Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Jun 2010

Aku dan rasuah?

Specialist at Selayang Hospital arrested over graft

KLANG: A prominent medical specialist attached to the Selayang Hospital was arrested yesterday by the Selangor Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over allegations of graft.

The man, who heads a department and is a Datuk, had allegedly taken bribes from a medical equipment company.

He is scheduled to be charged at the Shah Alam Sessions Court today.

According to sources, the specialist had been under MACC scrutiny for several months and had been summoned for questioning yesterday and was arrested immediately after questioning.

It is learnt that the specialist had received his datukship from the Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail in conjunction with the ruler’s 67th birthday last month.

When contacted, Selangor MACC director Datuk Jaafar Mahad confirmed the arrest and said investigations into the allegations had been completed.


Ini berita dalam akhbar The Star hari ini. Tapi ini cerita lama. Daripada aku student sampai sekarang, 'perniagaan' seperti ini masih berterusan dan pasti tidak akan berakhir. Aku pasti ini cerita daripada Unit Orthopedik atau 'wad patah.' Selagi ada orang accident, patah kaki dan tangan, kena pembedahan untuk masukkan besi atau plat, selagi itulah perniagaan ini akan berterusan. Begini senarionya..

Di hospital2 kerajaan, pihak kerajaan hanya menyediakan doktor bedah, bilik bedah dan peralatan2 pembedahan sahaja. Barang2 yang perlu digunakan oleh pesakit seperti skru dan plat tidak disediakan dan pesakit perlu membelinya sendiri. Barang2 ini boleh dibeli daripada kedai2 tertentu sahaja dan untuk memudahkan kerja, biasanya staf2 hospital termasuk doktor menjadi orang tengah/agennya. Jadi syarikat2 besar yang menjual barang2 ini saling berlawan antara satu sama lain supaya barang2 mereka lebih banyak digunakan. Satu cara ialah berbaik2 dengan ketua jabatan atau senior consultants. Ada banyak cara nak berbaik2 dengan mereka seperti belanja makan, sponsor bilik hotel, sponsor pergi conference kat luar negeri, bagi hamper dan yang paling bagus ialah bagi komisen untuk setiap barang yang dijual.

Pada aku ianya tak jadi salah sebab semua orang dapat untung. Pesakit untung, doktor untung dan yang jual barang pun untung. Yang rugi ialah doktor2 cabuk yang tak dapat apa2 share. Itu sebab kes sampai kat MACC tu. Kalau semuanya termasuk doktor2 cabuk pun dapat bahagian masing2, takkan ada kes punya.

Pesakit memang kena beli plate/skru sendiri. Kerajaan memang takda sediakan. Daripada pesakit kena susah payah nak pergi cari kat kedai2, biarlah pihak hospital uruskan. Kalau harga plate/skru tu 600 ringgit, pesakit mungkin kena bayar 800 ringgit sahaja. Tapi kalau doktor tu mark up sampai 2000 ringgit, itu memang tak fair lah. Dan itulah yang berlaku di hospital swasta. Tapi takpa. Syarikat insurans yang bayar. Apalah nak dihairankan dengan duit 800 ringgit itu. Handphone ribu2 boleh beli, takkanlah plate/skru tak boleh beli?

Berbalik kepada masalah rasuah tadi, aku rasa MACC hanya setakat berjaya tangkap dan sebar dalam akhbar sahaja. Bila bicara dalam court semuanya lepas. Takda seorang pun sangkut.

Masa aku jadi MO cabuk kat district hospital dulu, aku ada gak berniaga jual simen fiberglass. Korang pernah patah tangan tak? Kalau korang patah tangan dan dirawat di hospital kerajaan, tangan korang akan disimen dengan Plaster Of Paris(POP) yang berat, gatal dan tak tahan lama tu. Setakat itulah yang kerajaan mampu beri kat korang. Tapi cuba korang di rawat di hospital swasta. Korang akan dapat simen/cast fiberglass yang lebih ringan, keras, tak gatal dan tahan lasak. Korang siap boleh pilih lagi colour apa korang nak.

Ini bisnes sampingan aku masa kerja kat wad kecemasan dulu. Aku share partner dengan seorang MA , beli simen fiberglass tu dan simpan kat wad. Kalau ada patient patah tangan atau kaki dan perlu disimen, aku beri 2 pilihan. Nak simen biasa atau nak fiberglass? Kenalah keluar duit sikit kalau nak barang lagi bagus dan berkualiti. Kalau musim kemalangan dan ramai yang patah tangan dan kaki memang lumayan hasilnya. Lepas aku berhenti kerja, bisnes tu terjejas teruk sebab takda doktor lain nak ambik alih. Bila aku takda, ramailah yang berani bukak mulut dan mengadu kat management. Akhirnya, bungkus sebab masing2 nak untung tapi tak nak keluar modal.

1 ulasan:

  1. dulu masa kecik me pernah jatuh tangga patah tangan (siku), masa teww ayahnda me x hantar gi spital, dia hantar berurut dgn bomoh kampung jer.. sampi sekang masih bengkok.. uhuhu

    BalasPadam