Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Jun 2010

Rumahku menternak Aedes?










Inilah kali kedua berlaku demam denggi di kawasan rumah aku. Selang 4 buah rumah daripada rumahku, ada anak jiran aku berumur 15 tahun dimasukkan ke wad kerana disyaki demam denggi. Pagi tadi ada pekerja kesihatan datang tampal notis kat pintu gate rumah aku. Mereka nak check rumah aku untuk cari jentik2.

Memanglah rumah aku semak- samun dan banyak pokok2 tapi aku tak menternak nyamuk. Kolam ikan aku kering dan satu lagi airnya sentiasa mengalir. Tiada pasu2 yang menakung air. Tapi rasanya mereka tetap suspect nyamuk aedes tu datang dari rumahku. Jadi petang tadi bila mereka datang, aku bukak pintu gate, pintu dan tingkap besar2. Biar asap tu masuk ke setiap ceruk rumah aku. Biar semua nyamuk dan cicak yang ada mati sesak nafas.

Daripada dulu lagi aku dah perhatikan. Ramai orang suka buang sampah merata2. Kalau mat2 indon atau pekerja2 kontrak mesin rumput depan rumah aku, mereka akan berkelah kat bawah pokok depan rumah tu. Lepas tu bekas2 makanan ditinggalkan begitu sahaja. Kalau hujung minggu aku check, memang dah jadi tempat air bertakung. Menyumpah seranah aku memunggut sampah2 peninggalan mereka. Begitu juga dengan mamat2 motor yang lalu kat jalan besar tu. Minum beer ke, air tin ke, botol2nya dicampak kat celah2 pokok bunga aku. Itu semua kerja aku ke untuk tolong bersihkan?

Aku malas nak fikir macam2. Yang penting, aku dan familiku semuanya tetap sihat. Kucing2ku sihat dan ikan2 peliharaanku juga sihat. Yang lain2 tu pandai2lah jaga diri sendiri.


1 ulasan: