Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Jun 2010

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pasangan ini telah menjadi pesakit aku sejak lebih 5 tahun yang lalu. Kedua2nya berumur awal 40-an. Selepas berkahwin lebih 10 tahun, barulah mereka mendapat cahaya mata. Selang setahun, mereka dapat satu lagi cahaya mata. Kedua2nya perempuan dan sekarang berumur 5 dan 4 tahun. Mereka sering datang ke klinik aku atas penyakit2 biasa seperti demam dan selsema. Mula2 dulu anak2nya cukup takut dengan aku tapi lama kelamaan mereka semakin mesra denganku. Tapi bukan itu yang aku nak kisahkan.

Pertengahan tahun lepas, isterinya datang berjumpa aku kerana sesak nafas. Walaupun dia takda penyakit Asthma, terdapat ciri2 serangan asthma pada paru2nya. Ada sesuatu kelainan pada sistem pernafasannya. Aku rujuk isterinya ke hospital untuk pemeriksaan x-ray. Masa itu aku langsung tak terfikir pasal kanser payu dara dan sebagainya. Selepas itu aku tak mendengar perkhabaran daripada mereka sehingga semalam bila suaminya datang untuk pemeriksaan biasa.

Aku terkejut bila diberitahu bahawa isterinya telah meninggal dunia sehari sebelum itu. Arwah menghidap Kanser payu dara tahap 4. Selepas rawatan chemo pun, penyakitnya tak boleh lagi diubati.

Ini kali kedua aku ter'missed' mengesan kanser payu dara. Kali pertama ialah pesakit Cina yang selalu datang ke klinik untuk rawatan darah tinggi. Kedua2nya hanya sampai di hospital bila penyakitnya telah berada di peringkat kritikal/bahaya. Tahap 4 bermakna sel2 kanser telah merebak ke organ2 lain menyebabkan pembedahan tidak boleh dijalankan. Apa boleh aku buat untuk mencegah perkara ini daripada berulang?

Sebagai seorang doktor lelaki, takkanlah semua pesakit wanita aku nak tanya atau raba payudara mereka? Sure kalau tak lebam biji mata, masuk courtlah jawabnya. Sexual harrassment. Rasanya lepas ni, aku nak suruh setiap suami pesakit check isterinya setiap minggu. Periksa sama ada ada benjolan atau kelainan pada payu dara isteri masing2. Perempuan biasanya tidak dapat menerima hakikat akan kehilangan aset mereka. Mereka lebih rela hilang nyawa banding hilang aset mereka itu. Rasanya persepsi ini perlu diubah. Mereka patut cepat2 pergi mendapatkan rawatan jika ada kelainan pada aset mereka. Ujian Mammogram tak sampai 250 ringgit untuk sekali pemeriksaan. Produk2 kecantikan seperti Mac atau SK11 harga ribu2 boleh beli takkanlah yang ratus2 pun nak berkira?

Rasanya mereka bukannya tak nak pergi check, mereka tak nak mendengar keputusan pemeriksaan dan mengalami trauma jika berita buruk yang mereka dapat. Mereka takut suami2 mereka lari kerana aset berharga mereka dah takda. Mungkin itu alasan2 mereka. Dan mungkin juga alasan isteriku yang belum sekalipun pergi buat pemeriksaan Mammogram. Salah aku jugak rasanya sebab tak nak hantar ke klinik...

"Sayang, minggu depan abang hantar ke klinik ya?"


2 ulasan:

  1. assalamualaikum...

    bagaimana dengan kanser payudara lelaki?

    dimana tempat boleh jalani ujian mammogram?

    di klinik2 / hospital2 kerajaan ada x?

    BalasPadam