Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Jun 2010

Aku dan projek sebelum raya



Raya tahun ini kena buat open house sebab tahun lepas tak buat. Ramai yang bertanya terutama kawan2 sekolah wife aku. Jadinya, kenalah cat rumah sikit. Semangat ada, cat dah ada, berus, roller semuanya dah sedia. Cuma masa aje yang takda. Bila ya?

Biasanya aku guna cat ICI ataupun Jotun. Ala, yang boleh pilih warna dan bancuh sendiri tu. Beratus2 colour boleh pilih. Naik juling bijik mata aku nak pilih.Aku bab pilih warna ni memang confirmed failed punya. Biasanya warna yang aku nak tak sama dengan yang aku pilih. Dalam kepala hotak nak warna lain, pilih warna lain, bila sapu kat dinding jadi warna lain. Kesudahannya, aku suruh wife aku pilih. Kalau dia kata OK, aku ikut aje. Cat Colourland ni first time aku guna. Kedai cat ni dekat dengan klinik aku. Dia cuma ada cat ini aje. Aku malas nak pergi jauh2. Tengoklah hasilnya nanti. Kalau tak cantik, tahun depan kena cari ICI jugaklah. Tapi ICI dah makin mahal sekarang. 5 liter dah seratus dua puluh kalau tak silap. Yang ni baru 80 ringgit. Kenalah sokong barang2 buatan Malaysia gitu.

Biasanya aku cat sendiri rumah aku supaya ada nilai2 personal touch. Tapi bila asyik sibuk aje memanjang, wife aku yang ambik alih tugas2 mengecat. Bila sama2 dah sibuk, kenalah upahkan orang. Nasib baik sedara aku tu rajin dan sanggup menolong. Kalau tidak, sendiri bikinlah. Aku pernah balik kerja pukul 10 terus mengecat sampai masuk waktu makan sahur. Esoknya demam dua hari.

2 ulasan:

  1. kalo upah wak indon buat satu rumah 2 tngkt leh cecah RM5 hibu hinggit tewww.. uhuhu

    BalasPadam
  2. Saya upahkan anak2 sedara yang tengah cuti semester. Nanti hujung minggu belanja tengok wayang dan bagi duit poket sikit. Budak2 mana boleh pegang duit banyak2, mereka tak tahu kira...

    BalasPadam