Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

02 Jun 2010

Aku menang tiket KONSERT DOUBLE TROUBLE

Aku tunggu2 juga email ini bila mereka kata keputusan dah diumumkan. Aku ingat aku memang takda harapan sebab 2 hari tunggu, langsung takda email masuk. Pagi ini baru dapat.

Inilah pertama kali aku join contest seperti ini. Dan inilah pertama kali aku menang. Aku bukan nak menang sangat pun cuma nak try test aje. Tak sangka. Tapi sedih aku katakan, aku tak dapat nak tengok konsert ini. Tiket tu aku kena kasi kat orang lain. Aku dah ada komitment lain pada hari dan masa tersebut. Sedih...Ada sesiapa berminat?

Hai Nuffnanger,

Tahniah! Anda telah memenangi DUA (2) tiket Konsert Double Trouble 2 yang akan berlangsung di;

Tempat : Stadium Larkin, Johor Bahru
Masa : 8.45pm
Tarikh : 5 Jun 2010

Sila tuntut tiket anda dari pejabat Nuffnang KL di alamat;

Nuffnang Sdn Bhd (762669-K)
12B-5 & 12B-6, Heritage House,
33 Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur,
Tel : 03 2694 8828

Pejabat kami dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang kecuali cuti umum.

Saksikan persembahan artis-artis rock tanah air, Amy Search dan Wings Sabtu ini! Jangan ketinggalan Konsert Double Trouble 2 kerana konsert ini bakal mengegarkan bandar Johor Bahru.

Jumpa anda di sana!

Tiket konsert ini adalah tajaan penganjur konsert kepada para blogger yang meminati artis musik rock tanah air, Amy dan Awie. Semua tiket yang diberi adalah tiket tajaan dan tidak boleh ditukar hak milik ataupun dijual.

Yang Ceria
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

2 ulasan:

  1. tahniahnyerrr.. jangan luper tembak pakai eos vanyak vanyak ghitewww.. ehehe

    BalasPadam
  2. Saya pun tak sangka boleh menang.
    Memang nak pergi tapi tak dapat.
    Sedih.
    Takpa. Saya boleh tembak langit kat Pantai Timur
    hujung minggu ini.

    Salam perkenalan.

    BalasPadam