Sampai sekarang aku tak tahu kenapa bapak aku beri nama aku sebegini. Zaman dulu kalau nak daftar surat beranak anak mana ada isi borang. Pergi ke balai polis dan sebut aje nak bubuh nama apa. Dan disebabkan bapak aku jawa, dan mungkin polis yang mendaftarkan nama aku pun orang jawa, jadi ejaan namaku memang lain daripada yang lain. Memang sah dan confirmed bunyi jawanya. Walaupun ramai orang punya nama sepertiku tetapi nak cari yang ejaannya sama dengan namaku memanglah susah. Setakat ini aku pernah jumpa sekali iaitu lelaki ni seorang photographer di Berita Harian. Zulkepli Osman kalau tak silap. Dan pagi ini aku jumpa seorang lagi. Seorang lecturer di UTM Skudai.

Namaku unik. Walaupun ejaannya agak janggal dan ramai orang tak dapat mengejanya dengan betul, aku bangga dengan namaku. Terima kasih abah kerana memberi nama ini kat aku. Akan aku jaga nama ini dan nama abah sebaik2nya. Semoga satu hari nama ini akan jadi terkenal di seluruh dunia.

Wife aku pun sama. Unik namanya seunik orangnya. Anda bagaimana?

1 ulasan:

  1. Waahhh....terima kasih kerana berkongsi nama penuh Doc dengan saya. Eeerr...saya berkongsi dengan kawan2 saya kesengsaraan sebab teringin nak makan sate kat Muar. Uwaaa...

    P/S : takper ker, saya pomot blog Doc? Maaflah x minta permission dulu.

    BalasPadam