Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Julai 2010

Aku dan Bell's Palsy



Semalam ada satu kakak datang daripada jauh jumpa aku. Dia kena penyakit Bell's Palsy dan telah mendapat rawatan di hospital. Banyak ubat yang doktor kerajaan beri tapi MC cuma 2 hari sahaja. Lepas tu, kakak tu tak tahu dia ni sakit apa sebab doktor tak cakap apa2. Itu sebablah dia cari aku. Dia dah makan ubat macam2, berubat kampung pun sudah tapi sakitnya tak juga baik. Dia ada appointment untuk rawatan fisioterapi di hospital besar tapi tarikhnya bulan depan.

Inilah masalahnya. Bila seseorang tak diberitahu pasal penyakitnya, dia akan pergi ke sana sini untuk mendapatkan jawapan bagi penyakitnya. Kalaulah doktor kerajaan tu beri dia penerangan cukup2, pasti dia tak mengelabah dan membuang masa dan duit berubat di sana sini. Memanglah doktor kerajaan sentiasa sibuk dan kurang berpeluang untuk bercakap2 dengan pesakit, tapi cubalah. Bukan lama pun. 2-3 ayat itu lebih bermakna daripada ubat2 yang berjenis2.

Apa itu Bell's Palsy? Masa aku kecik2 dulu aku diberitahu bahawa sakit ini disebabkan oleh benda2 yang tak nampak telah menampar muka orang tersebut. Istilah 'tertegur', 'terlanggar' memang biasa sangat didengar. Iyalah, bangun tidur aje tanpa ada apa2 sebab muka dah herot, senyum dah tak lawa, muka dah kebas sebelah dan mata pun tak boleh nak tutup rapat. Kalau bukan kerja makhluk2 halus, siapa lagi yang buat?

Sebenarnya sakit ini dah diketahui sejak tahun 1829 lagi. Nama Bell itu adalah sempena nama Sir Charles Bell yang menjumpai penyakit ini. Dalam satu kajian, penyakit ini hanya kena kat 20 orang daripada 100 000 penduduk. Pesakit kencing manis 4 kali lebih mudah kena sakit ini dan perempuan mengandung 3 kali lebih mudah banding orang2 biasa.

Sampai sekarang penyebab penyakit ini masih samar2 tetapi virus Herpes zoster dan Ebstein Barr mungkin penyebabnya. Faktor stress juga dikaitkan dengan penyakit ini. Penyakit ini perlu dibezakan dengan penyakit yang menyebabkan keadaan yang sama iaitu serangan Angin Ahmar, Ketumbuhan di otak dan juga menyakit bawaan serangga, Lyme Disease. Jangan risau, penyakit Lyme ni takda kat Malaysia. Nak tahu angin ahmar ke bukan, tengok dahinya masih boleh berkerut ke tidak. Kalau tak boleh berkerut, itulah Bell's Palsy. Sebabnya? Korang carilah sendiri. Itu tugasan untuk hari ini ye murid2. Hantar masa tutorial nanti.

Sebenarnya tiada rawatan untuk penyakit ini. 85% akan baik/sembuh dalam masa 3 minggu manakala selebihnya dijangka sembuh walaupun tak sepenuhnya dalam masa 3-6 bulan. Ini bermakan makan ubat ke tak makan ubat, mesti baik punya cuma lambat atau cepat ajelah. Sebab itu bomoh2 boleh cari makan bila mengubat penyakit ini. Urut dengan minyak ke, sembur dengan air sirih ke, mandi bunga ke, semuanya pasti jadi. Tapi kalau tak buat apa2 pun boleh baik jugak.

Untuk penyakit yang tak boleh sembuh sepenuhnya, tak banyak yang boleh dibuat. Antara masalahnya ialah kesukaran untuk menutup mata bial nak tidur. Ini boleh membawa kepada kekeringan mata, jangkitan dan kemungkinan ulser dalam mata. Yang ni ada ubatnya. Kalau tak boleh jugak, aku hantar kat pakar mata depan hospital sana.

Kalau sampai ke klinik/hospital dalam tempoh 3 hari pertama, ubat steroid Prednisolone boleh dicuba untuk mempercepat proses penyembuhan. Tapi memandangkan steroid ni ada kesan jangka panjang, tak ramai doktor menyukainya. Ubat2 antivirus Acyclovir langsung tak mujarab jika tak ditambah steroid walaupun dikatakan virus yang menyebabkan penyakit ini. Rawatan lain seperti akupunktur boleh dicuba kalau tak takut dengan jarum.

Itu jawapan aku kepada kakak yang datang daripada jauh tu. Aku beri dia MC sampai hujung minggu dan takda ubat untuk dia. Pada aku, stress mungkin antara faktor penyebab penyakitnya jadi, aku suruh dia rehat lebih2 sikit.

Tak sampai 10 minit konsultasi. " Ting! Next patient please! "

13 ulasan:

  1. me also ada symptom nie. gie clinic & doc kasi ubat prednisolone & nervit B Forte Tablet(vit B1, B6, B12)..he said will be normal within 14 days. but im freakin out.. :(

    BalasPadam
  2. Tapikan, saya beli untuk suplemen. Apabila baca post ini termengkelan saya. Badan saya letih sahaja. Takkan lah saya pun terkena penyakit ini. Uhuks.

    BalasPadam
  3. boleh berjangkit ker? sy tgh kene,,,, wat means when u said " Tapi memandangkan steroid ni ada kesan jangka panjang, tak ramai doktor menyukainya. " kesan yg mcm mane?

    BalasPadam
  4. "Tapi memandangkan steroid ni ada kesan jangka panjang, tak ramai doktor menyukainya." kesan yg mcm mane..sebb sy tgh kene..dh makan ubat neyh....klu mmberi kesan yg panjang sy tk nak makan ubat tersebut,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum doktor beri sesuatu ubat,
      doktor akan timbang tara kesan baik dan buruknya.
      kalau rasa kebaikan>keburukan,
      doktor akan prescribe ubat tersebut.

      Jangan risau pasal kesan jangka panjang.
      sebab doktor biasa beri ubat tersebut utk 2 minggu sahaja.

      Jangan takut utk ambil steroid tersebut.
      Jangan tak makan ubat tersebut.

      Semoga segera sembuh.

      Padam
  5. Sy pun tgh kena penyakit nie..dan wktu gi klinik dokter bt rawatan sonotron..dokter jg bg c-omega 3 utk saraf dan vitamin apa ntah nmanya..mdh2an lekas sembuh..maybe dugaan di bulan ramdhn..sbr..:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. bykkan bersabar.
      semoga cepat sembuh.
      amin.

      Padam
  6. Assalamualaikum. Saya baru disahkan menghidap Bell's Palsy Isnin lalu. Saya terkena di sebelah kiri wajah. Sehari sebelum itu, saya perasan sukar nak berkumur, minum dan nampak perubahan pada wajah. Selepas merujuk pada pakar di HUKM, barulah saya tahu penyakit yg dialami.

    Saya berfikiran positif, kerana paling tidak, saya tak menghidapi strok. saya faham, penyakit ini mmg sukar dijangka datang dan perginya. Selain mengambil ubat yg diberikan doktor (prednisolone), saya juga buat facial excercise sendiri. sehari selepas makan ubat, saya boleh lihat perubahan, walaupun sedikit. tapi, saya ttp puas hati. sekarang dah boleh 'mengukir' senyum dan menggerakkan pipi.

    Saya juga terpaksa beri perhatian lebih pada penjagaan mata. Mata kering dan perlu sentiasa gunakan lubricant eye drops. Selain itu, yang paling penting, mental perlu kuat dan jangan mengeluh. Sebaliknya bersyukur pada Tuhan sebab dugaan ini masih dikira kecil berbanding penyaklit2 berbahya lain.

    Terima kaish atas tulisan saudara dalam blog ini. Mari kita sokong penghidap Bell's Palsy yang lain. Insya Allah.

    BalasPadam
  7. Terima kasih byk atas ulasan dan maklumat yg berguna ini.anak sy berumur 4 thn br saja disahkan mngidap pnyakit ini. sebagai ibu sy anggap ianya sebagai satu ujian dan kena terus tabah utk temu janji fisioterapi dan temujanji dgn doktor pakar. maklumat di atas sgt membantu sy utk meneruskan kehidupan harian spt biasa disamping terus berusaha mendapatkan rawatan terbaik utk anak sy.

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. kesian akak tu...nasiblah dia pergi juga jumpa doktor lain.
    saya pun ada pengalaman dengan kawan yg ada masalah bell palsy

    Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu! | Diari Mama

    BalasPadam
  10. Anak saya berumur 8 tahun disahkan kena bell palsy..herot belah kiri..
    Boleh ke dia ambik steroid?

    BalasPadam
  11. Takut juga dengan penyakit ni tapi mesti ikhtiar dan yakin boleh sembuh

    BalasPadam