Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Jun 2010

Aku dan sport rim


Ini kat kedai lain; Rim 17" plus 4 tayar Continental 215/50/17" harga RM2300 selepas trade in old rims.

Ini sport rim 17" yang aku dah berkenan. Harga RM1800. Kalau masuk tayar 215/50/17 4 biji semua sekali 3 ribu lebih. Trade in sport rim yang lama, tauke kedai mintak aku 3 ribu...

Inilah sport rim 17" yang aku beli untuk Proton Perdana aku. Aku beli dengan menggunakan keuntungan tahun pertama aku bukak klinik iaitu kira2 7 tahun yang lalu. Bila aku tukar ke Honda CRV, aku pindahkan sport rim ini kat kereta baruku. Malangnya bila aku tukar ke Estima, lubangnya tak ngam pulak. Sport rim ni ada 4 lubang, manakala Estima 5 lubang. Maka terpaksalah aku jual CRV dengan rim2nya sekali. Sampai sekarang aku masih teringat2kan dia.

Balik daripada Terengganu, baru aku perasan tayar aku dah semakin haus. Nasib baik masa nak elak kambing tempohari, cengkaman tayar aku kuat lagi. Kalau tidak, dapat aku makan daging salai free2 aje. Tak pun dapat lebam sebelah mata kena hentam dengan tuanpunya kambing.

Aku cadang nak tukar tayar dan rim sekali nanti. Sekarang ni aku pakai Original rim 15" dengan tayar Yokohama. Dah 3-4 kali buat alignment/balancing dan setiap kali ke kedai, apek tu asyik cucuk aku suruh tukar rim baru. "Kereta cantik2 apasal pakai rim basikal?" Panas aje telinga mendengarnya. Nasib baik aku dah tak join MEOG. Kalau tidak, lagi panas dan berasap telinga aku...

Berikut adalah rim yang aku minat.
Pilihan pertama:


Pilihan kedua:


Pilihan ketiga:


Pilihan keempat:


Dan akhir sekali, nak tukar rim 17" ke rim 18"? Hmmmmm...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan