Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Jun 2010

Aku dan Cuti Kali Ini

Ini entri blog aku yang ke 500. Juga entri blog pertama selepas cuti panjang.

Pagi hari pertama masuk ofis selepas 5 hari cuti. Nak kata mood dan semangat baru tak jugak. Tapi ada motivasi sikit sebab poket dah ringan. Sepanjang sehari ini, hampir semuanya regular patient aku yang sabar menunggu aku balik dari bercuti. Macam2 masalah aku dengar. Dan so far, takda yang kritikal atau kehabisan nyawa.

Percutian aku kali ini adalah ibarat percutian keluarga. Aku pergi bercuti dengan emak dan bapak mertua dan dua famili adik-beradik wife aku. Aku satu kereta, abang ipar aku satu kereta dan satu lagi abang ipar aku naik train/flight pergi balik. Semua sekali ada 16 orang. Memang meriah dan happening.

Untuk percutian kali ini, aku tak tidur hotel. Aku tumpang bermalam ala homestay kat rumah kakak ipar aku. Dia baru berpindah ke Terengganu dan dialah yang beriya2 ajak kami melepak kat rumah dia. Jimat 600-700 ringgit untuk sewa hotel 3 malam. Dia dan ahli keluarganya seramai 8 orang ada sama masa kami kat rumah dia. Bermakna ada 24 orang tidur ramai2 dalam satu rumah yang hanya mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Alhamdulilah, soal makan minum, tempat tidur, bilik air semuanya settled. Kami dah biasa macam ini. Dulu masa kat Muar pun sama. Waktu hari raya, kami 5 famili boleh duduk dalam satu rumah. Ini baru 3 famili...

Target aku dan anak2 nak cari jersi bola Portugal, England dan Holland tercapai. Target aku nak ambik gambar banyak2 pun tercapai. Target wife nak shopping sakan kat Pangkalan Kubor, Rantau Panjang dan Pasar Payang juga tercapai. Berapa helai baju batik sutera dia dah borong, aku tak tahu. Setiap hari jadual penuh. Tidur pukul 10, pukul 8 dah keluar rumah. Malam baru balik. Disebabkan kami ada 3 kereta, pasukan lelaki dan wanita kadang2 punya jadual dan aktiviti berbeza. Mana boleh setengah hari aku duduk kat Pasar Payang tu. Kalau ikut mata orang lelaki, batik kat situ semuanya sama. Tudung pun sama. Kedai2nya pun lebih kurang sama aje. Aku masuk Pasar Payang, 30 minit dah keluar. Dah dapat t-shirt, seluar, keychains dan macam2. Tapi wife aku, dua kali pergi pun masih tak habis jugak. Ada aje yang tak kena dan tak match. Barang beza harga seringgit dua pun nak bising2. Batik crepe, batik digital, batik 1 Malaysia, batik sulam batu, batik chiffon dan macam2. Memang tak terlayan punya. Jadi, bila wife ke Pasar Payang aku bawak anak2 dan anak sedara main panas kat Taman Tamadun Islam. Walaupun panas terik, hati tetap sejuk. Bila dah puas main panas, aku masuk kat bilik aircond sambil tengok tayangan video.

Satu yang tak syiok ke Pantai Timur ialah perjalanannya yang sangat jauh. Melalui jalan2 kampung memang tak boleh nak speeding punya. Kalau bawak Ferrari sekalipun, melalui jalan kampung tak boleh lebih 80km/jam. Nak kena beri laluan kat budak2 naik basikal, pakcik2 naik motor nak ke masjid, anak2 muda baru dapat lesen dan juga kambing/lembu melintas jalan tak tengok kiri kanan. Aku dapat perhatikan kedaifan masyarakat orang asli, nelayan2 di Terengganu dan Kelantan yang rumahnya ibarat pondok ataupun rumah kayu yang condong. Tapi bila melalui jalan2 kampung, aku boleh selalu berhenti untuk beli air nira/tuak, air kelapa, jagung bakar, nanas, tembikai dan yang wajib; keropok lekor. Satu lagi yang aku perhati, majlis2 perkahwinan di sini dibuat tak perlu tunggu hujung minggu. Hari selasa ke, rabu ke, semua jadik. Khemah pun kecik2 aje. Takda hias2 dengan warna2 sedondon macam kat Johor. Kan bagus macam tu.

Perjalanan dari Gong Badak ke Pangkalan Kubor seterusnya melalui jalan pintas nak ke Rantau Panjang dengan menyusuri pesisir Sg Golok memang mengasyikkan. Ditengah2 kampung yang puratanya orang Islam boleh berdiri megah kuil buddha yang rasanya paling besar pernah aku tengok. Dipersisiran Sg Golok, aku dapat lihat betapa mudahnya nak menyeberang ke Thailand. Kata abang ipar aku, kalau musim kemarau dan air sungai tu cetek memang lagi mudah nak menyeberang.

Pangkalan Kubor dan Rantau Panjang tetap tak berubah selepas kedatanganku kira2 4 tahun yang lepas. Tapi gerai2 dan kedai2nya nampak lebih tersusun dan bersih. Musim cuti sekolah memang penuh sesak dengan umat manusia. Nak parking pun susah dan khabarnya harga barang pun naik jugak. Apatahlagi kalau bahasa kita bahasa Malaysia baku. Nak tawar seringgit pun susah bebeno.

Percutian kali ini harap2 bukan percutian terakhir bersama emak dan bapak mertuaku. Bawak orang tua ni hati memang kena banyak bersabar. Melayan karenah budak2 lebih senang sebab budak2 boleh dimarah tapi orang tua takkanlah nak dimarah? Walaupun kaki dah tak kuat nak berjalan tapi semangatnya masih kuat untuk ikut kesana kemari. Setiap kali pergi berjalan2, kena fikir kat mana nak sembahyang, kat mana nak berhenti kencing dan parking nak kena betul2 depan kedai/bilik air/bilik solat. Nasib baiklah cucu2 dia ramai yang lelaki.

Keluarga abang ipar aku memang The Best. Kalau dia betul2 bukak homestay, memang sentiasa penuh punya. Walaupun rumahnya kecil, kami 16 orang masih lagi merasa selesa. Makan dan minum tak pernah putus. Kalau kami pergi jalan2, balik rumah makanan dah sedia atas meja, kain baju dah siap dibasuh dan cakap kami nak kemana, mesti dia tunjukkan jalan punya. Kami memang dah lama kenal antara satu sama lain. Dah faham hati budi masing2.

Abang ipar aku ni seorang polis. Bahagian persenjataan. Isterinya kakak sulung kepada wife aku. Dia surirumah sepenuh masa. Anaknya 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan. Anak2nya semua mengikut kelakuan ayah dan ibunya. Sentiasa rajin berusaha, tekun belajar dan menghormati antara satu sama lain. Walaupun hidup mereka sangat sederhana, mereka cukup bahagia dan aku jarang tengok mereka bersengketa. Kadang2 aku malu dengan diriku. Abang ipar aku dah hampir pencen. Dia pakai Saga Iswara lebih 20 tahun sebelum tukar kepada Pesona 2 tahun lepas. Aku baru 15 tahun kerja, dah lebih 5 kali tukar2 kereta. Itu baru cerita pasal kereta belum yang lain2 lagi.

Sahabatku sepanjang perjalanan ialah GPS aku. Walaupun kadang2 dia pening dan bingung, dia sangat membantuku. Kalau anak2 aku tanya jauh lagi ke, aku boleh jawab dengan tepat bila akan sampai. Tapi aku tak boleh nak harap sangat GPS ni. Kalau ikut cakap dia aje, mesti masuk laut punya. Kena rancang dan faham perjalanan. Jangan main ikut buta2 arahan GPS tu.

Seorang lagi sahabatku yang menemani perjalananku ialah isteriku. Banyak juga gambar2 yang dia ambik kalau aku sibuk drive. Dia juga jadi second driver aku. Maknanya tak rugi bawak dia duduk sebelah. Cuma dia langsung tak nak dengar cakap GPS. Dia lebih percayakan signboard banding GPS.

Kepada Ngah Piee, Kak Mah dan anak2nya; Noor, Ida, Fiza, It, Sazriq dan Pipit. Terima kasih daun keladi. Kepada Abang Mad dan Kak Rosnah, terima kasih sebab sering belanja makan dan beri saya bawak Accord abang. Kepada Abang Shafiq dan Kak Yati, terima kasih kerana sanggup follow aku ke mana sahaja. Melayan karenah emak, abah, Izzi, Azeem, Kierin, Ainaa dan Ameel bukanlah satu bebanan tapi tanggungjawab. Semoga kemesraan dan persaudaraan kita berkekalan. Rasanya tak rugi aku tak ke konsert Double Trouble Wings dan Search.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah sumernyer selamat kanns..

    BalasPadam
  2. Terima kasih Sayang. Cuti kali ni rasa puas, kan. Apa yang hendak dibeli semuanya dapat. Thanks for everything....Bila lagik nak cuti panjang....?

    BalasPadam