Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

21 Jun 2010

Aku ke Johnny's lagi

Sempena double celebrations iaitu Harijadi aku dan Hari Bapa, aku bawa famili aku makan kat luar. Kali ini aku ke Restoran Johnny's di Jaya Jusco Taman Universiti. Ini kali kedua aku ke sana. Lokasinya hampir dengan rumah aku, layanan stafnya bagus, suasananya selesa dan makanannya pun boleh tahan sedap. Banding tempat lain, kat sini pelanggannya tak ramai walaupun di hujung minggu. Jadi, semuanya cepat dan pantas.

Semua orang order nasi sorang satu sebab dalam famili aku, kalau makan takda nasi memang tak sah. Aku try Nasi Goreng Belacan RM6.90, anak2 dan wife order Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Sayur. Harganya sama sahaja iaitu RM 6.90 sepinggan.

Appetizer: Manggo Salad RM 5.90

Wife mesti nak Air Kelapa Muda RM 5.00 dan Salad Mangga. Itu wajib.

Steamboat Set B RM29.90; ada sayur, udang, ayam, daging, telur dan mee hoon. Sedap makan panas2 sambil cicah dengan sosnya.

Pencicah steamboat ini yang paling sedap pada tekak aku. Ini free aje.

Dan akhir sekali sebagai dessert: Water Chestnut in Coconut Milk RM3.80.

p.s Rancangan tv paling aku suka tengok sekarang ialah program Warung Kita di ASTRO Prima. Aku cakap kat anak2 aku, kalaulah aku boleh jadi pengacara rancangan tu kan best. Boleh jalan2, makan2 dan masuk tv sekali. Yang hairannya, Farouk tu makan bukan main kuat lagi tapi badan boleh maintain slim aje. Lain benar banding Maria Tengku Sabri di rancangan JJCM. Cuma rambut Farouk nampak makin nipis sebab banyak sangat makan Aji-no-moto agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan