Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 Jun 2010

Aku dan Tata Etika Produk Susu Formula






Menurut Tata Etika Produk Susu Formula Bayi tahun 1979 (pindaan 1995), susu ibu adalah makanan dan pemakanan terbaik untuk bayi. Tata etika ini meliputi prinsip2 asas bagi pemasaran dan maklumat barangan untuk semua Produk Susu Formula Bayi (termasuk botol dan puting susu) di Malaysia. Ini adalah untuk mempertahankan keunggulan susu ibu bagi membantu pemakanan bayi yang selamat dan lengkap melalui perlindungan, penggalakan dan sokongan penyusuan susu ibu.

Industri Susu Formula Bayi hendaklah:
1. akur dan mematuhi Tata Etika ini.
2. memastikan kakitangan syarikat mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai etika ini.
3. tidak memasarkan, menggalakkan atau mengiklankan produk mereka untuk mencabar keunggulan susu ibu atau cuba bersaing dengan susu ibu.
4. tidak memberi sampel percuma kepada orang ramai dan klinik/hospital.
5. tidak mengiklankan produk mereka di tempat2 awam terutamanya hospital, klinik ataupun melalui media massa.
6. tidak terlibat dengan pertunjukan bayi (0-36 bulan).
7. tidak mendapatkan secara langsung atau tidak langsung nama dan alamat ibu2 mengandung bagi tujuan promosi.
8. memberi insentif kepada kakitangan kesihatan sebagai dorongan untuk mempromosi produk mereka.
9. tidak mempamerkan produk susu formula bayi dalam apa jua persidangan atau forum.
10. tidak membenarkan kakitangan syarikat memakai pakaian seragam yang serupa dengan kakitangan kesihatan.

Sebagai seorang doktor:
1. aku mesti menggalakkan penyusuan susu ibu sekurang2nya sehingga usia bayi 6 bulan.
2. aku tidak boleh menerima sebarang sampel susu formula untuk diberikan kepada ibu/bayi berumur kurang 6 bulan.
3. aku tidak boleh menggalakkan, memasarkan atau mengiklankan susu formula di premisku.
4. aku tidak boleh membenarkan syarikat2 susu mengambil data2 pesakit aku untuk tujuan promosi.
5. aku tidak boleh mempamerkan produk susu formula dan seboleh2nya disorok daripada pandangan umum.
6. aku tidak boleh memberi keutamaan kepada mana2 produk susu formula.
7. aku tidak boleh terlibat dalam sebarang pertunjukan bayi.

Jika Tata Etika ini dicabuli, penaltinya adalah:
1. Amaran bertulis.
2. Penggantungan penapisan semua bahan baru untuk 1-2 tahun.
3. Pemberitahuan kepada WHO dan UNICEF.
4. Pemberitahuan kepada Persatuan Antarabangsa Pengeluar2 Makanan Bayi.
5. Kenyataan akhbar.
6. Senarai hitam daripada memasuki tender2 kerajaan.

Bagi doktor pula, tiada denda atau penjara dikenakan cuma amaran bertulis sahaja supaya mematuhi etika.

Tengahari tadi, ada beberapa orang jururawat dan pengawai zat makanan daripada pejabat kesihatan daerah datang ke klinik aku. Tujuannya adalah untuk mendapat maklumbalas terkini tentang syarikat2 susu formula juga mengambil bukti2 daripada klinik aku.

Perniagaan susu formula adalah sangat menguntungkan rasanya. Syarikat2 susu formula antarabangsa sangat agresif tentang pengiklanan dan penjenamaan mereka. Mereka juga cukup kreatif dalam mempromosikan produk2 mereka. Kalau ikut tata etika semuanya tak boleh tapi mereka boleh memanipulasi menjadikan ianya boleh dan dibenarkan. Kalau kerajaan kata tak boleh beri sampel percuma, mereka akan keluarkan invois menunjukkan aku beli produk2 tersebut. Walaupun sampel tu harganya RM5, mereka charged aku seposen sahaja sebagai syarat. Mereka juga beri aku macam2 goodies seperti botol pasir, tanglung, kuih bulan, pen, kereta mainan, kerusi dan sebagainya supaya aku ingat produk2 mereka. Orang nak beri, aku ambik ajelah. Bukannya rugi apa2pun. Kerajaan ada beri aku apa? Sebatang pen pun tak pernah.

Kalau kita perhatikan, harga susu formula semakin lama semakin mahal. Kalau zaman anak2 aku kecik2 dulu, sekitar 25-35 ringgit untuk 1.2kg sekarang ni ada yang mencecah 80 ringgit satu tin. Mula2 dulu disebabkan kos bahan mentah yang mahal, lepas tu kos pengangkutan dan sekarang disebabkan susu formula dibuat hampir menyamai susu ibu dengan ditambah bermacam2 jenis vitamin seperti DHA, AA, probiotic, Taurine, Choline, Iron, Calcium, Phospolipid dsbnya. Mereka tak sebut pasal kos pengiklanan dan penjenamaan termasuk goodies yang diberi kat doktor2 seperti aku.

Rasanya kerajaan perlu keluarkan susu tepung sendiri. Susu tepung yang simple untuk bayi yang tak perlu tambah macam2, tak perlu diiklankan, tak perlu dijenamakan. Cukuplah disebut susu bersubsidi. Jadi harganya taklah mahal sangat.

Antara sebab aku tak nak ada anak kecik lagi ialah kos nak membesarkan mereka yang semakin mahal. Kos susu formula, kos lampin, kos hantar ke childcare, kos demam batuk selsema, kos mainan, kos pakaian, kos kindergarten, kos tiution, kos belajar piano, kos belajar tae kwan do,dsbnya. Segala2nya serba mahal sekarang.

Lebih baik bela kucing dan ikan sahaja nampaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan