Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Jun 2010

Aku dan waiting list

Long waiting list atau giliran senarai menunggu yang panjang untuk satu2 temujanji, prosedur atau pembedahan di hospital2 kerajaan adalah satu lumrah atau kemestian. Sehingga sekarang rasanya tempoh masanya masih tak berubah2. Temujanji untuk jumpa doktor pakar antara 2 minggu hingga satu bulan. Temujanji untuk special x-ray sekitar 2 bulan hingga 6 bulan. Dan temujanji untuk satu pembedahan yang tidak kritikal kadang2 hampir setahun.

Bermula dengan arwah pakcik aku. Beliau mengalami penyakit injap jantung yang kronik semasa hayatnya. Beliau keluar masuk hospital lebih dua tahun dan dua kali dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur namun tarikh pembedahan injap jantungnya asyik ditunda sahaja atas alasan2 yang remeh. Setahun selepas kematiannya, barulah datang surat daripada IJN untuk menjalani pembedahan. Kematian arwah pakcik aku adalah antara penyebab mengapa aku bertekad untuk menjadi doktor. Aku pernah menemani arwah selama seminggu di Hospital Kuala Lumpur. Dalam tempoh itu aku sebagai waris merasakan diriku ibarat sampah sepanjang berada di hospital.

Apa yang aku perhatikan ialah, staf hospital tidak pernah menghargai pesakit sebagai seorang manusia. Yang diingat oleh nurse, doktor dan medical student ialah pesakit katil 23 dengan severe MS with heart failure. '' Mana patient katil 23 ni? " ," Ujian darah katil 23 dah balik ke belum?". Tiada sedikit pun tanya " Pakcik Salleh dah makan?, Pakcik Salleh apa khabar? , Boleh tak kami dengar bunyi jantung Pakcik Salleh?" Aku sebagai waris terdekat yang datang daripada kampung tidak pernah diberitahu pasal penyakit arwah atau perkembangannya. Tahu2 disuruhnya balik. 2 minggu lagi datang lagi untuk follow up. Mereka tak fikir langsung pasal betapa susahnya kami datang daripada jauh dengan membawa sejuta harapan agar arwah boleh balik dengan lebih sihat sekurang2nya. Pada aku, keadaan arwah semasa masuk dan keluar hospital lebih kurang sama sahaja. Setidak2nya adalah doktor yang sanggup duduk dan bercerita dengan kami tentang keadaan kesihatan arwah. Jadi senanglah aku nak cerita kat orang2 kat kampung.

Masa aku incharge jaga wad, seboleh2nya aku ingin berkenalan dengan waris2 pesakit. Aku selalu meluangkan masa bertanya dan bercerita dengan mereka tentang keadaan pesakit. Walaupun mereka selalunya segan atau malu nak bertanya dengan doktor, aku selalu meramahkan diri dengan memulakan perbualan dengan mereka. Sesungguhnya mereka cukup teruja untuk berbual2 dengan doktor dan aku nak menukar persepsi mereka tentang doktor2 hospital kerajaan yang jarang senyum, suka marah2 dan kononnya sibuk 24 jam.

Berbalik kepada isu waiting list tadi. Aku ada satu pesakit perempuan berumur sekitar 30-an. Beliau berbangsa Filipina dan mempunyai 3 anak. Beliau collapsed dan hampir2 kehilangan nyawa semasa melahirkan anaknya yang ketiga. Mujurlah beliau berjaya diselamatkan dan beliau disahkan menghidap penyakit yang sama seperti arwah pakcik aku. Seperti arwah pakcik aku, beliau juga dah 2 tahun menunggu untuk pembedahan injap jantungnya. Dah beberapa kali tarikh pembedahan ditunda kerana alat tak cukuplah, mesin rosaklah, doktor cutilah dan sebagainya.

Tengahari tadi dia datang ke klinik aku selepas mengadu sesak nafas. Bila aku periksa, keadaannya masih seperti selalu. Tekanan darahnya stabil, jantungnya stabil dan tiada tanda2 kegagalan jantung. Dia mengalami tekanan kerana penat membuat kerja rumah sebenarnya. Beliau duduk bersama famili suaminya seramai 16 orang dan kerja2 rumah semua dia kena buat. Itu masalahnya dan setakat ini jantungnya masih boleh bertahan lagi. Setiap kali dia stress, dia mesti cari aku punya. Dia takut nyawanya tak cukup panjang untuk menunggu tarikh pembedahannya yang tidak kunjung tiba.

Bilalah keadaan ini akan berubah? Dah 20 tahun rasanya dan semuanya masih tetap sama. Kena tunggu dan tunggu dan tunggu. Sampai bila ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan