Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Jun 2010

Aku dan Medical Check up

Semester baru untuk kemasukan ke universiti2, kolej2, politeknik2 dan sekolah2 berasrama nampaknya akan bermula tak lama lagi. Saban hari ada aje student datang nak buat medical check up. Kalau ada 100 jenis sekolah, bermakna ada seratus jenis borang yang berbeza2 dengan keperluan pemeriksaan yang berbeza2. Ada yang nak dengan x-ray dada, ada yang nak dengan ujian darah, ada nak ujian dadah, ada nak kumpulan darah dan sebagainya. Semuanya tak konsisten dan buat aku pening. Kenapalah tak diseragamkan?

Kadang2 borang pemeriksaan tu pun pelik. Ejaan dan penggunaan bahasanya banyak yang salah. Mungkin mereka tiru bulat2 daripada sekolah lain agaknya. Orang2 sastera menyalin semula istilah2 perubatan, memang lain bunyinya. Lepas tu main hentam sahaja. Malu atau malas nak bertanya agaknya. Pemeriksaan kesihatan tanya pasal jaundis, lymphatic system, thyroid system dan sebagainya. Lepas tu ujian darah mintak yang pelik2 seperti Hepatitis C, Thyroid function test, Sugar level dan sebagainya. Pening kepala aku. Lepas tu semua nak cepat. kalau boleh hari yang sama nak tahu resultnya.

Sepatutnya borang2 ini diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan. Perlu ada sistem yang lebih sempurna. Ada yang wajib dan tak wajib. Bukan main janji ada sudah. Kadang2 benda2 yang tak perlu seperti Hepatitis C dan Blood Group tu nak buat apa? Kenapa tak tanya Hepatitis A dan B sekali? Itu lagi penting apa? Blood group tu untuk apa sebenarnya?

Pada aku pemeriksaan kesihatan ni tak patut dijadikan rutin kalau ianya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Apa perlunya buat x-ray kalau pesakit tu memang sihat walafiat dan umur pun belum lebih 30 tahun? Apa yang boleh kita detect? Kanser? Batuk kering? Jantung berlubang? Malaysia ni kan dah moden. Semua orang sihat2 belaka. X-ray tu pada aku buang karan dan membunuh sel2 badan sahaja. Rasanya 100% x-ray yang aku lihat, semuanya normal. Takda seorang pun student yang failed medical check up disebabkan x-ray tak normal.

Walaupun pemeriksaan kesihatan ini sesuatu yang menguntungkan dari segi bisnes tapi dari segi moral, ianya ada banyak kekurangannya. Kalau ikutkan hati, aku nak aje sain borang tu begitu sahaja dan letak cop nama aku kerana rasanya hanya itu yang pihak sekolah tengok. Yang lain2 tu sapa nak check? Tapi ikut etika professional, aku check semua sekalilah. Biar berbaloi dengan charge yang dikenakan.

Semoga ada yang akan mengubah sistem ini satu hari nanti.

1 ulasan: