Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Aku ke Johor Specialist Hospital

Aku baru aje balik dari Johor Specialist Hospital (JSH). Kakak ipar aku kena heart attack 2 minggu lepas. 5 hari yang lalu dia buat Angiogram dan terdapat salur darah yang tersumbat di dua tempat. Jadinya petang tadi dia buat prosedur stenting untuk betulkan salur darah yang tersumbat. Itupun dah postponed 3 kali sebab tiada katil kosong di CCU.

Kata abang ipar aku, prosedur dijalankan tanpa sebarang masalah tetapi selepas 4 jam, tiba2 tekanan darahnya turun mendadak. Telah berlaku pendarahan dan doktor tak pasti dimana puncanya. Mula2 kami semua risau jika pendarahan berlaku di tempat yang dibubuh stenting tu sebab jika itu berlaku, pembedahan besar berisiko tinggi perlu dijalankan. Nasib baik itu tidak berlaku dan pemeriksaan angiogram mengesahkannya.

Semasa kami balik tadi, kakak ipar aku sudah beransur pulih di katil CCU. Tekanan darah kembali stabil selepas satu pint darah digantikan. Semoga beliau terus pulih dan kembali menjalani hidupnya yang normal. Amin.

Klik ini untuk mengetah…

Aku dan bil hospital

Pernahkah anda bertanya kat doktor2 anda pasal bil2 yang dikenakan ke atas anda? Adakah anda terus sahaja bayar berapa sahaja yang diminta tanpa keraguan? Rasanya tak ramai yang berani bertanya kerana sesungguhnya doktor seperti aku malas nak berkira2 pasal harga dengan pesakit2nya. Tetapi tengoklah jumlah bil di atas. Banyakkan?

Bil di atas adalah rawatan untuk membuang tonsil ke atas seorang budak lelaki di sebuah hospital swasta di Johor. Kos pembedahan dan duduk wad sehari semalam dah hampir 7 ribu ringgit. Walaupun bapa pesakit tak bayar sesen pun sebab syarikat insuran yang bayar, padaku ianya sangat2 berlebih2an. Tengok berapa aje yang doktor dapat. Selebihnya untuk bil2 pengurusan termasuk "medical supplies" yang mencecah 3,500 ringgit. Agak2 medical supplies tu apa ye? Kalau diitemised mungkin harga untuk gauze yang digunakan, sarung tangan, drip set, branula, bed pan, O2 mask, syringe, needle,etc. Kalau aku boleh charged se detail itu, memang hujung tahun boleh jadi…

Aku dan manusia gila seks

Apa nak jadi dengan dunia hari ini? Dah tiada siapa lagi yang boleh dipercayai. Driver bas anak2 pergi sekolah pun langsung tak boleh pakai. Habis, siapa lagi yang boleh dipercayai? Nasib baik anak2 aku semua pergi dan balik sekolah tak naik bas. Kalau tidak, semalaman aku tak boleh tidur gamaknya.

Gilalah semua ini. Sakit hati aku. Migraine dah datang...
Act now to protect our kids from violenceWITH reference to your story on an innocent child raped and another molested in broad daylight, Childline Malaysia and our partner link organisation, which are setting up Malaysia’s first non-profit 24-hour dedicated child helpline, are dismayed at the escalation of such crimes. This is unacceptable and we must take charge now and take action to put a stop to such acts of violence against children. We want to see immediate justice and the harshest punishment possible for such perpetrators in the interest of all. Children by nature are very vulnerable and they have rights to protection and…

Aku dan homoseksual

A good article to read during weekend.

I was told that 5% of human population is gay. I had seen 3 patients so far who confessed and asking for helps. All 3 were married, had kids but claimed 'not satisfied'. I don't know what to do.

From the book " Why Men don't Listen and Women can't Read Maps by Allan and Barbara Pease ", I learned that there is a 'gay gene' at X928 region of the X chromosome. This gene have 50-70 percent penetrant, meaning those carrying these gene had 50-70% chance to become gay at later life. It was depend on the testosterone level during 6-8 weeks conception. The book also said that there is no solid evidence that upbringing affects the likelihood of a child becoming homosexual and homosexuality is an orientation that is unalterable. It's not a choice.

Is it true?
Homosexuality 101:
What Every Therapist, Parent, And Homosexual Should KnowJulie Harren, Ph.D., LMFTHomosexuality is an issue that has often been mishandled by …

Aku dan minggu ini

Breakfast at usual place: Teh Tarik kurang manis with Roti Telur Bawang.

Dah 4 hari ini aku sibuk memanjang. Kena kerja daripada pagi sampai malam. Lepas tu kena jadi driver anak2 pulak. Hari ini mendung dari awal pagi. Lega, klinik lengang pagi ini. Dapatlah aku buat kerja2 pejabat dan paperwork yang dah tertangguh sejak minggu lepas.

Minggu ini aku cukup sibuk. Sehari tak kurang 60 orang pesakit aku. Ramai yang tanya soalan bukan2. Pecah kepala aku nak tolong menjawabnya. Kalau orang2 Malaysia senang sikit. Mereka faham bahasa. Kena mamat Bangla dan Vietnam, kena migraine aku kat situ jugak.

Minggu ini ramai gak mamat Bangla datang klinik aku. Sakit bukan2, komplen macam2. Ada seorang ni 3 kali datang klinik bulan ini. Sakitnya kat sekitar pusat aje. Aku check macam tak da apa2 tapi 3 kali komplen benda yang sama. "After eating, pain come. Sometimes hard, sometimes little2. Sometimes, cannot sleeps. Body no power. Eating no good. Sleeping problem." Boleh gila aku kalau 10 or…

Aku dan exercise

Cadang nak beli mesin senaman kat rumah. Berat badan dah over dah ni...Nak jogging, hujan aje memanjang; nak naik basikal, tak larat nak daki bukit; nak berenang, tak pandai...Kita baca review dulu. Bagus ke tidak simpan mesin ni kat rumah.

Home exercise equipment - How useful?


RIDERS, walkers, treadmills, abdominal exercisers ... fitness gadgets that allow you to exercise at your convenience and in the privacy of your own home are the "in" thing now. Infomercials and advertisements convince you that the pricey gizmos you see are the ultimate item to own. What is the whole truth about home exercise machines? For the puzzled and the perplexed, we compiled several interesting facts about some popular exercise equipment from Consumer Reports and Nutrition Action Healthletter as a guide.

WALKERS: Incomplete workout



TO use a walker, sometimes called a strider or glider, you position your feet on two platforms connected to swinging &…

Aku dan surat sokongan

Report politicians who seek favours, civil servants told
SEREMBAN: Civil servants must report to their superiors in writing if they are asked “favours” by politicians and the well-connected in the awarding of government contracts. The directive covers recommendations of sila timbangkan (please consider), disokong dengan kuat (strongly recommended) and saya tiada halangan (no objections) made in all forms – written, spoken, email, telephone call or SMS – for contracts, permits, licences, citizenship and scholarship awards. Chief Secretary to the Government Tan Sri Sidek Hassan, who made this clear in a recent circular, stressed that all decisions must be based on merit. “Recommendations made by politicians or influential people should not in any way influence the decisions of the Government. We have come up with a comprehensive set of rules to check this because civil servants are often caught in a bind with requests or recommendations from politicians and influential people…

Aku dan spot diagnosis

Sakit apa ini?
Apa yang kau nak cakap kat patient ini?
Dan rawatannya?
Ada hadiah kepada pemenang.

klik ini untuk jawapannya.

Aku dan Health Screening

Be aware of health screening risks, says docPETALING JAYA: Doctors and patients are encouraged to choose personalised and tailor-made health screenings over commercialised screenings, said an International Medical University (IMU) consultant physician. Dr Verna Lee Kar Mun said every individual had different risk factors to certain diseases. “Screening is an important aspect of prevention but not all diseases are suitable for screening,” said the IMU senior lecturer. She was giving a talk entitled “To Screen or Not to Screen?” at IMU in Bukit Jalil yesterday. Dr Verna described the mass health screening programmes from hospitals, clinics, hotels and laboratories, sold in packages at different rates, as “commercialised”. She advocated the need for both patients and doctors to take pro-active roles to ensure only proper and necessary health screenings were performed. “Patients need to be aware of their health risk and discuss them with their doctors to find out which screening i…

Aku dan pembaziran kerajaan

Aku sokong 100%.

Putting the cart before the horseTHE white elephant that we used to talk about for many years was the KL International Airport (KLIA), built at a reported cost of RM10bil and completed in 1998 at the height of the great Asian recession. Its pristine, pretty halls and walkways remained empty for years and still are during certain times to this very day. In fact, the low-cost carrier terminal, across from it at the same landing facilities, is a veritable hive of activity compared to the main airport. Now there are a slew of other projects already in the pipeline and being built which are likely to be ready soon but with no one to supply their services to. And their total cost will eclipse that of the KLIA several times over. They include the RM30bil-plus double-tracking project (three times the airport cost and the largest single infrastructure project to date), the over RM7bil Bakun dam project in Sarawak, and the estimated RM9bil Pahang-Selangor water transfer…

Aku dan hari ini

Demi Nasi Ambeng, aku sanggup drive ke rumah emak aku untuk makan tengahari di sana. Sebagai berketurunan Jawa, ini adalah resepi favorite aku terutamanya jika emak aku yang masak. Sambal goreng dan kerabu pucuk ubi adalah yang paling aku suka. Apatahlagi kalau makan atas daun pisang.

Lepas kerja, aku terpaksa memenuhi permintaan pesakit aku untuk melawat sedaranya yang baru keluar daripada wad. Kg Sri Gunung Pulai kira luar kawasan aku tetapi apa nak buat. Dah dipaksa dalam rela. Aku jarang menghampakan harapan orang.


Ini keadaan kaki pakcik yang berusia 70 tahun. Beliau menghidap diabetes dan lebih banyak menghisap rokok berbanding memakan ubat. Aku buat mana yang terdaya. Aku tak jangka umurnya dapat melihat kakinya sempat sembuh sepenuhnya. Ada lima pemetik api kat atas mejanya. Ubat diabetes aku langsung tak nampak.

Sebelum maghrib, aku sembang2 sambil makan malam di Gazebo Place dengan Ezanee dan Neil Amri. Bila 3 lelaki bertemu, cerita yang paling menarik semestinya pasal kereta, …

Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku tak rasa diri aku bagus sangat. Aku juga tak rasa diriku perfect. Tetapi setiap kali aku tengok pesakit2 aku, aku cuba menjadi yang terbaik. Aku cuba sedaya upayaku untuk menolong dan membantunya. Aku tak mengharap semua pesakit2ku mengikut sepenuhnya nasihat2ku. Tapi aku harap setiap kali mereka datang jumpa aku, mereka balik dengan rasa gembira dan senang hati. Padaku, aku tak perlu beri ubat mahal2 kat pesakitku supaya mereka kekal sihat. Yang penting ialah menolong mereka memahami dan menjaga kesihatan mereka seterusnya mencegah penyakit daripada datang. Kadang2 dengan sedikit nasihat, pesakit tak perlu makan ubat macam2 untuk kembali sihat.

Semalam ada satu makcik sekampung dengan emak bapak aku datang jumpa aku. Dia dah ada penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolesterol semenjak lebih 10 tahun yang lalu. Dia biasanya ambik ubat kat klinik kesihatan sahaja. Setiap kali pergi, mesti kena marah dan bebel dengan nurse sebab gula dan darah tingginya…

Aku dan nasihat mufti

Islam itu sepatutnya satu agama yang mudah. Kenapalah disusah2kan? Kenapalah diconfusedkan orang2 biasa macam kita? Nampaknya, aku kena sorok jersi2 Brazil, Portugal, Sepanyol dan Manchester United aku. Takpun jadikan kain lap alas kaki.
No ‘religious ban’ on MU jerseys, says Perak mufti KUALA LUMPUR: There is no “religious ban” on Manchester United jerseys despite statements by several prominent Islamic scholars urging Muslims not to don the Premier League club’s shirts because the emblem features a devil. Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the wrong values for Muslims but that did not mean they should be banned. “A fatwa on the matter is not necessary as it is clearly wrong for Muslims to wear shirts with devils and other unIslamic symbols because it is against the teachings of Islam,” he said yesterday. Apart from Manchester United, which is also known as The Red Devils, other football teams whose crests carry images dee…

Aku dan Sang Siput(2)

Ini entri orang bosan.Entah hapa2 aje cerita.

Siput babi atau nama sainsnya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.

Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan.

Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Disesetengah negara, siput babi dikatakan dima…

Aku dan hari ini dalam sejarah

Ini musim durian punya pasal. Orang tak pernah kena kencing manis tiba2 paras gula boleh naik sampai 20.1 mmol/L. Kalau tak kerana pesakit ini dirujuk kepadaku oleh pesakitku juga, tak kuasa aku nak buat operation kat pesakit ini. Inilah bisul/Carbuncle paling besar pernah aku potong. 15 cm x 15 cm. Seminggu lebih dia simpan kat rumah dengan menyapu dedaunan untuk mengecutkannya tapi pisau ditanganku sahaja yang boleh menyembuhkannya.
.
Ini keadaan belakang pesakit ini sebelum aku buat operasi potong dan picit. Kalau diikutkan aku patut hantar ke hospital untuk pembedahan yang lebih sempurna tetapi memandangkan aku dah putus harap dengan staf2 hospital, terpaksalah aku buat sendiri. Aku dah cakap dengan pesakit aku buat sekadar yang termampu dan dia setuju. Mati hidup balik pun dia tak nak ke hospital.

Kira2 300ml nanah+ darah berjaya aku keluarkan dalam masa 20 minit.

Aku potong kecik aje, 2cm x 2 cm. Kulit tebal daa. Scapel blade pun tak lut. Esok kena datang balik untuk dressing dan te…

Aku dan sang siput

Dah berbulan aku cuba elakkan siput daripada makan daun kat pokok di laman rumah aku. Tapi mereka suka bebeno kat daun pokok yang satu ini. Sedap sangat agaknya.

Ini Sang Bapak.

Ini Sang Ibu,

Ini Sang Anak,

Ini satu keluarga Sang Siput yang aku sempat kutip pagi ini.

Nanti aku nak try letak seekor dua kat pokok yang dikatakan beracun tu. Betul ke daun pokok tu memang beracun. Kira macam animal testing gitu. Giler kau nak test kat diri sendiri. Jangan PETA cari aku dahle...

Aku dan pokok beracun?

Aku terima email ini semalam daripada kawan lama di SMSJ. Betul ke tidak aku tak pasti. Tapi kalau nak kepastian, cuba korang gigit dan kunyah daunnya. Tengok apa jadi lepas 15 minit.Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang t…

Aku dan ubat selsema

Sejak dua menjak ni, ramai pesakit mengadu kat aku bahawa ubat selsema aku dah tak "power" macam dulu. Kalau dulu makan sebiji dua dah OK tapi sekarang habis sepapan pun tak baik2 jugak. Jadi, sebelum pesakit2 aku lari mengadu kat tempat lain, mana2 yang selsema teruk aku bagitahu awal2 bahawa ubat selsema aku dah tak "power" macam dulu. Ini sebabnya.

Kalau selsema yang biasa2, ubat2 yang mengandungi antihistamines dah cukup dah. Tapi kalau hidung sumbat, mata berair, kepala sakit, itu nak kena yang ada Pseudoephedrine barulah "power". Pseudoephedrine(PSE) inilah yang paling bagus sebagai nasal decongestant. Biasanya PSE dicampur dengan bahan2 lain seperti antihistamine, Guaifenasin, Dextrometophan dan Paracetamol untuk mempermudahkan penggunaannya.

Antara kesan2 sampingan ubat ini ialah rasa mengantuk, jatuh berdebar2 dan resah dan kadang2 menyebabkan tekanan darah tinggi, jatuh melompat2 dan berhalusinasi. Ubat ini tidak sesuai untuk pesakit kencing manis…

Aku dan Bell's Palsy

Semalam ada satu kakak datang daripada jauh jumpa aku. Dia kena penyakit Bell's Palsy dan telah mendapat rawatan di hospital. Banyak ubat yang doktor kerajaan beri tapi MC cuma 2 hari sahaja. Lepas tu, kakak tu tak tahu dia ni sakit apa sebab doktor tak cakap apa2. Itu sebablah dia cari aku. Dia dah makan ubat macam2, berubat kampung pun sudah tapi sakitnya tak juga baik. Dia ada appointment untuk rawatan fisioterapi di hospital besar tapi tarikhnya bulan depan.

Inilah masalahnya. Bila seseorang tak diberitahu pasal penyakitnya, dia akan pergi ke sana sini untuk mendapatkan jawapan bagi penyakitnya. Kalaulah doktor kerajaan tu beri dia penerangan cukup2, pasti dia tak mengelabah dan membuang masa dan duit berubat di sana sini. Memanglah doktor kerajaan sentiasa sibuk dan kurang berpeluang untuk bercakap2 dengan pesakit, tapi cubalah. Bukan lama pun. 2-3 ayat itu lebih bermakna daripada ubat2 yang berjenis2.

Apa itu Bell's Palsy? Masa aku kecik2 dulu aku diberitahu bahawa sakit i…

Aku dan surat peringatan

Ini bukan aku punya. Ini sedara aku punya. Wife aku sebagai penjamin asyik aje dapat surat amaran ini. Setiap kali dapat surat, wife aku mesti nak kena call sedara dia. Nak ingatkan dia pasal tanggungjawab dan sebagainya. Tapi pi mai pi mai tang tu jugaklah.

Nak kata tak mampu, sedara aku ni berkemampuan juga orangnya. Hidupnya mewah. Anak2 dia semuanya dressing tak pernah kalah. Kalau aku beli jeans Levi's RM200 lebih, anak dia boleh beli yang RM400 lebih. Kalau aku pakai handphone RM1200, anak dia boleh beli yang RM2100. Aku pakai Honda, dia pakai Toyota. Aku pakai 4 angka, dia boleh pakai 2 angka lagi. Tapi, kenapalah hutang yang sebulan seratus tu liat bebeno nak membayarnya? Dah namanya hutang, kena bayarlah.

Memandangkan dia ni sedara belah wife aku, seboleh2nya aku tak nak masuk campur. Aku diam2 dan perhatikan sahaja. Selagi wife aku boleh bersabar, aku pun boleh bersabar jugak. Tapi kalau nama wife masuk dalam suratkhabar dan kena blacklist dan aku kena melancong aroundthe …

Aku dan sarapan pagi

Ini entri bila bosan. Wife aku selalu bising kenapa aku suka melepak dan makan2 kat kedai mamak di hujung klinik aku. Sebabnya ialah:
Pekerja2 kat situ dah kenal sangat dengan aku.Aku kenal sangat dengan tauke dan pekerja2nya.Layanan pantas.Suasana bersih.Kadang2 dapat sembang dengan kawan2 lama.Kadang2 dapat makan/minum free bila ada kawan belanja.Makanannya boleh tahan sedapnya. Biasanya aku senang dapat extra. Sebab tu susah nak kurus.Takda pekerja wanita kat situ. Jadi, tak kena gossip.Ada wifi free 24 jam. Boleh masuk twitter dan facebook bila2 masa.

Teh tarik kurang manis dan kurang harga.

Nasi lemak dengan telur mata, timun dan sambal lebih.