Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Jun 2010

Aku dan meja kerjaku

Ini meja kerjaku. Tempat aku menghabiskan masa dan sebahagian besar kehidupanku sepanjang 8 tahun yang lalu.

Dah masuk 8 tahun aku di sini. Rasanya tak banyak yang berubah. Cuma mainan dalam almari yang semakin bertambah dan komputer aku yang makin kecik. Buku2 kat belakang tu sekadar perhiasan dan dah lama sangat aku tak membacanya.

Akuarium tu menjadi kawan dan teman di kala kebosanan. Feng shui bagus kata patient Cina aku sebab ada aliran air mengalir. Juga MacBook aku yang aku belek2 kalau patient takda.

Barang2 wajib atas meja: suratkhabar The Star, stetoskop, BP set dan pen.

Barang2 lain yang perlu ada untuk mudah dicapai bila diperlukan:
Digital thermometer, torchlight, Obstetric Calender, calculator dan loceng. Air Ionizer tu aku pasang kalau ramai sangat patient batuk dalam bilik aku.

p.s Sepanjang 8 tahun ini, hanya 2 doktor locum pernah guna meja aku. Itupun tak lebih 5 kali mereka menggunakannya. Selebihnya hanya aku yang gunakannya di waktu pagi, waktu petang dan juga malam. Entah sampai bila aku boleh bertahan. Rasanya selagi hutang masih banyak, selagi anak2 belum mampu berdikari dan selagi pesakit2 masih memerlukan aku, selagi itu aku akan paksa diriku untuk berada di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan