Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Jun 2010

Aku dan cerita betul ni...

Kisah seorang pesakit. Lelaki berumur 26 tahun. Dia kerja di sebuah bank sebagai loan officer. Dia jarang ke klinik aku dan kali terakhir ialah pada bulan 3 yang lalu. Dia takda rekod buruk dengan aku tapi semenjak dia berkahwin akhir tahun lepas, aku lihat ada perubahan pada sikap dia. Kalau sebelum ni dia tak pernah mintak MC walau sakit macamanapun, lepas kahwin dia ada sikit berubah. Tapi taklah obvious sangat.

Pagi tadi ada 2 pegawai daripada bank dia datang ke klinik aku. Dia nak tengok rekod pesakit ini dan kalau boleh nak difotostatnya. Aku kata mana boleh? Itu menyalahi etika perubatan. Jadi aku panggil pegawai2 tu masuk jumpa aku.

Mereka kata mereka diarahkan oleh boss mereka untuk menyiasat dan dapatkan maklumat mengenai pesakit ini. Dia kata pekerja ni ada banyak masalah dan selalu tak masuk ofis. Hari ini bila boss telefon, dia kata dia sakit. Dia juga kata baru balik daripada klinik aku. Itu sebab pegawai2 tu datang ke klinik aku. Nak confirmed betul2 bahawa pesakit tu memang datang ke klinik aku hari ini. Aku cuma boleh cakap bahawa pekerja itu tiada datang ke klinik hari ini. Kalau nak maklumat lebih2, mereka kena hantar surat official kat aku.

Habislah mamat ni. Boss siap cari sampai ke rumah dan ke klinik. Apa masalah sebenar pesakit ini aku pun nak tahu jugak. Khabarnya dia ada kat KL hari ini. Mampus...

1 ulasan: