Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Jun 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Kebelakangan ini ramai betul perempuan2 bermasalah datang klinik aku. Dah jadi macam Pakar Sakit Puan pulak. Mentang2lah kat klinik aku ada mesin ultrasound, ramai yang datang nak mintak tolong aku scan perut masing2. Semalam aku ada 3 kes yang agak interesting untuk aku kongsikan bersama.

Kes #1:

Perempuan berumur 40 tahun. Dia kahwin agak lewat iaitu kira2 4 tahun yang lalu. Suaminya muda dua tahun daripadanya. Setahun setengah lepas berkahwin, mereka dikurniakan anak lelaki. Dan masalah bermula selepas itu di mana beliau telah mengalami keguguran 3 kali berturut2 dalam tempoh 2 tahun. Kegugurannya disebut dalam istilah perubatan sebagai Missed Abortion ataupun Blighted Ovum dimana telur isteri dapat disenyawakan dan dapat mendarat di dalam rahim tetapi selepas itu ianya tak mahu membesar dan terpaksa digugurkan. Dalam perubatan, misteri Missed Abortion ini masih menjadi misteri kerana dikatakan janin itu yang tak sihat. Rasanya takda dalam buku menyatakan bahawa suami atau isteri yang patut dipersalahkan tetapi mereka ini dah buat ujian yang menyatakan bahawa sperma suaminya ramai yang tak sihat/cacat. Jadi ada alasan untuk menyalahkan suaminya.

Setiap kali isterinya termengandung, mereka saling bergaduh. Tiga kali isterinya terpaksa menjalani D+C iaitu pembedahan untuk membersihkan rahim. Walaupun ini prosedur kecil tetapi kesakitannya macam orang beranak jugak. Setiap kali lepas D+C suami berjanji tak nak anak lagi tetapi selang beberapa bulan, isterinya hamil jugak lagi. Apa daa...

Semalam mereka datang lagi. Isterinya mengadu keluar darah sikit2 semenjak 2 minggu yang lepas. Bila aku scan, memang sah dia mengandung dan kandungannya pun nampak tak sihat. Masalah lama berulang kembali dan kat depan aku jugak mereka bergaduh. Pening kepala aku. Nak salahkan siapa? Sebagai lelaki, aku tahu perasaan suami. Dia masih nak anak lagi untuk membuktikan kejantanannya. Dan sebagai isteri, dia tak sanggup nak menjalani D+C lagi...

Kes #2:

Perempuan berumur 19 tahun. Beliau datang ditemani makciknya dan datang daripada jauh kerana nak buat 'Kad Merah' iaitu kad mengandung. Bila aku tengok alamatnya, aku dah agak dah ini mesti kes Ibu Tunggal. Memang betul. Perempuan ini mengadu dirogol oleh kawan sekerjanya bulan sebelas tahun lepas. Ibunya tak nak buat laporan polis kerana tak mahu orang2 kampungnya tahu. Maka lelaki keparat tu bebas begitu sahaja dan perempuan ini yang menanggung akibatnya. Ibu dia poskan anaknya ini ke rumah makciknya untuk bantuan.

Bila aku scan, bayinya dah berusia 7 bulan setengah. Bayi lelaki. Untuk kes2 macam ini, biasanya bayi2nya semua sihat walafiat dan tidak menyusahkan ibu yang mengandungkannya. Aku jarang jumpa kes2 ibu tunggal yang mabuk teruk, kena darah tinggi atau kencing manis yang menyusahkan kehidupan ibunya.

Satu soalan aje aku tanya, "Lepas bersalin, anak ni siapa nak jaga?". Aku malas nak tanya siapa lelaki keparat itu kerana jawapannya tidak menguntungkan aku. Yang paling penting, kat mana bayi tu akan dilahirkan dan siapa yang akan menjaganya selepas itu. Aku cakap aku boleh tolong carikan keluarga angkat kalau mereka takda tempat nak letak bayi itu.

Dalam kes2 ibu tunggal, yang merana dan sengsara ialah perempuan. Kenapa ya lelaki senang betul hidupnya? Kalau kena tangkap atau penjara, perempuan yang kena dulu. Yang lelaki lepas bebas tanpa rasa tanggungjawab.

Kes #3:

Perempuan berumur 32 tahun. Dah ada 2 anak lelaki berumur 5 dan 2 tahun. Beliau seorang surirumah manakala suaminya kerja kilang. Pada aku mereka takda masalah apa2 untuk membesarkan anak seorang lagi. Tetapi bila isteri beritahu suami bahawa period dia dah lewat, suami mula naik angin. Dia suruh isterinya makan itu ini supaya tak mengandung dan mati2 dia tak nak anak lagi. Dah seminggu mereka tak bertegur sapa dan tidur berasingan.

Semalam isterinya datang klinik aku ditemani bapanya. Scan menunjukkan isterinya sah mengandung 2 bulan. Mati hidup balik aku takkan beri ubat apa2 untuk gugurkan kandungannya. Kerja giler!

Aku pesan kat kakak tu, " Kalau bayi tu takda siapa nak jaga dan suami tak nak tanggungjawab saya boleh tolong jagakan. Juga, manalah tahu bayi perempuan..." Senyum aje kakak tu bila aku cakap camtu.

Dunia oh dunia!

p.s Kepada pelajar2 perubatan yang bercita2 nak jadi GP macam aku, korang rajin2lah belajar buat scan masa kerja kat hospital. Semuanya kena belajar daripada pengalaman. Semakin banyak korang buat scan, semakin cekaplah korang. Kalau nak harap lecturer aje, memang tak cukup. Korang kena cari initiatif sendiri untuk praktis dan praktis.

Masa aku kat hospital dulu, hampir semua ibu2 mengandung bawah jagaan aku, aku scan setiap hari. Nurse semua naik hairan. Tapi 'it's worth it'. Bila aku bukak klinik dan beli mesin scan sendiri, macam2 benda aku boleh diagnosed. Banyak klinik member2 aku yang rujuk patient mereka kat aku untuk scan. Nurse kat klinik kerajaan pun hantar pesakit kat aku untuk scan. Aku bukanlah pandai sangat tapi setakat nak tengok jantina tu, 90% aku boleh confirmkan. Masalah2 placenta praevia, twin pregnancy, polyhydramnios, anencephaly malah ectopic pregnancy pun aku pernah diagnosed.

Sapa2 nak ambik short course dengan aku pun boleh...

4 ulasan:

  1. assalamualaikum, dr zoul

    saya pun berminat nak jadi gynae bile dah jadi doktor nanti...sebab saya percaya bidang ni memerlukan lebih ramai gynae muslimah.

    BalasPadam
  2. Bagus2,
    Teruskan cita2 murni tu.
    Macam kat JB town,
    Hampir 80% Gynae di private sector, semuanya lelaki.
    Yg famous2 pun semuanya lelaki.
    Patient2 pun lebih suka jumpa Gynae lelaki banding perempuan. Entah kenapa ye...
    Gynae or O&G has the most patients, the highest income per annum, the most expensive insurance coverage and the most stressful working condition.
    Saya awal2 lagi dah give up...

    BalasPadam
  3. bidang ni mmg stressful sbb sy ada baca novel berkaitan medic, denyut kasih medik the other day....kebanyakan doktor perempuan suke naik angin, cepat marah, terlalu emosional, thats y, patients lebih suke jumpe dr lelaki yg sy rasa lebih calm...drp doktor wanita....tapi, di malaysia, sebuah negara yng majoriti penduduk dan pesakit adalah umat islam, saya percaya bidang gynae lebih mmerlukan khidmat gynae wanita, supaya aurat wanita lebih terjaga dr sudut batas, syariat islam dan etc.. tu pendapat sy. sy ada ckp kat mama saya nak jadi gynae one day, tp beliau tak berapa suka, sbb menurut beliau bidang ni memerlukan komitmen yang terlalu tinggi....terlalu sibuk....tp saya rasa kalau kita asyik takutkan keaibukan, kepenatan, di manakah tanggungjawab kite sbb khalifah, utk menjaga syariat islam kan?

    ini hanya pendapat sy sebagai hamba Allah yang hina:)

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah. Satu cita2 yg murni. Semoga Tuhan memakbulkan cita2 awak. Dan awak dpt mengubah persepsi doktor wanita sentiasa moody, cepat marah dan less friendly.
    Tapi biasanya kalau dah sakit nak bersalin, lelaki ke perempuan ke, orang dah tak kira dah...Yg penting selamat.

    BalasPadam